RSS

Aku mahu jadi insan yang biasa, 
tetapi luar biasa.

Zakirah Yaakob

Sering kali aku terikut-ikut
ku lihat wanita berjilbab labuh
aku pun mahu berjilbab labuh
ku beli kain jilbab, ku jahitkan jilbabnya
bila ku sarung, tiada selesa di hati
biarpun ku rasa diri semakin dihormati.

Aku pun jadi tawar hati
sejauh manakah aku perlu berjilbab labuh
adakah untuk menutup aurat semata-mata?
adakah untuk dihormati, disegani masyarakat?
atau kerana Allah?!

Jika aku berjilbab labuh untuk meraih hormat dan segan masyarakat
janganlah aku berjilbab sedemikian
dibimbangi akan menambah rasa riak dan takabbur di hati.
Andai jilbab ku kini sudah menenangkan hati
kuatkanlah aku untuk istiqomah.

Bak kata ustazah Najwa yang aku kagumi,
"menutup aurat tak semestinya bertudung labuh, memadai memakai tudung bidang 45', tapi baju perlulah longgar"

Siapa sebenarnya identiti ku?
asyik duk mengikut orang, di mana ketetapan jati diriku?

Hari demi hari
aku melangkah dan terus melangkah
meneliti diri 
menongkah mimpi
adakah ini suatu ketidak-tenangan?
nauzubillahiminzalikh.

Aku terus mencari-cari siapa diri ku
dalam kebinggunggan 
dalam kecelaruan
aku malu dengan pendirian yang sering berubah
kecewa!

Namun aku gagahkan kaki
tabahkan hati 
dengan mengidamkan syurga-Nya nanti
akulah musafir duniawi
dalam mengenali diri sendiri
mencari erti hidup yang sepi
untuk mencintai-Mu ya Robbi.

"Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia"

~Raihlah kasih sayang Allah seiring dengan kemampuan diri. Sesungguhnya ketenangan mendekatkan diri pada-Nya. Buatlah sesuatu yang menenangkan, bukan sesuatu yang kononnya tenang. Hindarkan diri dari hipokrit, jadilah diri sendiri, binalah jati diri yang sejati. Insya Allah, segala perlakuan yang lahir adalah tulus dari sanubari~

Aku, Durian & Mereka


Hidup adalah Perjuangan


Kekadang aku binggung
benarkah aku masih bernafas
dalam kesesakan membuat gerak kerja Islam
dalam kesibukan menuntut ilmu
dalam kecelaruan jiwa remaja yang inginkan kebebasan
dan
dalam usaha mencari erti hidup.

Kekadang aku give up
untuk apa aku bersusah payah menegakkan Islam
kerana ada kata-kata yang menyebut
"Tegakkan Islam di dalam diri, nescaya tegaklah Islam di muka bumi".
Hanya dengan menghidupkan Islam di dalam diri,
Islam akan menang di puncak dunia.
Benarkah begitu?

Aku keliru semakin bercelaru
apa ertinya aku menganut Islam?
apa gunanya aku hidup di atas muka bumi ini,
jika aku hanya untuk satu, untuk aku.
Bagaimana pula pengakhiran hidup ini?
Manusia mementingkan diri sendiri,
menolak untuk melakukan gerak kerja Islam,
yang alim akan bertambah alim,
yang jahil menjadi jahiliah.

~bersabarlah dalam melakukan gerak kerja Islam
kawal peribadi
atasi emosional
banyakkan ibadah
teruskan muhasabah
jaga hubungan dengan Allah dan masyarakat sekeliling
motivasikan diri
tingkatkan jati diri
jaga adab bergaul
hormati pandangan orang
berlemah lembut
teruskan melangkah dengan kaki yang pasti sehingga tiba saat dijemput pulang~

Pasrah

Photo: ORANG YANG HEBAT <3

Aku bukanlah orang yang hebat
namun aku tetap mahu menjadi seorang yang hebat
di mata Allah.
Tidak mahu ku peduli kata2 nista manusia 
yang berdusta
yang bikin aku berduka
apapun kata mereka
apapun pandangan mereka terhadap aku
aku tepis
tidak mahu aku tenggelam lemas
dalam kata-kata yang melukakan
tapi,
boleh jadi kata-kata yang berkaca itu
kata-kata mencederakan itu
adalah penawar kepada lukaku ini.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hambaNya.

Ikhlas dalam menuntut ilmu


Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran:

“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”

[hadis riwayat Ibn Hibban]

Dusta Nista!

Perjalanan berjalan lagi
pengembaraan bermula lagi
kehidupan diteruskan lagi
semangat? tak tahu lagi...

Aku cuba menyusun apa yang tak tersusun,
tapi, tak tersusun juga...
sekarang aku faham
betullah orang kata
kita hanya mampu merancang,
Allah yang menentukan,
nak tak nak, itu aku terima juga...

Aku kembara lagi alam manusia,
alam penuh dusta...
aku pun terdusta...
terdusta dengan mimpi yang dilayang
bayang yang selalu hilang
khabarnya indah
rupanya tak tercium pun...

Dunia,
menceritakan bahagia,
aku gembira...
tetapi kenapa hati merintih
meratap sayu,
ku kopek hati,
melihat apa di dalamnya,
tapi ia berkecai...
kukutip serpihan kecaian itu
aku pula yang terluka,
darah menitis laju,
pekatnya memitam rasa.
sejenak itu aku terlena
bertemankan serpihan hati...

Lambaian itu bercahaya,
silau mataku,
kututup buka kecil mata
mengintai cahaya apa itu?
tetapi,
kaki mengundurkannya
oleh kerana silaunya amat.
kubelakangkan cahaya itu,
berlari mencari dunia,
yang tadinya bahagiaku.
ya, itu dia dunia, akhirnya kutemukannya
di dalam gaung dalam,
aku binggung!