RSS
  • Perhimpunan Kor SISPA ke-4.
Tempat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Tarikh: 23-27 Ogos 2013
Pertandingan yang dianjurkan:
  1. Kawad kaki (31 0rang, simpanan 4 orang)
  2. Kebakaran (2 perempuan, 4 lelaki)
  3. Explorace (2 perempuan, 4 lelaki/ baca peta, bantu mangsa, 15 soalan ikatan, paintball)
  4. Civil Defend Skill (2 perempuan, 4 lelaki/ CPR, ikat mangsa dan bawa melalui terowong- memerlukan kemahiran tinggi)
  5. Perawatan awal (5 perempuan/ first aid, masalah tulang belakang, leher, pendarahan, patah)
  • Setiap peserta hanya dibenarkan pilih satu je pertandingan. Erm, kalau ikutkan aku nak pilih explorace dengan cekmi. Tapi tengoklah dulu macam mana. Pilihan keduanya adalah perawatan awal. 
Sediakan payung sebelum hujan,
supaya kelak tak kebasahan disiram kecewa bersulam sedih.
  • Insya Allah Kor Sispa IPG Ipoh akan buat latihan luar/ tambahan sebagai persediaan menghadapi Perhimpunan ni nanti.
  • Hari ni pun, banyak yang kami belajar mengenai kawad dan cara membalut luka. Seronok!
  • Sekarang bersedia untuk PBS bersama cekmi di Kuala Kangsar. Tapi sebelum tu, esok kami akan ke Batu Kurau tolong encik Khair mengajar tuisyen. Inilah masanya untuk praktikkan segala teori yang telah diperturunkan, terutamanya dari subjek EDU. Insya Allah, allahumma amin.
  • Lepas PBS, rasanya aku tak dapat join MPR kut, sebab takde sebarang maklumat pun (sedihnya, takpelah). Sekurang-kurangnya aku dah dapat kerja part time sepanjang cuti nanti. Kak As sudi amek aku kerja lagi. (hehe, alhamdulillah).
  • Apapun aktiviti yang dilakukan, asaimen jangan dianaktirikan. Amanah tetap amanah, tanggungjawab tetap tanggungjawab. (tinggal lagi asaimen PJ/ TMK/ HE)
  • Pasal hoki pula, hehe, akan diadakan pemilihan (fight antara IPG dengan IPG) untuk perlawanan Sixpa nanti (dalam area bulan april ni la kan). 
Setakat ni jelah, jumpa lagi lepas buka cuti nanti. hehe. daa.