RSS

Sila TEKAN untuk ke pautan ini...

Kegemilangan, keruntuhan dan kebangkitan Islam
  • Kekadang aku berkonklusi sendiri. Andai kita kuat pertahanan KETENTERAAN, EKONOMI dan ILMU, insya-Allah, pasti kita mampu untuk kembalikan sistem khilafah di muka bumi.
  • Jika KETENTERAAN kita kuat, pihak musuh akan gerun ketakutan, umat islam dibebaskan, tiada lagi penyeksaan. Kekuatan islam dapat digabungkan dari segenap dunia. Dengan laungan TAKBIR! gemanya memadai untuk gugat kekuatan sang musuh. 
Kalau setiap daripada kita mampu kuasai teknik pertahanan diri... Jom masuk silat!

Umat yang kuat lebih baik daripada umat yang lemah.
Bila kita kuat dan sihat, banyak benda yang boleh kita buat dan sumbang... Jom jaga kesihatan!

Makan makanan yang halal sahaja... berwaspada memilih makanan yang akan jadi darah daging kita. Ayam, daging yang kita beli di pasar atau warung, adakah kita yakin disembelih dengan lafaz nama Allah?

Biar makanan kita tak sedap, asal rohani kita hidup!
  • Jika EKONOMI kita mantap, perdagangan dunia dapat kita kuasai: dunia memerlukan produk kita untuk hidup (makanan dan keperluan asas dipenuhi). Perniagaan Nestle dan Starbuck dapat dijatuhkan. Kita kuat dengan senjata-senjata yang mampu kita beli. Sistem ketenteraan kita jadi licin. Sistem Pengajian Islamik diperluaskan.
Ayuh kita mahirkan diri dengan bisnes

Sesungguhnya 9 daripada 10 sumber rezeki itu adalah dari perniagaan.
  • Andai semua umat Islam menguasai ILMU dengan menyeluruh: dunia & akhirat, kita mampu jatuhkan hujah pihak musuh. Hati-hati yang gelap boleh kita cuci dengan pengetahuan yang suci. Disebarkan. Malah kita mampu menyusun strategi2 di luar otak fikir musuh. 
Kuasailah ilmu, nescaya kita kuasai dunia dan akhirat.

Tuntutlah ilmu hingga ke tiang lahad.

Ilmu fardhu ain dimantapkan. Bacaan dalam solat disemak selalu dan istiqamah. 
Ilmu fardhu kifayah diluaskan, dicari dan disebarkan.

Ayuh! kita mulakan dengan usrah. :)