RSS

Aku rindukan Abu Bakar Al-Siddiq
yang membenarkan segala kata-kata nabi
mengajar aku erti wala' kepada pimpinan.

Aku rindukan Umar Al-Khattab
yang berdiri tatkala diamnya manusia
yang berani mempertahankan kebenaran
sanggup berjaga malam untuk memastikan kesejahteraan umatnya
aku rindukan insan yang gagah sepertinya
mungkinkah lahir lagi di abad ini?

Aku rindu untuk hidup dalam biah zaman nabi
aku rindu dan rindu,
bisakah kerinduan ini menemukan aku dengan baginda kelak?

Ya Allah Tuhanku
yang merubah kalbu
tetapkanlah hatiku
moga sentiasa dalam agama-Mu
jua taat akan perintah-Mu.

Tuhan, 
usah bebankan kami
dengan bebanan yang berat
seperti yang pernah Engkau berikan
kepada umat yang terdahulu dari kami.

Tuhan, 
jangan pikulkan kami
yang tidak kami terdaya
maafkan salah kesilapan,
ampunkanlah dosa-dosa
rahmatilah kami.
Dunia hari ini kembali semula seperti zaman jahiliah;
zaman sebelum datangnya Islam.

Dengan usrah nabi bermula di rumah Al-Arqam
dengan kefahaman dan keikhlasan para sahabat
akhirnya berjaya menyebarluaskan Islam
Allahu akhbar!

Kekuatan berkuda memacu empayar Islam
raja yang baik dan askar-askar yang baik
akhirnya berjaya memetakan sejarah.

Namun kini,
mereka sudah tiada lagi di muka dunia
pemergian mereka seolah-olah tiada pengganti
tiada pewaris mahupun pelapis
astagfirullahal azim.
  • Kadang-kadang apabila kita menjadi ketua, kita akan berasa sedih bila meeting yang kita buat tidak mendapat komitmen ahli. Namun, janganlah sampai kesedihan itu melunturkan semangat kita untuk bergerak kerja.
"Kalau bukan kita yang buat gerak kerja ini, siapa lagi? Kalau tidak sekarang, bila lagi? Kalau bukan di sini, di mana lagi?"

"Seandainya ada 100 orang pejuang Islam di muka bumi ini, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Andaikan hanya tinggal seorang sahaja pejuang Islam di muka bumi ini, pastikan dia adalah KAMU"
  • Tidak hairan juga sekiranya kita diuji dengan kekurangan tenaga kerja, kita akan berasa lemah, futur dan ingin berundur merehatkan diri. Pada fikiran kita saat itu; 
"kenapa aku nak bersusah payah buat benda alah ni? bukan dapat apa-apa pun. Buat penat je."
 "Biarlah orang lain pula yang buat kerja ni. Inilah masanya untuk mereka belajar."

"Jangan sesekali kamu meminta untuk direhatkan dari gerak kerja. Dan jangan sampai kamu benar-benar direhatkan, nescaya kamu akan semakin jauh dan jauh." ~bala~ (nauzubullahiminzalikh)

"Ya Allah, tetapkanlah kami dalam agama-Mu, istiqamahkan kami dengan jalan juang nabi-Mu" (amin ya rabbal alamin)