RSS

You Are Beautiful

Alhamdulillah, selamat sudah slot Bicara Muslimat pada hari jumaat (27/9/2013) yang lalu. Kalau muslimin pergi solat jumaat dengar khutbah, muslimat pun boleh dapat pengisian juga melalui aktiviti yang dianjurkan oleh pihak HELWI IPG Kampus Ipoh.

Ok, apa itu Bicara Muslimat? Bicara Muslimat adalah salah satu aktiviti tetap yang dianjurkan oleh lujnah HELWI. Aktiviti ini diadakan pada setiap hari Jumaat jam 12.30 p.m di Pusat Islam Al-Hidayah@PIAH IPG Kampus Ipoh. Special untuk muslimat2 saja ye. Bicara ini juga terbuka kepada non-muslim jika ada yang berminat nak join. :)

Bicara Muslimat kali ini kembali lagi dengan tajuk "You Are Beautiful" yang dikendalikan oleh ukhti Izzati Salleh, selaku ketua Exco Helwani JPP IPG Kampus Ipoh.

Ukhti Zati memulakan bicara dengan berkongsi apa itu yang dimaksudkan dengan kecantikan menurut al-Khawarizmi. Jika ingin memilih pasangan utamakanlah agama yang ada padanya, kerana formula nilai bagi seseorang perempuan itu adalah seperti berikut;

1 = agama
0 = cantik
0 = berharta
0 = berketurunan baik

Jika tiada agama pada seseorang perempuan itu, maka kecantikan, harta dan asal keturunannya hanyalah bernilai kosong.

Kemudian ukhti Zati meminta kami duduk menghadap berdua2 dan lukis muka sahabat di hadapan kita then cerita @ terangkan kenapa kita rasa sahabat kita ni cantik. Nah ini hasilnya.


Oleh; Zakirah, pasangannya ukhti Una

Oleh: ukhti Una, pasangannya Zakirah

Oleh: Ukhti Zura, pasangannya ukhti Zati

Oleh: ukhti Didi, pasangannya ukhti Husna

Oleh: ukhti Husna, pasangannya ukhti Didi

Oleh: ukhti Izzati

Thank You :)

  • Langkah demi langkah, perlu terus melangkah. Jangan biarkan impianmu dirampas kata-kata orang. Mereka tak lalui apa yang kau lalui, mereka tak rasa apa yang kau rasa. Kerana mereka tidak membesar sebagaimana kau membesar. 
Kau dan mereka tak sama!
Walaupun rambut sama hitam, tapi hati tetap lain-lain.
  • Masakan kau kata kejayaan itu mudah sedang ujiannya belum kau lalui. Ingat, semakin banyak ujian yang kau tempuh semakin dekat kau dengan kejayaan. Semakin banyak cacian yang kau terima semakin hampir kau dengan kemuliaan.
You must be stronger than your obstacle!
Sometimes you think you can't do it, but you still go on with that. At the end, you reach your dream. You've done it.
  • Whatever you think, whatever you do, you have your ambition, you have your own dream. You have to move on. 
  • Thank you all of them, your obstacles. Thank you all of them, your ruction. Thank you! Because all of them has make you to be stronger and stronger, then achieve your dream. Thank you all of them. Thank you your life. Thank you Allah, thank you HERBALIFE! :D

Kembali 2

Rukun pertama lailaha, telah dia nafikan dunia. Jiwanya sudah kebal. Meninggalkan atau ditinggalkan, tidak lagi menyemak di benak. Gelap atau cerah, tidak lagi dia khuatir. Dunia baginya tiada perasaan. Cintanya sudah layu nan lusuh. Bahagia baginya seksa orang kata. Yang penting dia tenteram, kehendaknya bukan dunia, hijab demi hijab kian terbuka.

Dia memasuki rukun kedua illallah. Segenap jiwanya bergabung dengan karamah Allah. Dia kian mabuk dan mabuk, lunak dalam cinta. Sehingga terbias segala cita, lahir segenap rindu, untuk melihat karamallahuwajhah, sucinya nur wajah Pencipta.

Wahai Tuhanku Rabbul izzati, datanglah kepadaku, mendekatlah dalam langkahku
ke marilah dalam kejaranku, aku merinduiMu
tambahkanlah ilmu ma'firahku tentangMu
pertemukanlah aku dengan mursyidMu
Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bil khair.

Dalam setiap sujud doanya berlagu tanpa henti. Dalam setiap langkah gegar jiwanya membara, memburu cinta Ilahi. Pejam celip matanya hanya ada Dia. Hembus sedut oksigennya hanya ada Dia. Dalam ingatan, rindu kian terbayang. Cita-cita suci kian memutik. Pertemukanlah dia denganNya. Amen.

Kembali 1

Dia kembali lagi, pulang mencari dalam raba. Ber'uzlah. Dia tak betah dengan dunia hiruk pikuk, kerana serik koyak terketuk. Sesekali terketuk, dia benam ke mantel bumi. Sukar untuk daki ke muka, bagai dajjal daki dan jatuh, jatuh dan daki tatkala menderu lolongan azan.

Dua rukun. Satunya kalimat lailaha, perlu menafikan segala yang di dunia. Hiraukan semuanya. Dan dia kembali tegas dan tunggul, hanya tawa memagnet mad'u. Hipokrit. Lagaknya semangat menyeru dunia, "dunia, datanglah padaku", padahal ia hanya tergenggam kemas telapak tangan, sedang hatinya kunci Ilahi.

Jika dahulu, siangnya cukup akrab dengan kerja cari dan diberi, tugas luar dan dalam. Katanya itu jihad, dia laksanakan semuanya. Kerana dia telah diajar untuk wala' pada pemimpin, namun yang sulit, wala'nya patuh kepada dunia. 

Sedikit-sedikit zikirnya lebur, jiwanya terbakar. Kalut dan tergesa, kian pekat bercampur. Sedikit-sedikit dia semakin jauh, tersasar tak berarah, kusam tak berseri.

Terbiasa dengan dunia, mengejar dan mengejar, berjalan tanpa henti. Umpama bayang-bayang dikejar tangkap ilusi, dibiar kaku berdiri. Akhirnya dia sedar, dalam bayang-bayang hanya tinggal kosong.

Pentauliahan Leftenen Muda KRS 2013

Alhamdulillah, selesai sudah Perkhemahan Pentauliahan Leftenen Muda KRS 10-13 September yang lalu. Wah, dapat pangkat baru. Seronok ke? Mestilah, banyak pengalaman pahit manis terukir dalam luka yang sama.

Tiba-tiba rasa rindu pada nyamuk2 yang kelaparan siang dan malam, mencari darah manusia. Fuh, dan kaki tanganku juga diserbu dia sang nyamuk. Dari kempis kantungnya sehingga pecah ditepuk manusia.

Tiba-tiba rasa rindu untuk bangkit di subuh muda dan tidur pada dinihari, ditemani bulan sepi, menyiapkan gajet meja dan kerusi. Malam-malam membelah buluh gajah, dihiris kecil-kecil sebelum disusun, diikat menjadi perabot. Ikatan lilit, seraya, manuk semua jadi latihan setelah lulus dinilai ujian.

Tiba-tiba serasa rindu menyeberangi nusantara, membelah rimba dengan jiwa pemuda. Tatkala curam bertemu juram, kita sama-sama memaut akar pokok gergasi, mengiring badan, langkah persatu. Tangan-tangan kiri dan kanan sentiasa berfungsi ditarik dan menarik, penyelamat paling akrab. Sungai yang deras mengalir, kita titi perlahan atas sebatang pokok, penuh kasih sayang. Sehinggalah tiba di denai air terjun, kita bersorak gembira, bermandi manda memasak rimba. Beras dicuci, sardin dibuka, api dihidupkan. Tapi kita anak kota, sukar sekali berkawan dengan rimba, dengan api, dan kayu-kayu basah. Namun, dek kerjasama kita nan jitu, kita selesai dinilai, api berjaya dimarakkan, nasi sempat disalai, disuap juga ke mulut walaupun mentah-mentah. Saat ini, semuanya terasa enak membasahi kerongkong.

Pagi dan petang bahkan lewat malam, kita tak lekang dengan kawad anak patung. Disuruh kaku atau dipaku. "Turun 10", "tak sama. SEMULA!" dan sebagainya. Bila ada salah seorang daripada kita berbuat salah, kita sama-sama dihukum. Serentak dan perlu senada. Kata Tuan, kebersamaan itu perlu ada pada setiap leftenen muda, yang berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Masa rehat kita kerap dicuri membuat latihan, dinilai seorang per seorang. Dalam gerun dan takut, terselit usaha dan gigih.

Kita juga masih rindu pada orientaring petang, berlumba-lumba mengejar cekpoint. Dalam asyik dan leka, kita curang pada peraturan yang ditetapkan, "harus tiba sebelum wisel berbunyi" dan nama kita tergelincir dari senarai.

Di penghujungnya masih ada rindu yang terselit, malam kebudayaan semestinya. Dalam lakon gelak dan tawa, kita memerah otak keringat berfikir, namun, kalah juga dianjung persada. Semua itu tidak pernah kita peduli, kerana gembira dan serasi telah kita kecapi, dalam lubuk hati yang paling dalam.

Masih terasa pipiku ditepuk tangan isi gempal, "kalau tak larat duduk di tepi" sedangkan tenagaku masih membadak, hanya mata layu terkulai rapat. Dalam sepi sesaat aku ditegur lagi, "Leftenan Muda Zakirah! Adakah anda masih larat? Jika tidak, keluar baris dan duduk di belakang", "saya ok Tuan cuba sedikit mengantuk!". Ya, aku masih ingat kelibat sinis yang dilemparkan dalam senyumnya. Dalam hati aku mengomel, aku bukan tentera yang perlu kau lasak, aku hanya guru yang mengajar didik anak bangsa! "Untuk menjadi seorang guru, kamu perlu kuat bak tentera!".

Persembahan Pentas SDP

Persembahan Pentas SDP (4/9/13), jika bukan tugasan, pasti tak hengen kita buat kan. Apa itu SDP? SDP ialah singkatan bagi subjek Seni Dalam Pendidikan. Sebagai asaimen, semua pelatih guru diminta untuk membuat satu persembahan pentas yang menggabungkan kesemua ciri-ciri seni, iaitu seni suara, seni tari, seni lukis dan sebagainya.

Satu kumpulan 12 orang. Kelas kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Dan aku tergolong dalam kumpulan yang kedua. Hikayat Si Kulop jadi keutamaan, hasil perahan idea dari setiap ahli.

Kisah Si Kulop bermula pada zaman Raja Bersiung yang mendapat gelaran setelah memakan lampchop Si Kulop yang berisi darah terpotong ibu jari. Disebabkan itu, Raja Bersiung telah jatuh sakit. Menurut ahli nujum, hanya burung cenderawasih yang bisa merawat sakit raja. Maka Kulop diberi dua pilihan sama ada dihukum panchung atas kesalahannya memberi raja lampchop berdarah atau mencari burung cenderawasih. Kulop memilih untuk kembara mencari cenderawasih.

Sepanjang perjalanannya, Kulop telah berjumpa dengan Pak Kaduk, yang menang ayamnya bersabung tetapi tergadai kampung. Setelah sembang bersembang dengan Pak Kaduk, Kulop mendapat tahu bahawa burung cenderawasih telah melarikan diri ke gunung Ledang. Maka demikian, dakilah si Kulop akan Gunung Ledang sehingga ketemu Puteri dan gundik-gundiknya jelitawan.

Akhirnya, Puteri Gunung Ledang berkahwin dengan Raja Bersiung setelah burung cenderawasih bertukar menjadi pari-pari menyembuhkan raja. Sekian sahaja persembahan SDP daripada kami.


Latihan Dikir Barat sebagai pembuka & penutup persembahan SDP

Ulam Kasih

Hidupku seorang perantau kasih
mendambakan rindu ilahi, sang pencinta, Maha berkuasa
menggerakkan hati naluri manusia
untuk cinta
untuk benci
mahupun rindu.

Tatkala rindu memutik
baru kusedar aku sendirian
dibuai sepi semalam
mencari arah kelmarin.

Aku alpa dalam gelora
hidup longlai tak berpaut
luka yang mengakar jiwaku
suram sepi dilema musafir.

Ku seru awan turunlah hujan
ku seru matahari pancarlah sinar
bulan yang mengambang bawakan cahaya
terangi jiwaku, yang kian hangat dibakar luka.

Biar lukaku berendam kasih
hingga mengakar pohon selasih
mengharum dilema sukma
manjadi ulam buat si jantung.

#Kosong tin berbunyi tiada isi#

Kembalilah

Masihkah ada ruang di bumi ini
yang tiada pria perluku jumpa
tiada pemuda yang lalu-lalang,
agar tidak pedih
tiada pilu hatiku mengenang
seorang insan bernama abang.

Melihat anak muda kacak bergaya
terkenang abangku compang dan camping,
mendengar bicara pemuda bestari
teringat abangku bercita-cita menteri
otak geliga pemikir berkuasa
namun sayang, tersekat dek takdir menguji.

Kau sering kata aku punca bermula
kasih orang tua berat terbelah
dan kau mangsa keadaan
tangis laramu kau ubat sendiri.

Semakin hari semakin jauh
semakin lama semakin renggang
buat aku rindu menatap wajah mu
yang jauh membawa diri
dilambung ombak laut sumatera.

Di sini doaku sentiasa berlagu
bagaikan rentak yang rindukan melodi
merintih agar kau kembali
dan kita akan berlari-lari lagi di taman bunga
bermain sorok-sorok dalam rumah papan
juga bersembang sampai ke pagi.

Aku rindu bicara abangmu
mengajar aku jadilah gadis yang tegas
bukan murah dilelong-lelong
bukan boneka dimain-main.

Aku merinduimu yang dulu
penyayang dan bertanggungjawab
soleh dan menyejukkan hati
apapun dirimu sekarang, kami tetap menanti
asal kita kembali bersatu
air dicincang tiada putus!
Kekejamanmu adalah untuk dirimu sendiri,
ke'syaitonirrajiman'mu adalah untuk dirimu sendiri,
kaulah yahudi yang gilakan darah; 
mengalahkan pontianak sundal malam,
dan saudara-saudaraku kau permangsakan,
saudara-saudaraku kau pijak-pijakkan,
kemarahan kami sengaja kau bangkitkan.

Oleh itu, nantikanlah kebangkitan kami seluruhnya,
berbaris-baris dalam saf perjuangan,
dengan jihad rindukan nabi.

Tunggulah wahai orang-orangan,
tunggulah pada hari hancurnya jasadmu,
hanya dengan laungan takbir,
sudah cukup untuk menyiat jantung-jantungmu,
dan sehingga waktu itu,
dalam samar nan bisu,
kami kirimkan peluru-peluru doa,
menanti saat tumbangmu dalam setiap sujud dan tadah.

Tunggulah, sesungguhnya kami juga adalah orang yang menunggu.
Dalam enak kita dipersada tugasan, 
ada saudara kita sudah jauh berlari menuju ke syurga.
inginku kejar dan jerit 'bawalah aku bersama kalian'
namun tidak oleh rantai-rantai yang membelenggu.

Saudaraku, bersabarlah dan maafkanlah aku
yang tidak dapat membantu apa-apa
hanyalah qunut nazilah sebagai kiriman.

Aku tak mahu jadi pencakna yang bermusim
aku tak mahu berlaku hanya atas dasar kemanusiaan;
kerana mereka yang non-muslim juga membantu atas dasar itu.

Ya Allah wahai Tuhanku
kurniakanlah kepada kami kesedaran yang mantap
islamkanlah kami dalam segenap aspek;
lahiriah juga batiniah.

"Kamu cukup bertuah kerana menjadi seorang manusia dan dilayan seperti manusia, tidak seperti rakyat Mesir yang sudah dinafikan asasi manusia oleh mereka yang sudah hilang erti kemanusiaan!"
"Andai perjuangan Islam ini mudah, pasti ramai menyertainya. 
Andai perjuangan Islam ini singkat, pasti ramai yang istiqamah. 
Andai perjuangan Islam ini menjanjikan kesenangan dunia, pasti ramai tertarik padanya. 

Tetapi, hakikat perjuangan Islam bukan begitu. 
Turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tidak terhingga. 

Andai rebah, bangkitlah semula. 
Andai terluka, ingatlah janjiNya, 
terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara, 
dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan" 

Istiqamah teman2, ayuh teruskan momentum.