RSS

Kembali 1

Dia kembali lagi, pulang mencari dalam raba. Ber'uzlah. Dia tak betah dengan dunia hiruk pikuk, kerana serik koyak terketuk. Sesekali terketuk, dia benam ke mantel bumi. Sukar untuk daki ke muka, bagai dajjal daki dan jatuh, jatuh dan daki tatkala menderu lolongan azan.

Dua rukun. Satunya kalimat lailaha, perlu menafikan segala yang di dunia. Hiraukan semuanya. Dan dia kembali tegas dan tunggul, hanya tawa memagnet mad'u. Hipokrit. Lagaknya semangat menyeru dunia, "dunia, datanglah padaku", padahal ia hanya tergenggam kemas telapak tangan, sedang hatinya kunci Ilahi.

Jika dahulu, siangnya cukup akrab dengan kerja cari dan diberi, tugas luar dan dalam. Katanya itu jihad, dia laksanakan semuanya. Kerana dia telah diajar untuk wala' pada pemimpin, namun yang sulit, wala'nya patuh kepada dunia. 

Sedikit-sedikit zikirnya lebur, jiwanya terbakar. Kalut dan tergesa, kian pekat bercampur. Sedikit-sedikit dia semakin jauh, tersasar tak berarah, kusam tak berseri.

Terbiasa dengan dunia, mengejar dan mengejar, berjalan tanpa henti. Umpama bayang-bayang dikejar tangkap ilusi, dibiar kaku berdiri. Akhirnya dia sedar, dalam bayang-bayang hanya tinggal kosong.

0 comments:

Post a Comment