RSS

Zaman Berzaman

Menanti detik-detik jatuhnya tepat mengenai Deepavali. Hanya menanti tanpa harapan, umpama tin kosong yang jentiknya sudah tidak berbunyi: kemek dipijak-pijak sejarah.

Rela aku memilih botol kaca yang jernih biasnya, walaupun bunyi tidak segah tin aluminium. Kerana bak kata Ustaz Don "banyak bunyi, hati jadi keras".

Teringat saat mula kenalku pada erti tarikh keramat itu, usiaku sudah mencecah 15 tahun. Laman sesawang aku belek, mencari resepi roti bulat. Dengan yakin, mesin pembakar mak su aku pinjam, bila ditanya aku jawab "mak suruh pinjam" tapi dalam hati "minta maaf ya mak".

Ketika itu baru aku tahu, roti bulat akan berkembang jika suhunya semakin panas. Kemudian aku melutut dalam getar, adakah pengetahuanku juga berkembang seperti roti itu? Tanpa sedar, air mata deras membasahi pipi.

Biarpun kembang roti melimpah-limpah, tetap rasanya roti bulat. Meraikan diri sendiri adalah petua membakar semangat, setelah penat dibelasah PMR. Ini adalah zaman permulaanku.

Pada tahun berikutnya aku sudah belajar bergaul: dengan senyuman. Almaklumlah menjadi jurujual perlu pandai bermanis muka. Suatu hari aku hairan, ke mana pergi rakan-rakan xpo yang lain, begitu tegar meninggalkan kedai, pelanggan terpinga-pinga. Dan akulah mangsa buli, kemas tutup kedai sendirian berhad masih juga tiada muncul.

Dalam ketidakpuasan itu, tiba-tiba kedengaran lagu keramat berbisik di cuping bersama calitan krimer-krimer yang gebu. Lalu bertempiaran semua ahli xpo kejar-mengejar, lelaki-perempuan, tua-muda, makcik-pakcik berbalas calitan. Tergambar pemandangan padang rumput yang hijau, berlari-lari arnab gebu diiringi pari rama-rama yang indah walaupun realitinya hanya malam bersuluhkan bintang. Ini adalah zaman jahiliahku.

Dan aku daki lagi usia di alam tarbiyah guru. Di sini aku belajar menjadi tunggul yang pasang surut laut tidak pernah menggugat tegaknya. Aku cuba menjadi aku yang ceria, tetapi menungku lebih banyak bicara. Kerasku lebih banyak menyakitkan. Ini adalah zaman kecelaruanku. Selalu buat perkara yang memalukan diri. "Wahai zaman, cepatlah beransur".

Jaulah Family K3

"Semua benda kita boleh beli, tapi kenangan kita tak boleh beli"
  • Habis je exam, terus siap-siap pergi air terjun Chepor. Yang tak boleh tahan, semua keperluan makanan budak laki yang sediakan, budak laki yang buat rempah, budak laki yang bakar. Kitaorang tahu main air je. huhu (terharu) 
  • Masing-masing dah matang, dah boleh sungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. (tabik). Kita yang dulu bukanlah yang sekarang. :) 
"Dah 3 tahun harungi IPG , kenapa sekarang baru kita terfikir nak jaulah ea. Rugi, rugi..."
"Sebab dulu kita tak pandai nak hidupkan unggun api lagi."
"Sekarang kita dah leftenan muda"

  • Minggu depan sambung exam lagi. 4 hari berturut-turut.
  • Tahun depan, plan jelajah Langkawi. Insya-Allah. Terasa detik-detik akhir kita semakin hampir, semakin tua. 
  • Kalau dah habis IPG nanti tak mungkin kita ada peluang lagi, masing-masing posting sana sini, kahwin anak bini. Inilah masanya, 2 tahun lagi manfaatkan sebaik mungkin. Insya-Allah.
  • I love my friend, my family K3.

Pesta Hoki IPGM 2013

Siapa sangka. Tak pernah termimpi untuk sampai ke tahap ini. Tak pernah terlintas untuk duduk dalam majlis sebegini. 


Pada mulanya kita kebuntuan, tiada pengurus tiada penaja tiada segala. Hanya bermula dengan main dan azam, "let's we built teacher hockey". Bermain suka-suka tanpa pernah kita rasa terluka, bengkak sana lebam sini. 

Apabila dipanggil turun, kita hanya menurut. Berkejar-kejar kelompok ayam merebut bola. Apabila ditetapkan posisi, kita terima dengan rela kerana kapten lebih kenal pemainnya.



Dalam resah libang-libu kita sahut cabaran. Jemputan mesti diterima, pasukan perlu dibentuk. Dan kita tekad turun 3 hari latihan bersama. Belajar peraturan, belajar strategi. Di situ kita cuba menjadi besi.


Dan tanpa sedar, ukhuwah kita kian erat. Seteguh kerang di tepian pantai, takkan hancur dipukul ombak malah kian masin direndam badai.


Walaupun niat kita pergi untuk belajar, tetap perlu kita "main pakai otak". Maka terputuslah jawapan 4 seri 1 kalah untuk pasukan perempuan.

IPIK vs IPG Ipoh = 4-0
IPIS vs IPG Ipoh = 0-0
IPTI vs IPG Ipoh = 0-0
IPBM vs IPG Ipoh = 0-0
IPG Perlis vs IPG Ipoh = 0-0

Alhamdulillah, kerana kita hanyalah pasukan pertama yang menjejakkan kaki dalam arena ini, maka tidak hairanlah jika tewas di tangan pemain Malaysia yang telah jauh kembara dunia.


Photo: Hoki .

Ibadah Enterprise

Hidup itu sebuah cerita misteri, percaturannya aneh sekali. Semakin dicari semakin tak cukup, makin diperoleh makin dikejar. Itulah yang namanya nafsu.

Begitulah manipulasi yang dapat disimpulkan. Manusia semakin wahan (cintakan dunia, takutkan mati). Kita hina selalunya tanpa sedar, mahu itu, mahu ini. Lalu rezeki kita buru penuhi nafsu. Sungguh kita tak sanggup hidup dalam qanaah. Zuhud tiada segala, hidup hanya untuk mati.

Syukur! Begitu mudah terluncur di lidah. Tapi hati, hanya selera yang tahu. Ibarat berlari kejar polis dan pencuri, bermain sorok dan sembunyi. Kita hanya pandai bermain tarik tali, bertolak dengan takdir.

Tatkala kocek sudah terkoyak, manusia bertempiaran mencari jarum, jahit benang tutup lubang. Buat bisnes itu, buat program ini, asal pulangan menggemukkan ucang. Buatlah apapun yang dirasakan betul. Asal kita tahu, ibadah juga suatu perniagaan.

  • 7.30 pagi esok bertolak ke IPBM.
  • Perkara yang paling sukar bila turun padang ialah 'pakaian'. Sungguh aku dilema memenuhi.
  • Ya Allahu Robbi, permudahkanlah kami untuk menghadam pelajaran, lapangkanlah dada kami untuk sedia diuji. Walaupun terhimpit di antara detik dan buku, antara ilmu dan bakti, bahkan antara malas dan rajin. Gerakkanlah hati-hati kami sebagaimana enjin menggerakkan kereta, paculah kami di atas jalan-Mu: dalam setiap saat dan waktu. Amin ya Robbal alamin.

Sister, didnt women need a man?

I am a floater. I have a life. Just once. I also have a blog that i love most, to write crying and smiling, sometimes to condemned someone. I have to stop it, and delve the feeling. There are a way.

There are my friend that always spend their ears for me, advise me and spirit me. I have Quran to guide me when i limp on the sea of life. When crying, i have my pillow to be my partner. When feel uneasy, i have my diary to jot down. I have everything. I have my beloved family. They use to call me monkey, because i like wandering. I dont care and I'm happy.

Sister, didnt you have a boyfriend? No. Boy is my enemy. Why?

Didnt you feel lonely? No. 

How can you life like that? Just walk and go on.

Even Rasulullah SAW also said that women and men need each other. Its nature. How can men being your enemy? Ouch, killer question! Oh my dear, a girl can be your best friend,  a worse enemy, a cute sister, and a real sweetheart or a real jerk depends on how you treat her. But i will be a princess just for my husband only. Thats my present for him. Didnt you want to give special present to your special heart? You must start it from now. :)

  • Kalau ada salah dan silap dalam penggunaan bahasa Inggeris tu, harap ditunjuk ajar dan minta maaf. Saya budak BM je. :) 
  • Kasut sukan maktab tak boleh percaya, kalau nak pakai jangan lupa bubuh gam gajah atau jahit ke dulu. Kalau tak, peristiwa petang tadi mesti berlaku. Kasut cabut tapak. Malu haih. Pengalaman gelak ketawa cari pinjam kasut orang kat luar court. :)
  • Insya-Allah, hujung minggu ni pergi IPBM. Tak tahulah rezeki macam mana nanti. Almaklumlah, pasukan perempuan pertama IPGKI lawan hoki. Cipta sejarah, paling tidak pun boleh jumpa dan belajar hoki dari senior2 yang pakar. :)

Pernah

Pernah janji kita bersuara
kita takkan terpisah
takkan renggang walau onak mengombak
kerana kita pejuang yang besi
dilatih dengan dugaan dan tabah.

Tatkala mendaki gunung kehidupan
semakin ke puncak semakin curam
semakin penat terasa semakin beban
kemudian kita tempik kesyukuran bila tiba di puncak
kerana apabila dituruni
terasa langkah semakin laju dan mudah.

Kemudian kita sesat pula di hutan belukar
jalan hidup terasa berduri
lalu kita parah berdarah
namun iman dan Islam memaut kembali
kita pun tegar menyusun langkah
memijak duri tiada peduli
asal hidup capai destinasi.

Hidup dan duri tidak boleh dipisahkan. Pasti!

  • Alhamdulillah syukur atas nikmat iman dan Islam, atas detik nafas yang berhembus.
  • Raya Haji, kalau tak balik kampung nampak pelik. But, kalau jauh dibelah benua tu, no wonder la kan. :)
 Di sisi keluarga tertanam seribu barakah
Memandang wajah ibu dan ayah pengubat lara.
  • Balik ke kampus awal, terikat dengan latihan hoki. 
  • Terima kasih, beban sengsara sudah berakhir. :) 
  • Macam ni barulah senang hati nak belajar kan. hehe. Alhamdulillah, thank you Allah.
  • Wow! semangat nak ulangkaji, exam nanti 3 hari berturut-turut kut. huhu.

Indah Bersahabat

Bersahabat itu indah, seindah mentari menyinari bumi, sebebas kicau burung yang berterbangan
apalagi jika terjalinnya kerana ilahi
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakhbar.

Ukir senyummu masih tak lekang di ingatan. Semangat sorakan kita masih terngiang-ngiang di cuping. Subhanallah, hanya Allah yang tahu betapa gembiranya kita tatkala itu. Sehingga larian kita begitu laju meluncur bukit tanpa sedar ada yang memerhati dari jauh. 

Kemudian kita berhumaira' sendiri tersedar dilihat muslimin. Masya-Allah, malu sangat. Tapi kita control, kononnya takda apa2 yang berlaku dan meneruskan permainan cari barang tersembunyi. Kita cukup mahir menyembunyikan rasa, kerana sudah terbiasa. Perasaan kalau dilayan takkan habis. Benda yang berlaku kita sedar takkan boleh diundur, jadi kita terus selamba melangkah, belajar sesuatu yang lagi baru, dan di situ kita menjadi matang. Alhamdulillah.

Ada antara kita cukup licik bermain. Barang-barang kumpulan lain dicuri dan sembunyi. Apabila dapat dikesan, maka kecohlah berlari kejar dan tangkap. Macam dalam cerita bollywod dah gamaknya. Subhanallah, indahnya bersahabat itu Ya Allah. Jika aku tahu, pasti tidak akan kusia-siakan. Jika aku tahu, segala-galanya sanggup aku gadaikan, asal kita sentiasa dalam kebersamaan. Itu sudah memadai. Biar kita miskin harta sekalipun, jangan kita miskin sahabat. 

Terima kasih sahabat. Kasihmu kusambut dan kubalas. Tak akan kusia-siakan. 

Ke gunung sama kita daki, ke lurah sama kita turuni. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama kita jinjing. 

Gayung sudah di tangan, perahu sudah di air, apa yang ditunggu lagi sahabat, ayuh, kita mara ke depan! Biar seribu musuh di hadapan, kita rempuh bak badai menggila. Kita genggam bara api sampai jadi arang, alang-alang celuk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Allahuakhbar!

Explorace

Gila-gila usrah kembali lagi. Semoga ia berkekalan hingga penghujung hayat. Ok, minggu ni kami buat explorace. Kali ini kami jemput Kak Husna Jamil sebagai penjaga cekpoint. Kebetulan, Kak Husna bawa Balqis (adik ustaz Hafiz Sabri) sekali. Berikut merupakan peta perjalanan yang telah dirancang:

1. Game Polis Pencuri
  • warming up
  • bahagi 2 kumpulan
  • dalam masa 5 minit, team polis perlu tangkap semua pencuri, jika tidak, team pencuri dikira sebagai pemenang.
  • team pemenang diberi kad arahan seterusnya, team yang kalah kena denda, baca surah al-asr beserta terjemahan.
2. Setiap team perlu mencari surat arahan di halaman ampaian. Dalam surat tersebut, setiap team perlu berkumpul di KIOSK IPG.

3. KIOSK IPG
  • Permainan ceper. Setiap ahli kumpulan perlu timbang ceper. Satu ceper = 2 mata. Setiap kumpulan perlu dapatkan 30 mata atau di denda. 
  • Dendanya, baca surah al-Fatihah bersama terjemahan.
  • Kemudian setiap kumpulan akan mendapat kad arahan yang seterusnya; mereka perlu mencari barang tersembunyi di Pusat Islam Al-Hidayah.
4. Cari barang tersembunyi.
  • kumpulan satu dapat arahan cari gula dan teh
  • kumpulan dua cari keropok tersembunyi
  • 'klue'nya, barang2 tersebut berlabel dengan label 'Best Friend'
  • kemudian mereka dikehendaki goreng keropok dan bancuh air teh tersebut
  • buat liqa dan makan bersama.

Rahsia

Hidup itu tersirat berjuta rahsia
setiap tangga umur yang kita daki
setiap itulah rahsia terbuka
sedikit demi sedikit
yang cerdik cepat dia menangkap
yang lambat akan tetap begitu.

Bila sekali ketemu rahsia
pasti nak lagi
dan tanpa henti dia cari
dalam kotak, dalam hati
di laut mahupun di darat
menjadi curiga setiap aksara
hidupnya ibarat detektif.

Ya, manusia itu detektif
dicipta dengan masalah dan persoalan
bukan untuk diratap tetapi untuk diselesaikan.

Hidup itu juga rahsia cinta
cinta manusia, cinta pencipta
cinta dunia dan cinta akhirat
setiap satunya perlu diselami
diceduk dan digoreng: biar seranggup mungkin
tambah sepinggan nasi
cukup enak menjamu selera
mengalir di kerongkong hingga masuk ke perut
jika baik gorengannya maka berubah ia menjadi vitamin
memberi tenaga kepada si pemakan
namun jika tidak
maka gorengan itu toksiklah yang melenguhkan
perjalanan hidupnya terbaring sakit.

Pelakon

Dunia itu pentas lakonan
di mataku kau pelakon terbaik
kerana kau mampu mengaburi penonton
sedangkan yang kau kaburkan itu
hanyalah dirimu sendiri.

Sepandai-pandai tupai melompat
akhirnya jatuh ke tanah jua.

Practice

Kita selalu diajar untuk berangan tinggi
setinggi bintang-bintang di langit
dan merendahkan diri
serendah mutiara di dasar lautan.

Ketika itu kita berangan buka butik pengantin
kau tukang lukis aku tukang design
kerana kau suka melukis
koleksi lukisanmu kau kumpul dalam buku latihan
sedang aku cukup suka mereka cipta bangunan
kerana aku ingin jadi seorang arkitek
reka bentuk hotel sendiri
reka cipta kilang sendiri
dan reka lukis rumah idaman.

Aku selalu kagum dengan bakat lukismu
semulajadi tanpa bimbingan
apa yang kau lukis pasti jadi
tapi semuanya kartun komik
dan aku gemar jadi pengkritik.

Hari ini
tak sangka aku juga bisa melukis
apalagi dibimbing bengkel photoshop
nampak juga rupanya
walau hanya sedikit cuma.

Practice make perfect!
praktice your draw to perfect your like. 

Perbodoh

Diperbodoh
tidak sesekali ruang itu terbuka lagi
kerana aku bukan bodoh bendul
yang bisa ditertawakan
ibarat badut santoria.

Tapi jiwa sengsara ini tak mampu kubendung
mudah terbias dek suasana
tatkala tumpuan tiada jitu
memikirkan masalah bukan satu.

Oh jiwa migrain
jangan kau sakiti mereka yang suci
tak cukupkah saraf yang telah kuberi
asal sakit biar aku sendiri.

Hari-hari masalah tambah dan kurang
hari-hari berita putih dan hitam
satu-satu datang menyerang
badak menggila pun boleh pitam.

Ujian apakah ini
membawa sarang gari jiwa
hilang tenang dilambung gelora
mudah lenting titian acara.

Aduh bahtera imanku
ayuh gagah meredah sumatera
biar ombak menggigit langit
mahupun angin kencang beliung
kita daki juga ke puncak
kecapi nikmat tenang
buta dan bisu.

Andai Aku Seorang Jutawan

Andai aku menjadi seorang jutawan
akan kujihadkan dalam perjuangan
agar Islam dapat dikembangkan
tersebar luas hingga ke negeri awan.

Pada keluarga yang fakir
akan kuubah masa perit luka hidup
agar mudah perbanyak ibadah
capai cinta bahagia syurga.

Abangku pun takkan compang-camping lagi
ganti seluar dan baju
melangkah segak azan di masjid
meninggalkan segala sakit yang lalu.

Adik-adik takkan kelaparan
ikat perut simpan duit
hingga bocor penuh tabung
beli barang keperluan rumah.

Andai aku menjadi seorang jutawan
akan kuakhiri misteri hidup ini
peluang ilmu akan terbuka luas
belajar senang tiada khuatir.

Jutawanku bermodal ilmu
pecah uncang bayar yuran
asal nanti ada pulangan
berbudi jasa taburlah bakti.

Kemudian dunia ini akan kukembara
dari utara ke selatan hingga timur dan barat
melihat alam kebesaran Allah
sujud syukur atas nikmat.

Begitu juga bumi anbiya
jejak demi jejak akan kujejaki
mengutip semangat para auliya
kelak di barzakh ketemu lagi.

Saat itu, segala mimpi jadi realiti
setiap angan jadi kenyataan!

Erti Hidup

Pada bahtera hidup
bawalah aku ke mana kau mahu
dipukul angin dan ombak
aku turutkan sahaja
kerana kau nakhodaku
yang mengajarkan aku erti hidup.
  • Hidup? Apa itu hidup? Aku hanya mengerti hidup itu perlu tempuhi cabaran. Aku hanya tahu bahawa hidup itu adalah guru yang paling akrab. Tapi aku masih buntu apa yang perlu di cari dalam hidup. Satu persoalan yang kukira cukup rahsia, sukar diteroka.
  • Cabaran demi cabaran telah ku tempuh. Namun masih jua belum kutemui apa yang perlu kucari. 
  • Seperti dalam explorace, pasti akan ada kata kunci yang diberi untuk mencari apa yang disuruh. Kata kunci! 
  • Ada sesuatu yang masih belum selesai. 
Wahai angin, khabarkan padaku skrip 
kejayaan dunia dan akhirat
agar dapat kucari 
apa itu erti hidup.

Skripnya mudah sahaja wahai manusia
lihatlah personaliti Rasulullah dan para sahabat
nescaya kau akan tahu apa yang perlu ada dalam hidup
menurut Prof McClelland, hidup itu perlu begini;
  1. Laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab
  2. Dorong diri untuk memajukan diri
  3. Berikan nilai atas kerja
  • Adakah itu yang dinamakan hidup? Apakah itu yang perlu kucari duhai bahtera? Maka angin dan ombak, kau bawakanlah aku ke arah itu, akan kucari roh nyawaku yang tersembunyi.

Kesaktian Kata-kata (Baha Zain)

Kata-kata lepas ke laut menjadi gelombang
lepas ke daratan menjadi gunung
lepas ke hutan, alam berubah menjadi
gurun,
kata-kata pada saat terpenjara di dalam
sukma,
manusia terasa kehilangan mentari dan
sinarnya,
tetapi, pada saat kata-kata bebas
meninggalkan hati nurani,
manusia mati, tertusuk belati tajam
daripada tangannya sendiri.

Wahai! Saudara-saudara yang mulia,
berwaspadalah dengan kata-kata,
supaya kita tidak membunuh diri,
dengan kata-kata sendiri.

Adikku Mahu Kahwin

Adikku srikandi terpilih
tajalli sejati buat sang arif billah
tahniah aku ucapkan
semoga bahagia aman sentosa.

Jangan kau segan melangkah bendul
menyuruh aku carilah putera
agar bersanding dapatlah bersama
malu tiada fitnah pun terjaga.

Duhai adik senyum bak delima
asal kau tahu aku tak mengapa
soal jodoh bukan tergesa-gesa
soal kahwin bukan biasa-biasa
asal kau selesa aku tak mengapa.

Mungkin juga aku yang tegas
mahu cari hanya yang ahli
semua yang datang nescaya kutolak
mematri setia ukiran naluri.

Hanya aku syaratkan ahli
agar perjuangan terjaga rapi
namun mereka masih tak muncul
takut bertindak tersalah langkah
(tak mengapalah aku pun tak pernah kisah, soal sediaku juga belum terbukti)

Kekadang firasatku berbisik
aku tak layak untuk mereka
empat ciri tiada yang lekat
harta tiada akhlak pun longlai
rupa tiada background pun biasa-biasa
ilmu di dada apatah lagi
bagai koyak lubang nan lohong.

Biarlah aku begini
menunggu kantung penuh berisi
berisi cinta dan juta
berisi ilmu dan amal
baru akan kufikir soal sedia
soal kahwin dan soal lelaki.

Wahai adik rupawan jelita
biarlah aku memendam rasa
hanya istiqamah dalam hati
tidak memandang bahkan dipandang
mahu menjaga agarkan terjaga.

Walaupun sunyi walaupun sepi
hidup ini akan kuteruskan
takkan terhenti kerana cinta
mustahil lesu tak berjiwa
kerana cinta sandiwara cuma.

Permata Hatiku

Sahabatku permata hati
sakitmu laraku
sedihmu kepiluanku
bahagiamu bahagiaku juga.

Tatkala mengalir tangismu, aku pengen jadi pengesatnya
tatkala rebah semangatmu, aku pengen bahu bidangku kau sandar
dan akan kudodoi engkau dengan bicara
disinari bulan purnama
hingga akhir penghujung malam
sepertinya kita sedang bercengkerama
mengubat sakit dan luka.

Asal kau tahu
setiap saat dan detik
namamu sentiasa bermain di minda
setiap ruang dan waktu
cintaku sentiasa terukir untukmu.

Cuma aku mahu kau tahu
bahawa setiap jatuh dan bangunmu
kau takkan pernah sendirian
setiap salah dan silapmu
kau takkan pernah kesunyian
kerana Allah sentiasa ada
bersama.

Ayuh sahabatku
kau srikandi srikanda terpilih
diuji Allah bukan sia-sia
mengungkap rahsia seribu makna
derita jiwa bukan apa-apa.

Terkurung

Dunia itu penjara bagi orang muslim
maka kau memenjarakan diri bagaikan burung dalam sangkar
hanya mampu melihat teman-temannya bersuka-ria, bebas berterbangan
lalu si burung mempersoalkan kenapa dia dikurung, yang lain tidak?
sedangkan dia dikurung tiada rugi, makan minumnya dijaga rapi
begitulah juga manusia,
gajah yang di depan mata langsung tak nampak,
nyamuk yang nun jauh di sana pula kelihatan
begitu sukarkah mengucap syukur
sehingga rezeki orang digigit rakus.

Kebebasan itu suatu rezeki yang abstrak
dirasa cuma, dimiliki tidak
jika jiwamu rasa sempit terkurung
maka jawabnya kau belum bebas
menyebabkan jiwamu sentiasa celaru, haru dan biru.

Tegasmu peraturan sendiri
tuturmu kononnya kerana ilahi
tingkahmu bak kaca yang rapuh
sifatmu suka hentam-menghentam
itukah yang kau maksudkan dengan ukhuwahfillah?
itukah takbir yang selalu kita laungkan sejiwa?

Dia dan mereka tidak bersalah
itu hak mereka untuk bebas,
bukankah hidup itu untuk dinikmati masam dan manisnya
lemak dan pahitnya
kerana di situ ada guru yang murobbi
memimpin jiwa
mematangkan usia.

Tetapi kau hanya mahu hidup terhormat
maka dirimu disakiti
guris dan terluka
sendiri dan sunyi.