RSS

Adikku Mahu Kahwin

Adikku srikandi terpilih
tajalli sejati buat sang arif billah
tahniah aku ucapkan
semoga bahagia aman sentosa.

Jangan kau segan melangkah bendul
menyuruh aku carilah putera
agar bersanding dapatlah bersama
malu tiada fitnah pun terjaga.

Duhai adik senyum bak delima
asal kau tahu aku tak mengapa
soal jodoh bukan tergesa-gesa
soal kahwin bukan biasa-biasa
asal kau selesa aku tak mengapa.

Mungkin juga aku yang tegas
mahu cari hanya yang ahli
semua yang datang nescaya kutolak
mematri setia ukiran naluri.

Hanya aku syaratkan ahli
agar perjuangan terjaga rapi
namun mereka masih tak muncul
takut bertindak tersalah langkah
(tak mengapalah aku pun tak pernah kisah, soal sediaku juga belum terbukti)

Kekadang firasatku berbisik
aku tak layak untuk mereka
empat ciri tiada yang lekat
harta tiada akhlak pun longlai
rupa tiada background pun biasa-biasa
ilmu di dada apatah lagi
bagai koyak lubang nan lohong.

Biarlah aku begini
menunggu kantung penuh berisi
berisi cinta dan juta
berisi ilmu dan amal
baru akan kufikir soal sedia
soal kahwin dan soal lelaki.

Wahai adik rupawan jelita
biarlah aku memendam rasa
hanya istiqamah dalam hati
tidak memandang bahkan dipandang
mahu menjaga agarkan terjaga.

Walaupun sunyi walaupun sepi
hidup ini akan kuteruskan
takkan terhenti kerana cinta
mustahil lesu tak berjiwa
kerana cinta sandiwara cuma.

0 comments:

Post a Comment