RSS

Ibadah Enterprise

Hidup itu sebuah cerita misteri, percaturannya aneh sekali. Semakin dicari semakin tak cukup, makin diperoleh makin dikejar. Itulah yang namanya nafsu.

Begitulah manipulasi yang dapat disimpulkan. Manusia semakin wahan (cintakan dunia, takutkan mati). Kita hina selalunya tanpa sedar, mahu itu, mahu ini. Lalu rezeki kita buru penuhi nafsu. Sungguh kita tak sanggup hidup dalam qanaah. Zuhud tiada segala, hidup hanya untuk mati.

Syukur! Begitu mudah terluncur di lidah. Tapi hati, hanya selera yang tahu. Ibarat berlari kejar polis dan pencuri, bermain sorok dan sembunyi. Kita hanya pandai bermain tarik tali, bertolak dengan takdir.

Tatkala kocek sudah terkoyak, manusia bertempiaran mencari jarum, jahit benang tutup lubang. Buat bisnes itu, buat program ini, asal pulangan menggemukkan ucang. Buatlah apapun yang dirasakan betul. Asal kita tahu, ibadah juga suatu perniagaan.

  • 7.30 pagi esok bertolak ke IPBM.
  • Perkara yang paling sukar bila turun padang ialah 'pakaian'. Sungguh aku dilema memenuhi.
  • Ya Allahu Robbi, permudahkanlah kami untuk menghadam pelajaran, lapangkanlah dada kami untuk sedia diuji. Walaupun terhimpit di antara detik dan buku, antara ilmu dan bakti, bahkan antara malas dan rajin. Gerakkanlah hati-hati kami sebagaimana enjin menggerakkan kereta, paculah kami di atas jalan-Mu: dalam setiap saat dan waktu. Amin ya Robbal alamin.

0 comments:

Post a Comment