RSS

Indah Bersahabat

Bersahabat itu indah, seindah mentari menyinari bumi, sebebas kicau burung yang berterbangan
apalagi jika terjalinnya kerana ilahi
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakhbar.

Ukir senyummu masih tak lekang di ingatan. Semangat sorakan kita masih terngiang-ngiang di cuping. Subhanallah, hanya Allah yang tahu betapa gembiranya kita tatkala itu. Sehingga larian kita begitu laju meluncur bukit tanpa sedar ada yang memerhati dari jauh. 

Kemudian kita berhumaira' sendiri tersedar dilihat muslimin. Masya-Allah, malu sangat. Tapi kita control, kononnya takda apa2 yang berlaku dan meneruskan permainan cari barang tersembunyi. Kita cukup mahir menyembunyikan rasa, kerana sudah terbiasa. Perasaan kalau dilayan takkan habis. Benda yang berlaku kita sedar takkan boleh diundur, jadi kita terus selamba melangkah, belajar sesuatu yang lagi baru, dan di situ kita menjadi matang. Alhamdulillah.

Ada antara kita cukup licik bermain. Barang-barang kumpulan lain dicuri dan sembunyi. Apabila dapat dikesan, maka kecohlah berlari kejar dan tangkap. Macam dalam cerita bollywod dah gamaknya. Subhanallah, indahnya bersahabat itu Ya Allah. Jika aku tahu, pasti tidak akan kusia-siakan. Jika aku tahu, segala-galanya sanggup aku gadaikan, asal kita sentiasa dalam kebersamaan. Itu sudah memadai. Biar kita miskin harta sekalipun, jangan kita miskin sahabat. 

Terima kasih sahabat. Kasihmu kusambut dan kubalas. Tak akan kusia-siakan. 

Ke gunung sama kita daki, ke lurah sama kita turuni. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama kita jinjing. 

Gayung sudah di tangan, perahu sudah di air, apa yang ditunggu lagi sahabat, ayuh, kita mara ke depan! Biar seribu musuh di hadapan, kita rempuh bak badai menggila. Kita genggam bara api sampai jadi arang, alang-alang celuk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Allahuakhbar!

0 comments:

Post a Comment