RSS

Permata Hatiku

Sahabatku permata hati
sakitmu laraku
sedihmu kepiluanku
bahagiamu bahagiaku juga.

Tatkala mengalir tangismu, aku pengen jadi pengesatnya
tatkala rebah semangatmu, aku pengen bahu bidangku kau sandar
dan akan kudodoi engkau dengan bicara
disinari bulan purnama
hingga akhir penghujung malam
sepertinya kita sedang bercengkerama
mengubat sakit dan luka.

Asal kau tahu
setiap saat dan detik
namamu sentiasa bermain di minda
setiap ruang dan waktu
cintaku sentiasa terukir untukmu.

Cuma aku mahu kau tahu
bahawa setiap jatuh dan bangunmu
kau takkan pernah sendirian
setiap salah dan silapmu
kau takkan pernah kesunyian
kerana Allah sentiasa ada
bersama.

Ayuh sahabatku
kau srikandi srikanda terpilih
diuji Allah bukan sia-sia
mengungkap rahsia seribu makna
derita jiwa bukan apa-apa.

0 comments:

Post a Comment