RSS

Rahsia

Hidup itu tersirat berjuta rahsia
setiap tangga umur yang kita daki
setiap itulah rahsia terbuka
sedikit demi sedikit
yang cerdik cepat dia menangkap
yang lambat akan tetap begitu.

Bila sekali ketemu rahsia
pasti nak lagi
dan tanpa henti dia cari
dalam kotak, dalam hati
di laut mahupun di darat
menjadi curiga setiap aksara
hidupnya ibarat detektif.

Ya, manusia itu detektif
dicipta dengan masalah dan persoalan
bukan untuk diratap tetapi untuk diselesaikan.

Hidup itu juga rahsia cinta
cinta manusia, cinta pencipta
cinta dunia dan cinta akhirat
setiap satunya perlu diselami
diceduk dan digoreng: biar seranggup mungkin
tambah sepinggan nasi
cukup enak menjamu selera
mengalir di kerongkong hingga masuk ke perut
jika baik gorengannya maka berubah ia menjadi vitamin
memberi tenaga kepada si pemakan
namun jika tidak
maka gorengan itu toksiklah yang melenguhkan
perjalanan hidupnya terbaring sakit.

0 comments:

Post a Comment