RSS

Terkurung

Dunia itu penjara bagi orang muslim
maka kau memenjarakan diri bagaikan burung dalam sangkar
hanya mampu melihat teman-temannya bersuka-ria, bebas berterbangan
lalu si burung mempersoalkan kenapa dia dikurung, yang lain tidak?
sedangkan dia dikurung tiada rugi, makan minumnya dijaga rapi
begitulah juga manusia,
gajah yang di depan mata langsung tak nampak,
nyamuk yang nun jauh di sana pula kelihatan
begitu sukarkah mengucap syukur
sehingga rezeki orang digigit rakus.

Kebebasan itu suatu rezeki yang abstrak
dirasa cuma, dimiliki tidak
jika jiwamu rasa sempit terkurung
maka jawabnya kau belum bebas
menyebabkan jiwamu sentiasa celaru, haru dan biru.

Tegasmu peraturan sendiri
tuturmu kononnya kerana ilahi
tingkahmu bak kaca yang rapuh
sifatmu suka hentam-menghentam
itukah yang kau maksudkan dengan ukhuwahfillah?
itukah takbir yang selalu kita laungkan sejiwa?

Dia dan mereka tidak bersalah
itu hak mereka untuk bebas,
bukankah hidup itu untuk dinikmati masam dan manisnya
lemak dan pahitnya
kerana di situ ada guru yang murobbi
memimpin jiwa
mematangkan usia.

Tetapi kau hanya mahu hidup terhormat
maka dirimu disakiti
guris dan terluka
sendiri dan sunyi.

0 comments:

Post a Comment