RSS

Trip ke Pantai Remis

  • Hari ni aku, aishah, kinah, wati, mira and rose jejalan ke Pantai Remis. Melawat rumah mak angkat masa program BIG dulu. hihi.
  • Seawal 7 pagi semua dah siap-siap dalam saga putih, sesampai pantai remis, singgah dulu warung Pak Wahab, selaku ketua kampung di situ. Rezeki yang tak dijangka-jangka, Pak Wahab pau kitaorang makan. haha, rugi pula tak order banyak-banyak tadi. hihi.
Hai manusia, tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada kan. 

Macam tulah juga masa hari akhirat kelak, yang dah masuk syurga menyesal tak beribadat sungguh-sungguh, kalau tak, mesti dah boleh duduk syurga firdaus. 

Apalagi penghuni neraka, sesal yang sesungguh sesal. Maka itu mereka merayu untuk dikembalikan ke dunia, mahu beribadat katanya, namun segala-galanya telah terlambat.

Moral valuenya: bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan sesekali tamak bertandang.
(ingatan buat diri sendiri juga. hehe)

Ni ha Pak Wahab. Roti canainya memang umph... (^_^)

Hidangan pertama di rumah.
  • Perut kembung dah macam belon duk sumbat-sumbat makanan. Sampai nak jalan pun tak bergerak-gerak dah. Haha, teruk-teruk.
  • Masuk rumah ummi, tak apa-apa lagi ummi ajak pi tengok astro dengan bantal-bantalnya. Last-last, astro yang tengok aku. (-_-)
  • Tepat jam 12, bangun tidur, ummi dah siap masak kubis masak lemak, ikan kembung, dan sambal udang. 
  • Siap makan, wati mai ambik pergi rumah mak angkat depa pula. 
  • Rumah kinah, aishah and mira: rendang kerang, ketupat, putu kelapa, dan banyaknya kuih yang i tak tahu apa namanya. Tahu nak makan je.
  • Rumah wati: ketupat juga, rendang sotong, air kelapa, kerang bakar and so many much i dont know its name. How fool am i kan. Takpe, yang penting tahu makan. :)
  • Pukul 3 bertolak ke beruas, hantar rose balik rumah. Hah, kat sini mak rose sediakan mi and bubur pulut hitam. Hok kenyang tadi tak turun, tambah lagi hok baru.
Dah adab menjadi tetamu.
Apa yang dihidang, tak boleh ditolak.
  • Then, pergi batu gajah, singgah menghantar kinah pulang ke lubuk. Sambil-sambil tu tumpang solat asar. Rumah kinah memang superp. Kalah rumah tn hj razali. :p
Begitulah perjalanan kami pada hari ini.
Semoga ukhuwah yang terjalin kekal berpanjangan.

Ya Allah, jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini, Amin.

Murid KSSRku

  • Masih teringat gelagat-gelagat anak muridku semasa last day praktikum.
  • Dari jauh mereka mengejarku ke bilik SPBT sambil berbaris seperti dalam kawad.
Cikgu, nak tolong angkat barang.
  • Aku hulurkan satu-satu barang kepada murid, minta di bawa ke pagar sekolah. Cikgu, saya nak angkat juga. Hah, tak da barang dah nak diberi. Lalu dari beg-beg tadi aku keluarkan barang untuk diagih sama rata.
  • Aku berjalan seolah-olah mengepalai mereka, anak murid kssrku yang aktif menghentak-hentakkan kaki dan membuat bunyi sorakan yang tak dapat kutangkap apa yang mereka seronok sangat membimbit barang-barang cikgu.
  • Alkisah di depan pagar sekolah pula, afiq, sattiya, durgeish, chun fei, chun kit, amiro, weng hou, faiz dan lain-lain memaut bahu kawan masing-masing, lagaknya seperti team bola sepak bergambar.
Apa kamu buat ni?
Kami nak buat pagar, kami tak nak cikgu pergi.
  • Ya Allah, sucinya hati murid-murid ini. Kau berikanlah kepada mereka petunjuk dan hidayah, ilmu yang bermanfaat, mana tahu suatu hari nanti merekalah pejuang-pejuang yang akan syahid di medan dakwah. Allahu akhbar.
  • Sedang hati terasa menitiskan air mata, mereka menegurku, cikgu...
KAMI SAYANG CIKGU ZAKIRAH!

Last But Not Least

  • Malam terakhir praktikum, kalut mencari hadiah untuk guru besar, guru penolong kanan, guru pembimbing dan murid.
  • Sedang asyik mengeledah kedai, terserempak dengan kawan-kawan. Huh, memang semua orang sibuk shopping hadiah. Hinggakan seorang kawan tu terbeli sampul hadiah selamat pengantin baru. Haha, kononnya nak guna sampul hadiah tulisan cina sebab nak bagi pada cikgu-cikgu cina la kan.
  • Setelah lelah mencari, nah ini hasilnya;
Teko untuk guru besar dan guru pembimbing.

Bookmark untuk murid-murid.

Harap murid-murid ingat cikgu selalu, penat taw cikgu buat sampai tak tidur malam. hoho.

Dan ini hadiah untuk guru penolong kanan.

Bengkel Pendakwah Muda

  • Dalam perjuangan ini, kita akan sentiasa ditapis-tapis oleh Allah. Jadi, sujud syukur yang tak terhingga kerana terpilih untuk mengikuti bengkel pendakwah muda di Kedah.
  • Dah lama rindu pada kem2 sebegini bermukim. Semoga kem ini akan membawa aku kepada kem2 yang seterusnya. Wahai jati diri, bangunlah dari lena yang panjang.
  • Pengisian yang penuh hikmah oleh insan-insan yang hebat. Ya Allah, sesungguhnya aku tidak hebat. Oleh itu, Kau hebatkanlah aku atas sebab kasihku pada mereka yang hebat-hebat ini.
  • Memetik kata ustaz Fadhil Nor
Perjuangan kita pada hari ini bukan untuk mencari kebenaran. tetapi adalah untuk mengangkat kebenaran dan letakkannya di tempat yang sepatutnya.
  • Kebatilan akan hilang apabila adanya kebenaran. Bak kata syed qutb: Kezaliman itu kadang-kadang ambil tempoh yang panjang, pemerintahan yang lama, tetapi ia tidak akan kekal.
Kerana Islam itu seperti air, lagi kuat ditekan, lagi kuat ombaknya, lagi cepat menangnya.
  • Dakwah juga tidak boleh terpisah dari tarbiyah, tak boleh terpisah dari jemaah. Kerana tanpa tarbiah, hilanglah akhlak. tanpa jihad, manusia jahat.
  • Bercakap tentang dakwah dan tarbiyah, ramai yang beralasan tiada masa. Its not about comitment, its all about time management.
Bila buat kerja dakwah, jangan menghukum orang atas pengalaman kita, tapi hukumlah orang atas pengalaman mereka. Pada masa yang sama, jadikan pengalaman kita untuk memahami mad'u.

As a da'ie, di mana kita dicampak, di situlah kita bertapak.

Rabu; 23 April

  • Alhamdulillah...Yeay! Hasil kolaborasi pensyarah dan guru pembimbing, markah observe dinaik taraf. hehe. Syukur alhamdulillah, berkat doa ibu nun jauh di sana.
  • Tiba-tiba rasa semangat pula nak pergi sekolah. 
  • Jadi, sengaja aku pilih baju kaler ungu. Bak kata Meor Saiful Nazli, warna ungu itu lambang kebahagiaan. hehe, bahagia la kan. Alhamdulillah. (^_^)
  • Pagi-pagi lagi dah menyinggah bilik darjah tahun 4. Entah kenapa rasa rindu pada mereka menerjah di fikiran. 
  • Seusai menatap satu-satu wajah mulus mereka, sekarang tiba masanya untuk pergi ke SK Methodist pula. Guru besar dan PK koko dah tunggu pun dalam kereta.
  • Action song competition. Peringkat Kinta Utara.
  • 7 buah sekolah semuanya. Macam-macam aksi boleh tengok. Subhanallah, tak sia-sia KSSR ni dijalankan. Hasilnya, tengoklah betapa yakinnya murid-murid dalam menonjolkan bakat, ditambah pula dengan serinya akhlak yang telah diterapkan.
  • Tengah harinya pula, masuk kelas, suruh murid hasilkan sebuah penulisan kreatif berdasarkan gambar yang diberi. Sedang2 menyemak, tiba giliran buku afiq:
"Kami menjamu selera dengan juadah yang disediakan oleh mak cik Zakirah dan mak cik Zizah"

"Hei Afiq!! Kamu dah takde nama lain ke nak letak? Mak cik Zakirah dapat ke kamu!" Satu kelas gelak mengilai.

"Ui, garangnya cikgu!" Spontan Afiq menjawab.

"Hah, cikgu memang garang pun. Hari-hari cikgu garang baru hari ni kamu tahu?"

"Tak, cikgu Zakirah kami baik, dia tak garang." Erk, krik2.

Kami Nak Cikgu

Loceng berbunyi menandakan kelas bermula. Aku masih termenung paku di bilik SPBT. Ah, serabutnya, tak nak masuk kelas, tak nak buat RPH, tak nak buat semuanya. Oh jumaat, cepatlah tiba, habiskan praktikum ini.

Kaki yang mencium lantai, terasa bagai tenggelam ditelan bumi. Andai saja aku memiliki kuasa sakti, jari kupetik kemudian shrinkkk... Bumi dengan ajaibnya berputar dengan pantas sehinggalah terdengar bunyi tepukan tanganku. Pap pap pap. Hari jumaat pun tiba. Yeay! praktikum dah habis. Babai SJK (C) Tat Choi. Hahaha.

Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba terdengar suara bersahut-sahutan di muka pintu, cikgu, masuk kelas. Sekarang masa cikgu. Erk, krik2. Malunya, murid-murid satu kelas bertandang ke bilik SPBT. Aku tarik muka semasam-masamnya (cover malu, haha) Cikgu tak nak masuk kelas kamu. Kamu semua nakal, cikgu tak nak ajar kamu dah! (nokhtah). Alah cikgu... Tapi kitaorang nak belajar dengan cikgu...
  • Kata-kata itu masih melekat dalam ingatan. Aduh, memang mulut aku keras macam batu tapi hati ni senang sangat terharu. 
  • Sekeras-keras aku ni pun masih ada murid yang sayang. Subhanallah. 
Maha Suci Allah yang telah menciptakan hati kanak-kanak seperti kain putih. Maka itu, lukiskanlah sebuah pemandangan yang indah buat mereka. (^_^)

Be Yourself

  • Legakah yang kurasa atau beban bertan-tan dalam minda. 
  • Yang aku tahu, aku terdiam dan senyap sejurus mendapat tahu keputusan observe. Sepertinya Allah sengaja lupakan mereka. Sepertinya borang markah itu sengaja ditinggalkan dalam buku rekod pengajaranku.
I'm not the best and i dont want to be the best
i dont know what i want to be
ottoke?

Just be my self.
  • Ramai pula yang menegur, cikgu ok ke? cikgu sakit ke? Haih, relek2, i can control this face. Oh, no, set back to no feeling! hahaha.
  • Manakan sama pemikiran yang telah didoktrin sambung master, baginya markah sangat penting dalam kerjaya. 
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Belajarlah, dari guru pengalaman.
  • Ok, saya sudah habis diobserve. Erk, perlu siapkan juga ke RPH untuk esok? krik2. (^_^)

Just Do It

  1. Isnin: observe besama pensyarah dan guru pembimbing.
  2. Selasa: Pergi sekolah Methodist, hias pentas untuk pertandingan action song.
  3. Rabu: Jaga pendaftaran dan jadi penjaga masa sepanjang pertandingan action song berlangsung.
  4. Khamis: Kemaskini dan kumpul semua maklumat yang perlu dimasukkan dalam fail praktikum, dan cari cenderahati kepada guru besar, PK Hem, guru pembimbing dan pensyarah penyelia.
  5. Jumaat: Buat jamuan perpisahan dalam kalangan staf-staf dan guru sekolah. Menu, kami pilih bihun sup. Duit, kongsi sesama guru pelatih.
  • Setiap pagi sebelum kelas bermula dan selepas rehat, tasmik bacaan dan gaya murid bercerita. 
  • Rasa macam dapat praktikum dua buah sekolah dalam satu masa. All is well. We call its as pengalaman. 
Cause i am the chosen to do it, so i will just do it. (^_^)
Do the best, proved Islam is the best!

  • Waah, tak sabarnya nak pergi trip ke Pulau Perhentian 5/5 ni. Semoga ia menjadi penutup kepada segala penat dan sengsara bagi semester ni. (^_^)

Permudah

  • Rasa macam nak melompat je. Alhamdulillah lepas sudah tasmi' hafazan 10 ayat/ surah darussyifa'. Baru ruqyah pertama, dah happy giler en. Macam mana pula kalau dah graduate ijazah pengubatan nanti. Aaahhh, tak sabarnya. (^_^)

  • Tak sangka boleh lepas, sebab last minute hafal. Walaupun tergagap-gagap, lulus juga. Syukur dipermudahkan.
Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada ada kemudahan
sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
  • Tapi its not the time to happy gaban. Sebab esok ada satu lagi ujian besar. Observe bersama pensyarah dan guru pembimbing. 

Maka apabila engkau telah selesai dari sesuatu urusan, tetaplah bekerja keras untuk urusan yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.
  • Harap-harap, Wey Ting, Weng Hou, Lam Zhi Li dan Soo Tong tak buat hal esok. Murid pemulihan ni kadang-kadang tak boleh jangka, depa sangat mahu perhatian kita tertumpu pada mereka. 
  • Ya Allah, permudahkanlah urusanku, jadikan hari ini lebih baik daripada semalam, esok lebih baik daripada hari ini. Amin.

Ilmu & Perjuangan

  • Tatkala semangat juang sedang membakar, tegakkan islam di dalam diri, nescaya tegaklah Islam di muka bumi.
  • Lalu pesanan ibu bagai luruh musim tengkujuh.
"Jangan libatkan diri dalam sebarang gerak kerja. Tumpu pada akademik sepenuhnya."

"Kalau ada kawan ajak keluar, jangan takut untuk tolak."

"Kalau diberi tugasan yang lebih, sedangkan orang lain tidak begitu, keluarkanlah suara untuk membantah"
  • Dan aku hanya mampu meraikan pesanan ibu, walaupun dalam hati, ibu, akak nak mati syahid... (krik2)
  • Tapi ibu takkan faham. Ibu tak pernah tahu kenapa perlu perjuangan, yang ibu tahu, akademik itulah hidup dan mati.
Jika kamu inginkan dunia, hendaklah dengan ilmu
jika kamu inginkan akhirat, hendaklah dengan ilmu
jika kamu inginkan kedua-duanya, juga dengan ilmu.
  • Sebab itulah sewaktu SPM dulu, ibu sanggup berjaga malam siapkan air dan kuih untuk menemani aku study. Sehingga hari ini, apabila kol, ibu pasti akan bertanya macam mana belajar?. Ibu sangat mahu anaknya jadi orang berilmu.
  • Tapi, aku mahu beri lebih pada ibu, ilmu dan perjuangan. (^_^)
  • Selamat berjuang. Go go cayuk!

Musafir Haraki

  • Antara masalah tarbiah adalah pengurusan masa. Oleh itu, nuqaba' mestilah menepati masa untuk buat usrah.
  • Surah al-Kahfi ayat 13-14:
Kami ceritakan kepadamu Muhammad kisah mereka dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka. 

Dan Kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri lalu mereka berkata "Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi: kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sungguh kalau kami berbuat demikian, tentu kami telah mengucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran"
  • Fikrah islam adalah agama yang tersembunyi. Atau dengan kata lain, sir wa hazar merupakan aspek yang sangat ditekankan dalam agama.
  • Apa yang telah dilatih semasa zaman kampus, mestilah dipraktikkan pula semasa zaman kerjaya nanti.
Kerana pemuda, peranannya, mengangkat darjat ummah.
  • Hal ini demikian kerana pemuda memiliki ciri-ciri istimewa berikut: 
  1. Semangat.
  2. Tenaga.
  3. Idealisme.
  4. Sanggup menanggung risiko.
  • Oleh itu, untuk jadi pemuda penegak panji Allah, mestilah mematuhi syarat yang berikut:
  1. Iman yang kental.
  2. Al-huda (petunjuk Allah). - memerlukan komitmen untuk merayu kepada Pencipta, kerana tanpa petunjuk kita akan lemah, tanpa petunjuk akan timbul masalah ukhuwah, masalah hati dan sebagainya. Oleh itu, mohonlah diberikan hidayah kerana ketinggian ilmu bukanlah bermakna seseorang itu dapat petunjuk.
  3. Ukhuwah/ tautan hati.
  4. Fahami konsep haraki. Kalau boleh, tiada istilah sufi haraki sebab ahli penggerak semestinya sufi. Jagalah diri dari sudut amalan harian.

Adik & Anak

  • Mengajak atau diajak? Haha, jumpa adik usrah, ajak la pi program, but;
"Huhu akak, kami tak free. :( kami dah bagi nama untuk jadi fasi kem sekolah. Nanti boleh panjat bukit bangkong, hehe.."

"Panjat bukit bangkong?" dengan mata bersinar-sinar. Haih, aku pula yang rasa nak join jadi fasi. 
  • Sampai di sekolah pukul 7 pagi. Murid-murid semua dah sedia dalam kelas, ada siapkan kerja rumah, ada yang main ping pong depan bilik guru, ada yang main chess (aduh, genius anak murid aku ni). Agak-agak pukul berapa la depa bangun kan. Sedang mahu melintas ke bilik guru, ada suara bersahut-sahutan. Cikgu, cikgu ada orang nak bagi hadiah...
  • Oleh sebab tidak terperasan, aku berjalan terus. Cikgu zakirah, ada orang nak bagi hadiah! Berlari anak muridku, ramai-ramai mengekor dari belakang. Nah cikgu, ikhlas dari kami. :)
Sory lah, gambar google je. Handset cikgu terlalu canggih, sampai tak da kamera. :)
  • Erk, kenapa bagi cikgu? Kamu nak cikgu cepat-cepat keluar dari sekolah kamu ya? Tak la cikgu... sebab kami,... sebab kami... belum habis kata-katanya, dia sudah cabut masuk kelas. Haih, anak-anak O anak-anak... (^_^)

Merungut VS Kejayaan

  • Kita selalu merungut; Penatnya... haah, penatnya... (malasnyaa)
  • Sedangkan pada masa yang sama kita sering meletakkan dalam hati, aku nak berjaya! aku nak begitu dan begini.
Jika kita hendak berjaya, bertingkahlah seperti orang yang berjaya.
  • Orang yang berjaya tidak berkira dengan masa rehatnya. Bersungguh-sungguh dan tekun. 
  • Orang yang berjaya tak semestinya asyik gelabah dengan keadaan. 
  • Susunan waktunya teratur and always smart. Thats why la orang yang berjaya ni selalunya kelihatan tenang sahaja. Sebab dalam fikirannya sudah ada setting, lepas ni buat apa, then buat apa.
  • Tidak bertangguh dengan sekecil-kecil kerja sehinggalah ke sebesar-besar kerja. 
  • Ok, lepas ni tak boleh sebut something yang negatif dah, always positive, think positive and work in positive atom. Do the best, you are the best. No pain, no gain.
  • Go go cayuk! fighting. (^_^)

Cayuk2!

  • Sambil-sambil merancang pengajaran harian, pasang album lagu my girl. Allah! rindunya zaman sekolah. Lagu-lagu inilah yang membakar semangatku suatu masa dahulu. 
  • Hari ini diulang dengar, harap2 boleh sambung master pulak la lepas nih. hihi, amin2.
Lagu halwa telinga
mengubat rindu, penawar sengsara
ayuh mengorak langkah
ayuh gerakkan jiwa dan masa
jangan pernah berhenti sama sekali
cayuk2! :)
  • Jom jadi zakirah yang bersemangat, kuat dan tidak sensitif. Biarlah orang kata hati kering ke apa ke, yang penting hati takkan pernah rasa sakit dengan segala ancaman.
Kata ibu, dunia ni semantara
jangan sibuk mengejar apa yang tak pasti
apa yang ada dihadapan mata
itulah yang pasti.

Jangan jadi seperti kata pepatah
yang dikejar tak dapat
yang digendong keciciran.
  • So, jangan sibuk fikir pasal jodoh atau something yang tak pasti. Apa yang ada sekarang, belajar sungguh2, sambung master dan berjuang sehabis mungkin untuk tegakkan syiar Islam. Hot to go, aum2!
Tegakkan Islam di dalam diri
nescaya tegaklah Islam dimuka bumi.
Allah nombor satu.

Projek Praktikum

Penat yang disangka berubah ceria tak henti-henti. Nikmat! Projek praktikum:

  1. Baiki, cat dan hias taman sekolah.
  2. latih murid bercerita untuk wakil sekolah hujung bulan ni.
  3. ajk pengurusan pertandingan action song. Kena hias pentas di SK Methodis.
  4. cat garisan gelanggang bola keranjang dan bola tampar.
Sepetang bersama ahli praktikum mengecat taman, membuat kerja pertukangan, tukul sana gergaji sini. Bunyi macam penat je kan, but not at all. Rasa best super saiya sebab guru besar pun turun gergaji kayu. I love this profesion. Esok pagi kita serang pula gelanggang bola keranjang. :)

Hari lahirku, Ammar pergi

2 November yang lepas, seorang syahid yang tertangguh telah pulang ke rahmatullah. 2 November yang lepas, kumpulan al-fateh ada ke telah hilang gelak tawanya. Yang tinggal hanya bekalan nasihat dan semangat, hanya rindu dan kagum.

Ya Allah, kurniakan kepada kami semangat untuk terus menceduk ilmu, kuasai sejarah takluki jiwa. Sehingga cebis-cebis semangat bercambah, bercantum dan bersatu sebagai tentera iman Mahdi.

MH 370. Tajuk bual dengan partner praktikum. Sama-sama saling berkongsi, sama-sama saling membuat perkaitan, kesimpulan dan kajian. Dan di akhirnya, masing-masing saling sebak menanti hari pengakhiran zaman. Sengkakala akan ditiup, bumi akan terbalik, kita akan pulang. Pulang yang bagaimanakah itu? Tepuk dada tanya iman.

"Islam bermula dalam keadaan pelik, dan akan berakhir juga dengan pelik"

Semangat memang pelik.

Coca Cola

Dalam pencarian coca cola, hatiku geli menyisik-nyisik. Perlukah coca cola itu dibeli atau dijual. Sedang aku bukanlah penggemar coca cola. Jika dibeli, tapi tak pandai minum, tidakkah itu membazir namanya. Haaa, dan membazir itu kan perangai syaitan. Nauzubillah, Allah Allah. Rosak manusia abad ini pun kerana tidak mahir mengendalikan harta, boros sana boros sini, sedang diri masih papa kedana.

Bagaimana pula jika dijual? Tidakkah coca cola itu produk yahudi, produk yang kita boikot. Jika kita yang menjadi penjualnya, dah telahlah kita ni agen-agen ekonomi yahudi. Mereka dapat duit, saudara seIslam kita jadi mangsa. Nanti lama-lama, kita pula yang dipermangsakan. Allah Allah, nauzubillah.

Praktikum, rindu sahabat

Pada wajah sahabat, aku rakamkan rasa rindu yang membahang. Kesibukan praktikum banyak menjarakkan ukhuwah antara kita, apa lagi jika sudah posting. Mungkin, nama sahabat juga terlupakan kita.

Ya Allah, eratkanlah simpulan hati kami dengan ikatan akidah-Mu. Tumbuhkanlah daripada ukhuwah-ukhuwah kami sepasang sayap, yang akan membawa kami terbang ke syurga. Amin.

Apabila hati sudah pernah melalui keindahan bersahabat, kita akan rasai kesuraman hidup jika tiadanya di sisi. Semakin hari, semakin serasi, tanpa hadirmu, jiwa terasa sunyi.

Masih berpusar di mindaku saat terakhir kita bertemu, di bawah sinaran lampu neon, di tepi jalan hingar, diiringi dendangan kereta dan lori. Geli hatiku masih berbaki, melihat sahabat menyenget badan untuk dengar pengisian. Sahabatku pencinta ilmu.