RSS

Dona

Dua tahun kau menjadi perhiasanku
aku akan risau jika terlupa siapkan makanan untukmu
bila sedih dan kacau, kaulah penyejuk di mata
kau teman bicaraku
biarlah jika aku dilabel kurang siuman
kerana dengan meluahkan rasa padamu,
hatiku menjadi tenang.

Telah kulalui musim yang paling menyedihkan
cuti panjang yang memisahkan kita
berjauhan, bersua pun tidak
notis 'tolong' aku lekatkan di kaca mukamu
agar kau tidak dilupa makan dan jaga
supaya balik nanti
aku masih bisa melihat kau bertenaga
bermain sembunyi di balik pokok dan batu
biar hebat manapun kau menyorok
tetap kau takkan jauh: dekat di hati.

Kau bijak dan pintar
setiap aksaraku dapat kau terka dan laksana
bikin sayangku bertambah dari hari ke hari
kau adalah senyumku, masaku dan aktivitiku.

Hari ini fogie disembur dalam setiap bilik
sejenak aku kembali, kau sudah kelabu dan lambat
risauku hanya Tuhan yang tahu
cepat-cepat air kacamu kuganti
makanan kutabur-tabur.

Aku cuba berjenaka
namun senyap, tak berbalas
mesti kau menanggung sakit yang amat
dapat kurasakan nazakmu semakin hampir
tidak! dulu pun kau begini
dengan penjagaan dan kasih sayang
kau kembali aktif
dan aku pasti bisa pulihkan kau lagi
tapi aku sedar
selamanya takkan mahu kau, aku kurung
kau juga punya hati dan perasaan
bermain dengan kawan-kawan
lalui denai suka duka.

Aku nekad
kerana sayang dan kasih
kau, aku lepaskan
bersama air yang mengalir deras
berenanglah pulang ke lubuk
di sana tempat asalmu
doaku semoga kau sentiasa bahagia
dan selamat dari sebarang bala yang tak disangka.

  • Dona ialah ikan peliharaanku dan roomate yang dihadiahkan oleh linda. Sekarang, dia bukan lagi peliharaan kami, macam nenek dah gamaknya mengangkut akuarium bersama roomate, cari longkang yang bersih mengalir dan dona dilepaskan. 
  • Pelihara dona, buat kami rasa kejam dan jahat. Kadang-kadang kami lupa beri makannya, kadang-kadang, dona kami tinggal-tinggalkan. Tak sanggup dah nak tanggung dosa percuma macam tu. Apapun, babai dona. (T_T)
Menemui blog yang sangat awsome perkongsiannya
lembut, berhemah, menegur dan nasihat
tidak ketinggalan juga luahan rasa dan semangat.

Aku dapat menerka
dia bukan sebarangan orang
seorang penulis mungkin
atau juga seorang jundullah.

Tatkala menikmati hidangan di laman itu
kesedaran bagai diketuk
itulah gaya penulisan yang aku idamkan
bukan emosi semata-mata
bukan cerita semata-mata
tetapi ada mutiara yang berkilauan di balik cengkerang
ada lilin yang menyala di balik semangat gelap
dengan harapan, moga Allah reda.

Rintihan PIAH

Aku akan sunyi lagi
unit K akan beransur keluar
begitu juga pimpinan bkdm
mereka kelihatan seronok
riang, jelas terlihat senyuman di wajahnya
mimpi-mimpi indah sudah berselangkan realiti
"aduh! tak sabarnya nak duduk di luar
boleh berdikari, masak-masak, duduk serumah dengan kawan-kawan"
barangkali itulah yang bermain di fikiran mereka.

Aku akan sunyi lagi
bila tiba waktu subuh
hanya detik jam yang mengejutkan manusia
hanya lampu dinding yang menyinari laman
takkan ada lagi derap kaki melangkah
apalagi rumput yang menari: tatkala dipukul angin yang sepoi
Ah, barangkali peristiwa lampau akan berulang
hak aku mula dipertikai
penjajahan agama berlaku sewenang-wenangnya
aku menjadi persoalan: kuil kah surau?
dan jika benar itu berlaku,
akan adakah lagi ustaz zakaria kuasa pembela
yang membesarkan aku dari sekangkang kera hingga ke dapur
akan adakah lagi akh ihsan pejuang yang insani
bersengkang mata siang dan malam
bersama sahabat-sahabatnya mendaulahkan islam.

Aku akan sunyi lagi
teman-temanku masing-masing mahu menyendiri
duduk di luar hanyalah rugi
tiada duit menyusahkan parent
apalagi bila praktikum: bergandalah rumah yang disewa
bayar itu bayar ini.

Wahai teman-temanku,
janganlah pergi tatkala aku sudah mula mencintaimu
kerana aku pasti merindu
kau di luar pasti memilih tempat ibadah yang paling dekat dan mudah bagimu
aku hanya tempat persinggahan jika ada meeting dan aktiviti
tiada lagi yang mahu berjaga malam di lamanku
sambil berzikir dan bertafakur
aku pastinya bukan lagi rumah kedua buat kalian
hanya bergantung harap pada pelatih baru dan muda
mahukah mereka menyapa aku yang sunyi?
  • Ayah, tengok gambar ni. Seronok pergi pulau perhentian. Haa, tak sabarnya nak keje. Tahun depan habis, tahun satu lagi start keje. Nanti kita pergi bercuti satu keluarga ea.
  • "Bukan kak ngah kata nak sambung lagi 2 tahun ke" Oh ayah, tiba-tiba rasa nak batal je niat sambung master. Tapi kalau ada rezeki apa salahnya. 
  • Seperti pesan ustaz Hafiz, nak jadi jundullah, mesti tingkatkan pointer. (^_^)
  • El yasa' datang ke Malaysia! Satu lagi permata ditemui setelah berakhir peperangan. 
Kamu belajar di mana?
Aku di institut Jakarta, dalam bidang tafsir Quran.

Kapan kamu habis?
Aku hujung tahun ini habis sudah, tahun depan disuruh mengajar setahun di pedalaman Indonesia.
  • Seluruh anggota keluarga dipanggil balik untuk berkenal-kenalan dengan sepupu. Wajahnya mirip ibunya. Hitam manis. Cuma percakapannya sahaja berbeza. El Yasa' lebih sopan dan lembut.
  • Aku terkedu apabila diajukan soalan. Kamu sudah punya jodoh? Aduh, dek tiada jawapan yang sesuai maka soalan ku balas soalan. Biarlah, aku belum bersedia atau barangkali aku yang terlalu memilih. 
Ya Allah, matikanlah aku dalam syahid sebagaimana sumaiyah.
  • Keesokan harinya dikhabarkan ayah accident di tempat kerja. Melecur separuh badan. Allahu akhbar! Kulit ayah masak bagai direbus, tersiat bagai terbakar, hitam, legam. Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan kepada bapaku.
  • Zaki di Mabiq dipanggil balik, zarina di johor (hari ni baru sampai). Aku pula terpaksa balik maktab awal. Exam dan meeting melambai2 panggil pulang ke sarang. 
  • Sesungguhnya aku ikhlaskan harta dan ragaku dalam perjuangan ini, maka itu redailah aku, limpahkanlah berkat dan rahmatMu kepada keluargaku.

Cerita Hati

  • Alhamdulillah, sampai juga zarina di Perak untuk temuduga ipg. Insya-Allah, mudah-mudahan dipermudahkan.
  • Saat hati meronta, takdir mula berbicara. Tika hati mula merindu, kita selalu kan bertemu. Lihatlah bintang di langit, engkaulah bidadari hatiku. 
  • Engkaulah mutiara yang selalu inginku gilap, biar sinarnya membawa cahaya, menyinari kalbu dan rindu.

  • Biar kita tak punya apa-apa, asal kita punyai jiwa. Saling menjaga dan dijaga, bersama menyusun bata, kita bina tembok agar tidak ditembusi dajjal.  

  • Butir-butir jiwa, kutiplah dan simpan buat resepi kehidupan. Kerana sampan tidak seperti bola yang bergolek. Kerahkan tenaga, kita dayung hingga tiba di muara.

  • Hidup tak selalunya indah, namun tidak pula sesukar yang kita sangka. Laluilah dengan tenang dan sabar, di situ letaknya kunci kekuatan.

  • Kadang-kadang kita gelisah dengan dinding-dinding yang terbentuk, kita takut terkurung sendiri, namun hati berbisik, la takhaf wala tahzan innallaha maana.

  • Kau selalu berkata, "saya asiah yusra dan kak ngah elya khadija". 

  • Kita terlalu terpengaruh dengan novel tautan hati. Kerana di situ bermula titik perubahan kita, cita-cita dan visi. Kita mahu jadi sehebat mereka yang berjaya dan lalui denai yang sama.

  • Harapan itu terus bersinar, selalu kita siram dan baja. Hingga mekarnya harum berbunga. Terhias indah di lantai hati. 

  • Namun, kita bukan mereka. Kita hanyalah anak nelayan yang kaya fikir dan zikir.

  • Kita hidup dengan zuhud dan qanaah, bercukup dengan apa yang ada, asal hidup tidak meminta. Tidur dan impi kita selalunya bersulamkan syurga.

  • Apapun, teruskan berfikir dan merancang. Kerana kita kalah selalunya bukan sebab musuh yang kuat, tetapi perancangan kita yang lemah.

  • Kita lemah bukan sebab kurangnya senjata, tetapi sirnanya amalan dalam diri. Sentiasalah bermuhasabah dan perbaiki niat. Itulah kunci untuk terus istiqamah.

  • Ini bukan lagi zaman untuk kita bermenung, kerana sedih dan kecewa bukanlah penyelesaian yang ampuh.

  • Bina jati diri, cekalkan hati dan semangat. Kita mampu hadapinya.

  • Sekali kita jatuh, bukan bermakna selamanya kita jatuh. 

  • Pada lubang yang pernah kita tersungkur, mustahil kita lupa dan tersungkur lagi. 

  • Biarlah sekali terpijak ular, hinggakan tali jangan disangkakn ular.

  • Rumah selalu kata pergi, sedang kubur melambai mari. Melangkahlah dengan persiapan jiwa dan bakti, supaya kita tidak termasuk dalam golongan yang rugi. 

  • Dan akhir sekali, sampai di sini sahaja cerita hati hari ini.
  • Letih yang tak mengenal lesu.
  • Sepanjang dua minggu aktiviti tak menang tangan. Tapi, itulah nikmat hidup yang sementara, bekerja dan bersungguh pasti ada kemanisan di penghujungnya. 

Pulau Perhentian (mung tunggu aku)

AKTIVITI WAKTU SIANG

Fadhil ni nak pergi kemboja ke pulau perhentian? (^_^) Nampaknya program ke kemboja tempoh hari masih melekat di hatinya (barangkali)

Suasana jeti.

Suasana di jeti

Suasana di jeti

Pemandangan dari atas bot.

Sesampai chalet, terus tukar baju terjun laut. (sejuk)
Dah puas main air, makan. 
Hakdoi, milo es nya pun rm5 se.

Kemudian solat dan tidur.

Pada sebelah petangnya, aktiviti berkayak. Semua orang tak ingat nak ambil gambar dek syok sangat berkayak. Sampai ke seberang kayaknya pergi.


Asal penat je, makan. Asal penat ke, makan. (dah jadi rutin)

Perjalanan dari satu tempat snorkling ke satu tempat yang lain.




Ikan nemo.

Penyu.

Wajah-wajah puas bersnorkling.



Bola tampar pantai. Budak perempuan, kite main bola monyet je dalam air. :)

Bola pantai.






..............................................................................................................................................

AKTIVITI SEBELAH MALAM





Menunggu order. Time to charge back energy.

Petik gitar and sing a song together.

Budak perempuan tak main gitar-gitar ni, kite bentang tikar tepi pantai, dan tidur tengok bintang. 

Sambil-sambil tu main permainan runningman: teka lagu apakah ini. :) then nyanyi sama-sama. 
Sweet memory (^_^)

Kadang-kadang kita akan duduk bersama, untuk sesi refleksi dan suai kenal. 

Main permainan throw or dare. Pusing botol, siapa yang kena perlu jawab soalan-soalan maut dengan jujur atau buat sesuatu yang sukar dijangka. Best. Banyak rahsia-rahsia mula terbongkar, dan kita saling mengenali antara satu sama lain.