RSS

Cita-cita

Kita punya banyak cita-cita
ada yang besar
ada yang kecil
dan cita-cita kita selalunya  berubah
seiring dengan perubahan minda.

Pernahkah kita melihat bumi berputar?
tidak.
pernahkah kita melihat angin bertiup?
tidak.
Kita hanya mengenalinya setelah guru mengajar
dan buktinya kita rasa
kemudian kita percaya
akhirnya kita lihat.

Begitulah cita-cita
hanya bermain
di sekitar pengetahuan
maka luaskanlah pengetahuan
tentang cita-cita kita
tentang masa depan kita
serta hidup dan mati kita.

Cita-cita
apakah yang kamu kejarkan
apa pula yang kamu dapat
satu per satu
semuanya akan dipersoalkan
ketika itu masing-masing
punya jawapan tersendiri
berdasarkan pencapaian diri
atas cita-cita yang diimpi.

Sufi Terindah

Di ambang SPM
saat remaja terindah
sufi bercahaya
kekhusyukan terpancar
hati pun tenang.

Ketika itu tiada langsung terfikir
sebesar apakah cabaran dewasa
rupanya batu-batu neraka menghimpit jiwa
banyak benda perlu dilalui
beribu nafsu perlu diperangi
pelbagai alasan kita beri
bermacam tohmahan kita terima.

Jika dahulu disiplin kita diatur
hanya patuh dan taat kita laksana
tetapi kini
suasana harus kita cipta
atau kita yang sengsara
dikepit dengan masa
tenggelam dalam dunia.

Ambang SPM saat terindah
sufi bercahaya
kekhusyukan terpancar
hati pun tenang.

Ketika itu
masa depan jadi taruhan
ayah dan ibu sebagai perangsang
semangat dan azam modal termahal
nasib umat bukan barangan,
kita harus cepat atau kita dipermainankan
lalu bergema jiwa dengan kata-kata
'study jihad fisabilillah'
kita belajar bagaikan berperang
kita berjalan bagaikan berkuda
kita menulis bagaikan memanah
kita menghafal bagaikan menyusun strategi.

Apabila solat
kita sering berdoa
andai sudah cukup amalku ke syurga
matikanlah aku dalam senang
agar tiada sempat bagiku maksiat
dinodai tipu daya
melakukan dosa yang bahaya,
sungguh aku tak mampu
untuk jauh darimu
walau seketika cuma
jangan pernah kau biarkan kami
menentukan nasib kami sendiri.

Dan apabila menerima keputusan
kita puas tak terhingga
Allah memberi jawapan cinta
kesungguhan terasa begitu bermakna
nikmat yang dikecapi terlalu berharga
hilang kata-kata
hanya tangis memadamkan derita.

Aku rindu untuk kembali lagi
di ambang SPM saat terindah
sufi bercahaya
kekhusyukan terpancar
hati pun tenang.

Mr Gentlemen

Tahun tahun selalu begini
emak emaknya bertanya
anaknya masih kosongkah
dan anak-anak yang mahu akan tersenyum
yang tidak mahu mencipta alasan
tidak lama kemudian
berlangsunglah majlis suka suki
menyambut meriah orang baru
selamat datang ke keluarga kami.

Tahun tahun selalu begini
emak emak pulang dengan tangan kosong
cincin cincin disimpan dalam kotak
alasan yang didengar tidak boleh diterima
tetapi hormat merelakan segala.

Tahun ini mungkin berbeza
mungkinkah senyuman akan dilempar
atau alasan yang sama diberi.
Sambutan hari raya
hanya layak untuk sesiapa yang berjaya
membersihkan hati dan jiwanya
tapi diri ini belum
melalui fasa itu
masih pantaskah aku
menyambutnya dengan gembira?

Rindu

Rindu
nak buat kad raya untuk kawan2
buat pantun dan tulis atas sampul surat
tapi kini tidak lagi
fitnah dihindari, hati diselimutkan.

Rindunya nak tengok air mata sahabat
yang mengalir deras
dek terharu dihargai
ada juga yang tersenyum
lalu pantas aku dipangku

Rindu juga nak jadi kanak-kanak lagi
melompat riang sini dan sana
dapat duit simpan dalam tabung.

Pagi-pagi ibu panggil
dihias bunga cantik berseri
diusik pula abang yang nakal
ewah adik manis, cantik bergaya.

Ayah pun kucup
ampun dipinta
dipeluk ibu sebak terharu.

Alhamdulillah, masih diberi waktu
untuk aku seperti dulu
masih ada mereka di sisi
masih perkasa nyawa di tubuh
berkatilah usia kami
hingga tiba ramadhan lagi.

Utamakan

Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia.
utamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan di dunia
itulah pesanan seorang sahabat.

Ampunkan kami
sering setia kami bukan padamu
bantunilah kami agar tidak tersasar jauh
daripada landasanmu
kami lemah ya Allah
kami alpa.

Tatkala hati mahu menjadi halimunan
tatkala itu juga tingkah di luar jangkaan
saat jiwa ingin diam dalam pangkuan
saat itu juga raga meragam.

Hati dan langkah tidak seiring
fikir dan rasa selalunya tak sama
kita sukar memahami diri sendiri
hanya Allah Tuhan yang mengenali hambanya.

Kata orang
jangan bermain dengan api
nanti kelak membakar diri
jangan berumah di tepi pantai
andai takut dilambung ombak.

Tapi manusia
yang indah itulah dikejar
tanpa memikir risiko yang tinggi.

Hanya padamu tempat kami berpaut
hindari kami daripada muslihat dunia
lindungilah kami dari kekejaman jiwa
kurniakan kami pemikiran yang jernih
sehingga tiada lagi tempat kami meminta
melainkan padamu Tuhan yang Maha Perkasa.

Nilai Khalifah

Minda adalah insan perancang
akal pula agen pemutus
dan semangat agen pelaksana.

Mereka merupakan sebuah organisasi
yang ditubuhkan melalui sang jiwa
baik jiwa, baiklah segalanya.

Sesetengah organisasi
perancangannya melangit tinggi
tanpa melihat apa situasi
maka semua yang tinggal hanyalah ilusi.

Akal pula pemerintah berkuasa
jika ia seperti saidina Umar
semua hak adalah samarata
kekuatan jiwa menjadi senjata
digeruni musuh gagah perkasa.

Namun apa guna akal dan minda itu
andai semangat jiwamu lemah, longlai bersepoi
seperti kereta yang tidak bergerak tanpa minyak
seperti pokok yang tidak berbuah walaupun disiram dan dibaja,
apakah itu nilai kita?: insan yang berakal dan khalifah?


  • Semangat umpama minyak kereta untuk bergerak, tanpa semangat, segala perancangan hanya senyap di dalam minda. Namun, jika kita ada minyak kereta, tetapi kita tidak tahu membawanya, maka minyak yang ada hanya sia-sia. 

Cinta

Cinta,
ada orang mendapatkannya dengan mudah
sesetengah orang menolaknya dengan kasar
ada orang bermimpi memiliki cinta
sesetengah orang berlari untuk mencapainya.

Cinta,
apabila mudah didapati
manusia lupa untuk bersyukur
ada juga yang memiliki cinta
tetapi tidak menyedarinya
ada yang menunggu hadirnya cinta
tetapi tidak mahu menerimanya.

Cinta,
Allah hadiahkan kepada setiap insan
untuk bahagia dan saling melengkapkan.

Apabila cinta bertemu cinta
manusia cenderung gembira dan suka
apabila cinta menemukan noktah
hari-hari hanya malam dan kelam
tiada lagi sinar sang suria
buat menyuluh jalan berliku.

Maka wujudlah kata pepatah
cintai orang yang menyintaimu
kerana dia telah memilihmu
bukan orang yang kau cintai
kerana suatu hari nanti
dia akan memilih yang lain.

Say 'no' to Putus Asa

Apabila diberi tugasan
"Kamu latih murid bicara berirama"
aku laksanakan, samikna wa atokna
tapi mengapa masih ada kosong
apabila diminta beri idea gerakan
aku hanya mampu berloading
ah, apa kena dengan aku.

Seperti kata ibu
manusia ada masanya berfikir panjang
ada masanya semangat melangit
ada masanya tidak mahu hidup
itu tandanya dia terkena penyakit: penyakit putus asa

Semua manusia diciptakan dengan kejayaan
tiada manusia yang akan gagal dalam hidupnya
yang ada hanya manusia yang malas.

Bukan Pakej Kombo

Pokok yang dibaja
tidak menjamin pengeluaran yang baik
boleh jadi pokok itu tumbang sebelum berbuah
dek kerana akarnya yang rapuh.

Guru yang berkemahiran
tidak semestinya berjaya
boleh jadi ia mampu mengendalikan kelas
tetapi bukan jiwa dan nilai.

Apa yang dikejar seorang guru
objektif pengajaran?
standart kandungan?
atau silibus yang perlu dihabiskan?

Boleh jadi seseorang guru itu berjaya mendapatkan apa yang dikejar
tetapi bukan mudah untuk mendapatkan pemahaman murid
kerana formula hidup adalah faham dan buat
ilmu dan amal
jiwa dan masa
kemudian,
istiqamah!

Namun, guru selalunya bukan pakej kombo
jika satu yang dikejar, yang satu lagi akan alpa
kerana guru sifatnya manusia
selama-lamanya tidak akan sempurna
melainkan ia dapat menerima ketidaksempurnaan itu
dengan cara yang sempurna.
  • Mesti susah nak faham kan apa yang nak disampaikan. Saya pun tak tahu apa yang cuba saya perkatakan. 
  • Menulis sekadar lintasan rasa.
Before we can understand a concept we have to remember it.
Before we can apply the concept we must understand it.
Before we analyse it we must be able to apply it.
Before we can evaluate its impact we must have analysed it.

Before we can create we must have 
remembered, understood, applied, analysed, and evaluated
Tak mampu, aku bukan budak rph
yang kreatif melimpah2,
bukan seorang yang rajin berdisiplin
bukan guru yang petah bicara
aku di sini
seperti kayu dihanyut sungai
tiada hati, tiada jiwa.

Bukan putus asa dan tak mahu berusaha
tetapi sejarah mengajarku
jangan meletakkan harapan yang tinggi
dengan apapun usaha yang dilakukan
kerana kita akan kecewa jika hasilnya
tak seindah usaha kita.

Pemikiran itu melemparkan aku
jauh ke negeri matahari
yang panas lagi terik
hari-hariku hanya siang berpanjangan
tiada lagi malam untuk aku
sang pemimpi.

Namun murid-murid
hari ini kau bawakan aku cahaya inspirasi
menyinari semangat yang kian malap
kau menggagahkan aku
untuk terus bermimpi
menjadi seorang mujahid yang murobbi
yang kematiannya menghidupkan para bernyawa.


  • Dukungan mula beralih tangan. Faiz terkebil-kebil memandang lambaianku. 
  • Apabila kaki kananku memijak tangga bas, tangisan dan air matanya mula membanjiri stesen. "Mak dia ke tu" tanya beberapa orang mak cik yang berlalu di situ. Atuknya tidak habis-habis menggeleng. "Bukan, mak dia tiada di sini".
Anak juga manusia yang punya perasaan, ingin dibelai, ingin bermanja dengan ibu. 
Begitulah Faiz, saban hari semua perempuan yang ditemui, dipanggilnya 'emak'. 
Hanya aku sahaja dia boleh panggil 'nyak nyah'. 
Itupun setelah berhari-hari aku latih bagai melatih ikan dolphin menari dalam air.
  • Kadang-kadang, ada baiknya juga jika kita menjadi seorang yang tidak mengerti, atau mungkin kita akan sakit dengan realiti.
  • Seperti faiz, dia beraksi sedemikian tanpa tahu sebabnya. Itulah fitrah seorang anak, ingin disayangi. Biarlah dia terus begitu daripada dia memahami realiti yang perit. 
  • Dan apabila dia dewasa, faiz akan mula berasa dirinya tidak bernilai, hidupnya tanpa kasih ibu. 
  • Ketika itu, persoalan demi persoalan akan menjadikan dunianya kelam.

Lemah dalam Realiti

Kita sering mengadu
kerana kita insan yang lemah
dan fitrah kita yang suka bergantung
tetapi kepada siapa itu yang utama.

Jika pada manusia yang kita tujukan
mereka hanya mampu mendengar
dan mungkin akan ada yang turut bersedih
mereka tiada kuasa untuk mengubah nasib kita
kerana yang akan mengubah masa depan kita
adalah diri kita sendiri.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
selagi mana mereka tidak mengubah nasib mereka sendiri.

Allah, Dialah Tuhan
Raja manusia
sembahan manusia
hanya Dia tempat bergantung
agama sebagai talinya
akidah sebagai simpulannya.

Mengapa manusia berasa sepi
sedang amalan boleh menjadi teman
khusyuk dan tawaduk
itulah cinta yang realiti.

Sesegar

Kata-kata guru, doa yang makbul
sakat-sakat sahabat, awalnya mimpi
sekadar sorak-menyorak, tak mungkin bahaya
biarlah mereka begitu, asalkan ada bahagia yang tercipta
ada gelak dan tawa menghiasi bibir.

Ketika itu, kita tidak pernah terfikir apa akibatnya
kita hanya mahu mengukir sebuah kenangan bersama
tempoh tahun yang kian pupus
tak mahu kita lepas walau sesaat
hati kita sudah seperti tali yang terikat kemas.

Di akhir kata,
kita mengharapkan ukhuwah kita akan kekal segar
sesegar hijau daun
sehingga tiada siapa yang dapat memisahkan kita
antara kita semua.

Dreaming (English version)

I was looking at my dream that is being deemed far away
And I was standing blankly
I don’t have anything left any more
I thought about giving up everything, but
I am standing up again

Even today step by step
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards
the dream that I am going to meet some day

As I’m thinking if it’s going to end like this
A fear constantly comes
I’m hesitating but
Deep inside my heart
There’s an unstoppable beating
that drags me forward

Even today step by step
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards
the dream that I am going to meet some day

Even today step by step
I step forward carefully
My heart is full of fears
but it’s an excitement I’m embracing
I am staggering and shaking
But, I step forward towards
the dream that I am going to meet some day

Towards the dream that I am going to meet some day

Bangkit!

Kegagalan adalah guru yang terbaik
boleh jadi ia adalah musuh yang melemahkan
seluruh tubuh boleh bergetar, tergumam dan termangku
persoalan demi persoalan menggelapkan pemikiran
ketika itu, aku terjatuh seketika
tidak lagi dapat ku lihat matahari, langit mahupun bulan
duniaku hanya tangis dan kecewa.

Kegagalan adalah guru yang terbaik
boleh jadi ia adalah musuh yang melemahkan
di biara rumah aku termenung lama
semua yang ada bagaikan kosong
ku lihat tanganku, masih bergerak
aku masih hidup, tetapi mengapa tawar yang kurasa
aku tahu kenapa, kerana jiwaku sudah pun mati.

Aku ingin bangkit dari kedunguan ini
aku takkan mengalah
walaupun tubuhku bergetar ketakutan
kegagalan akan menyelubung lagi
namun, jangan aku berhenti 
sehingga kejayaan terukir dalam genggaman
langkah demi langkah aku atur dengan cermat
walaupun dengan hati yang layu
akan kupanjat tembok penghalang
sehingga segala ketakutan ini dapat ku atasi
yang tinggal hanya kejayaan dan semangat.

Dream High (English Version)

I dream high, I'm dreaming so high
When it gets tough I 'm closing my eyes
Thinking all the mem'ries now I can see
This ain't no fantasy, its reality

Verse
I'm on the edge of fear today, feeling I can't go on
I'm like a bird that's doubting of leaping up coz I'm afraid to fall
Can I make it through it I, keep asking this on my mind.
For each step I take, my fear keeps on coming back, how would I deal with these all

Chorus
I dream high, i'm dreaming so high
When it get's tough I 'm closing my eyes
Thinking all the mem'ries now I can see
This ain't no fantasy, it's reality
I can fly high, I know it someday
I can soar high like clouds in the sky
I will spread my wings and fly above
Like no one else can be, higher than me before

Verse
I need the strength to pull me up and get me back on my feet
Courage I need to shake off all my fears and jump back to the beat
Need to have faith in destiny and heat it up one more time
I'm risking it all, I'm giving it all I've got just, to jump above this wall

Chorus
I dream high, I'm dreaming so high
When it gets tough I 'm closing my eyes
Thinking all the mem'ries now I can see
This ain't no fantasy, its reality
I can fly high, I know it someday
I can soar high like clouds in the sky
I will spread my wings and fly above
Like no one else can be, higher than me before

(rap)
Dream high a chance to fly high
Gonna let go off the pain and say bye bye
Gotta try, gonna fly so high reachin' out all of the stars in the sky
Watch your dreams come to life time for you to shine
Right now starts now gotta make em mine
Never gonna giving up till your future's shapin up
Drop the fear, go, walk with confidence
Destiny, your destiny, even you can't stop it from happenin'
It's now invading the reality
Emerging like a whole new fantasy
Go with me take my hand we're going on the same path
On our way to our dreams that's where we're heading at
No givin' up no more turning back
To all the youngs and to everyone dream high

Chorus
I dream high, I'm dreaming so high
When it gets tough I 'm closing my eyes
Thinking all the mem'ries now I can see
This ain't no fantasy, it's reality
I can fly high, I know it someday

I can soar high like clouds in the sky

I will spread my wings and fly above
Like no one else can be, higher than me before