RSS

Hati Masak 4 Rasa

Kesedihan, ketakutan, kecelaruan, keraguan
datanglah ia mengetuk pintu
memohon izin untuk menumpang
semoga tumpangmu tidak lama
kerana musafir bermalam 3 cuma
cukup sekadar menghilangkan lapar dan dahaga
kemudian pergilah
dan tinggalkan secebis berkat
untuk aku kembali bangkit dan kuat.

Kesedihan, ketakutan, kecelaruan, keraguan
hadirmu meragut percayaku
untuk terus meniti titian hati
tatkala koma mula tercalit
cerita hati masih bersambung
adakah ia akan terus bersambung
atau noktah akhiri segala.

Kesedihan, ketakutan, kecelaruan, keraguan
sekali-kali tidak kan ku serah
biar putih tulang jangan putih mata
biar kita berusaha jangan kita merana
kesakitan hari ini,
adalah untuk kesenangan hari esok.

Bismillahitawakkaltu

"Perhatian kepada semua pelatih, dimaklumkan bahawa elaun bulan ini sudah masuk, diulangi, elaun bulan ini sudah masuk"

"Hooray! Alhamdulillah", maka bertempiklah pelatih-pelatih sekalian oleh sebab syukur yang amat.

Seawal pagi di subuh gajah, Khairi sudah terpacak di hadapan atm pondok jaga. Dia berkira-kira, bayar Emir RM150, bayar Dollah RM 150. Bayar Minah RM50. Jadi dia hanya punya baki RM 150 untuk belanja tiga minggu.

Dia menelefon adiknya di UITM, "Adik, abang rasa abang tak dapatlah bagi duit adik bulan ni, nanti abang bagi baranglah kat adik. Adik boleh pilih barang abang yang adik suka nanti, baju ke, seluar ke, beg ke. Ok?" kata Khairi kepada adiknya.

"Ala abang, adik tak nak barang. Adik nak duit. Duit adik tinggal lima henget je lagi"

Khairi berfikir panjang. Jika diberi duit pada adiknya RM50, dia hanya ada RM100 untuk tempoh masa tiga minggu. Tak cukup.

"Macam ni lah adik, nanti malam sikit abang bank in kan duit. Belanja baik-baik, doakan abang biar selamat. Ok?"

"Ok abang, terima kasih". Mendengar ucapan terima kasih adiknya, dia melontarkan kembali ucapan itu kepada yang Maha Esa, Tuhan yang Maha Pemberi rezeki. Dia yakin, rezekinya telah ditetapkan. Rezeki yang dimiliki tidak semuanya milik dia, ada rezeki orang lain dalam rezekinya.

Dia tidak perlu bimbang rezekinya hari esok, cukuplah Allah sebagai Tuhan yang Maha Pemberi rezeki.

Manusia, jika diberi sebanyak manapun duit, takkan pernah cukup. Semakin banyak yang diberi, semakin banyak yang dimahu. Bismikallahitawakkaltu alallah, cukuplah Allah dalam hidup kita, Dia akan melengkapkan keperluan kita, hanya padaNya tempat kita berserah.

Man From Mars, Women From Venus

I
Amir dan Amirah sudah lima bulan berkenalan. Mereka sangat pemalu, oleh itu mereka hanya berhubung menggunakan teknologi maya. Apabila ada masalah, Amirah selesa berkongsi dengan Amir. Amir pada mulanya sedia mendengar luahan Amirah. Lama kelamaan, rasa meluat mula bercambah di hati Amir. Dia kecewa kerana Amirah tidak pandai mengawal emosi, apabila marah selalunya Amir yang kena tadah.

"I tak suka perempuan yang cepat marah-marah. Even I tengok orang yang tengah marah dengan orang lain pun I dah rasa benci dengan orang tu. Apalagi kalau yang dimarah tu I. I boleh berubah fikiran 360 darjah kalau berhadapan dengan orang yang pemarah macam u"

"U dah benci I la ni. Ok fine"

"Tak, janganlah cakap macam tu"

Dalam hati Amirah bermonolog 'Ada aku kisah?'

Akhirnya Amir Amirah membawa haluan masing-masing. Amir tidak tahan dengan sikap Amirah yang pemarah. Pada masa yang sama, Amirah juga tidak tahan dengan sikap Amir yang pemarah, walhal Amir tidak sedar dia juga menampilkan sikap pemarah itu.

Man from Mars, women from Venus. Jika dilihat dalam situasi ini, Amir menyesal apabila Amirah salah faham dengan kata-katanya. Amir cuba memberi pengajaran dengan mengaitkan contoh pandangannya terhadap sikap orang yang pemarah. Tetapi Amirah melihat pernyataan itu bertujuan untuk meyindirnya.

Oleh itu, dapat kita lihat betapa pentingnya kita mengenali personaliti diri sendiri. Orang lain boleh mentafsirkan sikap kita dengan mudah, tetapi kita sendiri bagaimana? So, jalan penyelesaiannya ialah dengan membuat ujian personaliti warna. Kenal pasti kita warna apa, dan pasangan kita warna apa dan sikap kita bagaimana.

Ujian ini juga boleh digunakan terutamanya untuk bergerak kerja supaya tiadalah masalah seperti bercakap ayam dengan itik. Masing-masing tak faham, dan hanya tahu menghukum itu ini.

Wallahuaklam. Sekadar berkongsi, apa yang diketahui. Nantikan scene II, III dan seterusnya, dalam episod Man from Mars, Women from Venus.

Lucu

Pernahkah anda mendengar perkataan masam-masam-manis? Kalau tak pernah, haih, kena tengok balik la filem P.Ramlee. Mengapa masam-masam manis, dan mengapa pula tajuk entry ini lucu. Tiada kaitan right? But itulah mesej yang ingin disampaikan.

Cuba anda bayangkan mimik muka anda ketika makan buah cemai, kemudian anda makan buah durian (wuuu sedap sampai menjilat jari), kemudian anda makan pula buah nenas pula (adui, masamnyaaa). Silap hari bulan, anda boleh sakit perut makan buah-buah ini sekaligus. Hanya dengan membayangkan mimik-mimik muka makan buah-buah ini sahaja sudah lucu, apa lagi jika dilihat tingkah laku manusia sehari-hari.

Manusia,
ketika marah = lucu
ketika merajuk = lucu
ketika gembira = lucu
ketika sedih = lucu
ketika serius = lucu

Manusia dan lucu tidak boleh dipisahkan. Mengapa? Kerana sifat manusia itu sentiasa berubah-ubah. Sekejap ok, sekejap tak ok, kemudian sekelip mata boleh jadi singa, kemudian jadi tikus pula, akhirnya menjadi anak ayam yang sentiasa mengikut ibunya kerana bimbang dikejar musang. Mengapa? Kerana sudah fitrah manusia ingin mengikuti sesuatu yang selamat. Dan itu semua ada dalam petunjuk Al-Quran dan sunnah.

i think i want to stop here,
but no, i can't, this entry belum dikupas dengan masak-masak lagi
i don't care, my eye has turned red, tomorror refleksi praktikum lagi
i'm sorry guys, i have to go now, babai

*cukup sampai di sini sahaja, saya lontarkan buah fikiran, selebihnya anda lebih layak mengaitkannya dengan contoh-contoh kehidupan yang lain.
*semoga esok bangun dengan minda yang segar, Islam inside my heart, O Allah, I miss U my Lord.

My Lord

I don't think
I don't know
I'm blur
I just follow
Can you show me the way
The way that can lead me.

Actually,
I have ambitions
I have a dream
I jot down my destination
I know what should be
I know who am I
But,
I don't know what transport
That can send me to get them all
I just walk slowly
Silently
Sadly
And lonely
That's being so far
So hard
For me
To find out who is my transport
To get my God.

I miss my Lord
A lot
Very much.

Kuliah Mingguan

Kuliah Maghrib, 7/4/2015, Masjid Batu 8
(Oleh: Ustaz Firdaus)
  • Mati akan datang pada kita, bukan kita yang cari mati.
  • Hidup ni sebab nak sukakan Allah. Itulah matlamat hamba.
  • Orang yang diberkati hatinya, dia akan tenang.
  • Nak tengok keberkatan masa, tengok berapa surah yang kita hafal.
  • Jadikan masa sebagai bahan kebaikan pada kita.
  • Tak kaya pun, kira kaya bila ada berkat.
  • Allah beri ujian untuk hapus dosa insan.
  • Cinta membuat kita jadi budak.

Kuliah Maghrib, 9/4/2015, Masjid Batu 8
(Oleh : Ustaz Munawir)
  • Kata Imam al-Ghazali :
"Jangan makan melainkan lapar", 
"aku takut kalau nafsu makan tidak dijaga, akan datang nafsu yang lain"
  • Bila kenyang, nak makan lagi, itu nafsu.
  • Bila lapar, kita makan, itu fitrah.
  • Tidur. Nabi tidur 3 jam sahaja sehari.
  • Masa ibadah baginda lebih banyak daripada masa tidur.
  • Amalkan zikir sebelum tidur, niat dalam hati nak bangun malam.
  • Kalau gerak keluarga bangun pagi, janganlah sebab nak pergi sekolah/ kerja. Tetapi geraklah untuk bangun solat.
  • Hidup ni jangan malas.

Liqa' Ustaz Luqman 10/4/2015
  • Nak dapat ilmu, kosongkan air dalam cawan, dengan rasa rendah diri dan tawaduk, sehingga ada rasa perubahan dalam diri.
  • Adab itu lebih tinggi daripada ilmu.
  • Hidup dan agama ini di tangan pemuda. Nak lihat masa depan Islam, lihatlah pemuda pemudinya.
  • Hakikat ilmu pada masa kini, orang suka kalau orang yang suka dia ramai, orang tak suka kalau orang yang tak suka dia ramai. (Manusia berilmu mengejar pada nama dan glamour)
  • Akhlak berkembang, berubah dengan berubahnya zaman. Tetapi yang istiqamah itu tidak akan berubah dengan berubahnya zaman.
  • Akhlak bukan hasil pengalaman, tetapi hasil pengetahuan agama.
  • Hindari istilah-istilah yang tidak berakhlak. Semua benda boleh berubah, kalau berusaha.
  • Kadang-kadang kita baik dengan semua orang, tiba-tiba Allah hantar seorang yang memeningkan, kita kena terima.
  • Dunia ini kalau dah faham, tiada masalah. Kalau tak faham, masalah.
  • Doa ibu kepada Siti Mariam, "Allah, aku bernazar kepada Engkau, supaya lahir anakku ini benar-benar merdeka" 
  • Maka lahirnya Mariam sampai 7 orang pendeta nak jaga, lalu dibuat undi baling pen, pen siapa yang timbul, dialah yang jaga. Pemilik pen yang timbul itu pula Nabi Zakaria.
  • Dan nazar ibu Siti Mariam ialah menjadi penjaga Baitul Maqdis, walhal dia seorang perempuan.
  • Orang yang pandai menghargai dirinya, akan dihargai pula orang lain.
  • Akhir zaman ini, kita akan nampak pelik apabila buat benda yang betul.
  • Kata Yusuf Qardawi: "Orang cerdik bukan yang tahu mana wajib dengan sunat. Tetapi orang cerdik, orang yang tahu mana yang wajib dengan yang lebih wajib"

Kuliah Maghrib, 11/4/2015, Masjid Batu 8
  • Malikiyaumiddin... yang menguasai hari kebangkitan.
  • Semua akan mati, kecuali zat Allah.
  • "Siapakah yang akan menjadi raja pada hari ini?" 3 kali Allah tanya, "Malikiyaum?"
  • Barulah Allah jawab, "Akulah raja kamu", kemudian malaikat akan meniup sengkakala.
  • Maka apabila berdoa, gunalah istilah malikayaumiddin yang bermaksud "Wahai Tuhan yang menguasai hari kebangkitan"
  • Sifat Allah 'Maha' tidak boleh digunakan untuk manusia.
  • Engkau Tuhan yang berkuasa menentukan sesuatu, aku tiada kuasa
  • Takdir, Allah yang tentukan. Kita berjalan atas dorongan ketentuan itu.
  • Taufiq = gerak
  • Dah ada gerak, baru kita nak tahu ke mana (itulah hidayah = nak ke mana/ hala tuju)
  • Di samping hidup yang sekarang ini, ada lagi hidup yang lain, hidup yang abadi.
  • Bila sampai kematian yang akhir, maka tiada lagi kematian. Mati sudah dimatikan.
  • "Khalidi nafiha abada" orang yang masuk syurga, maruahnya tinggi, disebut 'abada'.
  • Tidak ada kepuasan di atas dunia ini, kepuasan yang sebenar ialah apabila melihat wajah Allah.

Kuliah Subuh 12/4/2015, Masjid Batu 8
  • Hakikat kekayaan dan kemenagan.
  • "Barangsiapa keluar dari kehinaan maksiat menuju kemuliaan taat, maka Allah akan menjadikan ia kaya tanpa harta, kuat tanpa tentera dan menang tanpa sebarang bala (halangan)"
  • Maksudnya, orang yang mampu meninggalkan maksiat dan melakukan taat, maka Allah memberinya tiga sifat yang terpuji, iaitu:
  1. Ia kaya tanpa harta, sebab mempunyai hati yang tenang walaupun tanpa harta kekayaan.
  2. Ia kuat tanpa tentera, kerana mendapat kekuatan dari Allah SWT.
  3. Ia dapat mengalajkan musuhnya tanpa bantuan orang lain, sebab dibantu oleh Allah secara langsung.
  • Tiga tanda iman.
  • "Bagaimana keadaanmu pada pagi ini?" 
  • Para sahabat menjawab: "Di pagi ini kami tetap beriman kepada Allah SWT" 
  • Nabi SAW bertanya lagi: "Apakah tanda keimanan kalian?" 
  • Mereka menjawab: "Kami bersabar atas musibah, bersyukur atas kelapangan dan redha dalam menerima qadha'".
  • Muhasabah = membicarakan keaiban diri.

Berjaga-jaga

  • Alhamdulillah masih dipinjamkan nafas dan nyawa.
  • Sepanjang praktikum, terasa diri semakin lumpur, kotor, terasa 24 jam tak cukup dalam sehari, kerja tak menang tangan, fizikal tak menang emosi, emosi sungguh la jawabnya.
  • Ingat, se'emosi' mana pun diri, jangan sampai makan bahasa. Bahasa sangat2 kena jaga, sebab orang tak pandang pertuturan kita disebabkan emosi tak stabil, orang akan pandang bahasa kita yang tak sedap.
  • Fitrah manusia ingin difahami, tapi tak ramai yang mahu memahami.
Ibu, penyejuk hati terbaik.
Ketika masalah diceritakan pada orang lain,
selalu kita dipertikai,
"masalah kecik je, kenapa nak sedih?" 
"ish, susahlah kalau selalu macam ni... lemah semangat.." 
tetapi ibu
dia sentiasa memahami
masalah yang dilihat orang remeh
ibu melihat anaknya yang sedih.

Ibu, kasihmu sesuci embun pagi...
Sabar, sabar, sabar... kuatkan semangat, Allah kan ada...

Pra Refleksi Praktikum

Cerita yang inginku tulis hilang disambar sedar
sedar bahawa puitisku hilang untuk ku olah
jari-jari yang menaip
lambat sekali melontar idea
idea juga kabur ditelan asap
semuanya hilang
dan aku menjadi bisu.

Ah, bukan lagi cerita pra refleksi praktikum
ini cerita sahabatku yang telah berjaya menerbitkan buku
tahniah bro
doakan aku
aku juga ingin ke syurga
sebagaimana judul bukumu 'ingin ke syurga'
pasti aku dapatkan
pasti aku baca
pasti ada salah satu cerpen yang pernah kau beri
untuk aku cari
di mana kelemahanku dalam penulisan.

Pastinya makin kubaca cerpenmu
semakin aku rasa tinggi rendah langit dicapai
bahasamu begitu luas
ceritamu begitu segar
dan kau begitu kreatif mengoyak kotak fikirmu
kau bikin aku cemburu
kerana kau penulis sejati
sedangkan aku menulis diari.

Menulis perlu banyak baca
hidupkan semula tabiat membaca
Insya-Allah, tambah ilmu, tambah berkat, tambah tawaduk, tambah khusyuk.

Antara Masa & Kata

Sakit ini
betapa aku mahu lari
betapa aku mahu sembunyi
betapa aku mahu sendiri.

Kadang-kadang
masa adalah penyelesai paling baik
berbanding kata-kata.

Ada orang yang memerlukan masa
ada orang yang memerlukan kata-kata
manusia sama sekali tak serupa.

Ada orang apabila diberi kata-kata
ia makin jauh
ada orang apabila diberi masa
ia makin futur
tetapi doa menyatukan rasa.

Syurga Pendosa

Sabar zack, sabar...
apa yang buat kau mengamuk sangat ni...
masalah apa lagi...

Biasalah, hidup ni kalau takde masalah, bukan hidup namanya
Tidakkah masalah itu Allah beri, tanda Allah rindu
Dia nak dengar rintihan kita, Dia nak dengar aduan kita...
mengadulah padaNya
Dia Maha Mendengar dan Maha Mengasihini.

Ya Allah...
ingin aku menjadi seorang yang tidak rugi kerana mendahulukan keluarga
ingin aku menjadi seorang yang tidak akan menyesal dengan setiap keputusan
aku sangat mengaharapkan bimbingMu dalam mencari mardhatillah

kerana...

Aku juga ingin ke syurga
meskipun aku seorang pendosa.
  • Hari ini baru ku tahu betapa sakitnya menjadi masalah yang diungkit-ungkit. Sungguh baru ku tahu, betapa ruginya menjadi seorang yang suka mengungkit, rosak pahala, hancur jiwa.
  • Hari ini baru ku tahu betapa binasanya menjadi lidah yang tajam, luka hati, luka persahabatan.
  • Bismikallahi tawakkaltu. Dengan nama Allah aku bertawakal, tempat aku bergantung harap. 

Jahatnya Syaitan

Jahatnya syaitan
kerana kejahatannya tidak dia perbuat
di akhirat kelak
hebat hujahnya.

"Aku tidak kalian nampak
tetapi aku kalian salahkan
maka itu tolong buktikan
ketika mana aku mengajak kalian berbuat dosa?"

Ketika mana? ketika mana?
ketika itu kita akan terlopong
ketika mana syaitan mengajak kita berbuat dosa!
Kita cuba ingat ingat kembali
ketika kita melawan cakap ibu 
ketika kita bercakap bohong
justeru, di mana syaitan ketika itu?

Jahatnya syaitan
kerana kejahatannya tidak dia perbuat
di akhirat kelak
hebat hujahnya.

"Jika kalian tahu aku ini jahat,
kenapa kalian 
masih mahu menuruti aku?"

Dua hujah kukuh itu
cukup untuk buat kita menyesal
mengapa dan mengapa
kita menurut perintahnya
di mana Allah di hati kita ketika ini
ayuh koreksi diri
jiwa yang lapar perlu makan
rohani yang dahaga perlu diberi minum
Allah itu Maha Adil
diberi kita akal untuk berfikir
memilih antara baik dan buruk
bagi menghindar bisikan kufur.

Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin
maka berdoalah
memohon dengan rendah diri
bukan dengan menggunakan ayat perintah
"Allah, Kau lindungilah aku, Kau hindarilah aku, Kau berikanlah aku..."
tetapi, merayulah dengan penuh pengharapan
berdoalah dengan penuh strategi
dengan penuh kebijaksanaan
sebagaimana bijaksananya nabi Musa berdoa;

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku"

Dugaan Tahun Akhir

Sekejap-sekejap komputer riba itu dia tatap, sekejap-sekejap skrin komputer itu dia menung. Ah, hang lagi! Bila nak siap kerja ni?! Ditambah pula keyboard rosak, sambung external keyboard, external keyboard pun rosak, guna juga on-screen keyboard. 

Takpe, kata ustaz, semakin tinggi dugaan, semakin dekat dengan Tuhan.

Sudah berminggu-minggu dia sabar dengan situasi ini. Buka waksap, kawan-kawan update tanya itu tanya ini mengenai asaimen, ada yang terlebih rajin update kata 40% dah siap, alhamdulillah 50%, 90% dah siap, allahu akhbar! Jadi bertambah-tambah emosinya ketika itu. Hakikatnya, tak siapa pun yang sentuh lagi. Sengaja mencetuskan emosi.

Balik kampung, mak minta tolong kemas rumah, kawan minta tolong jaga kedai. Takpelah, rezeki masuk, pahala akhirat. Buka waksap, dapat info, dua asaimen kena hantar lepas buka cuti. Dia mengira-ngira sisa baki cuti, khamis, jumaat, sabtu, ahad... 

Empat hari lagi? Seperti petir sedang berdentum, kilat menyambar sambung-menyambung. Dia jadi kaku berdiri. Sepatah haram asaimennya belum disentuh, asyik terhegeh menyiapkan asaimen duit. 

Dia jadi kelu, siapa-siapa yang bertanya, dia tiada mood nak jawab. Pelanggan yang membeli, dia lari tak layan. Jiwanya jadi kacau, hatinya bercelaru. Dia mahu segera sampai rumah dan menyiapkan asaimen yang tertunggak. Tak semena-mena mukanya berubah ungu, bibirnya kering tak berdarah, fikirannya berputar 360 darjah. Oh my asaimen!!!!

Takpe, kata ustaz, semakin tinggi dugaan, semakin dekat dengan Tuhan. Dia cuba menenangkan hati yang pahitnya pekat kopi.

Dia mengumpulkan azam untuk menyiapkan asaimen. Sedang enjin semangat baru dipanaskan, masuk pula mesej si buah hati, mula-mula satu mesej, kemudian dua, tiga dan seterusnya. Skrin laptop pejam celik sahaja kerana tidak disentuh, bosan menunggu tuan yang asyik bermesej. 

Otaknya sudah lari berdarjah-darjah. Jarinya membuka google, dicari pula design-design baju pengantin, contoh-contoh pelamin dan semua perkakasan kahwin. Hatinya berbunga-bunga menghitung hari.

Masuk waksap, kawan-kawan mengadu, mengapa susahnya nak buat asaimen, semua jadi tak lalu, nak muntah pun ada. Dia senyum, keadaannya begitu juga. Inilah dugaan, semua fikir nak kahwin, semua fikir nak pilih tarikh dan buat perancangan. Jiwa masing-masing sudah terbang ke dunia awan, berkepul-kepul, putih dan berbunga.

Leka & Malas

  • Inilah leka mengisi alpa, mengapa dibiar kuasai diri. 
  • Azam yang kuat menjadi lemah dek kerja yang terlalu banyak. 
  • Kejap, banyakkah kerja itu, mengapa tidur memenuhi masa, mengapa malas menjadi amalan, mengapa dan mengapa? 
  • Tidakkah masa itu ibarat emas yang berharga, tidakkah masa itu umpama pedang yang membelah, jika kau tidak memotongnya, nescaya ia akan memotong masamu, memotong dirimu, memotong jiwamu...
Aku kembali koreksi diri
aku sedar diri semakin jalang
semakin curang mengejar Ilahi
diri semakin berlumpur
sehingga sukar untuk bangkit
Allah, Engkau Tuhanku...
  • Adakah disebabkan kerja yang aku terima terlalu banyak? Untuk apa aku terima? Jaminan kewangan? Adakah aku terlalu memerlukannya? (fikir fikir balik)
Cuba kau renungkan kisah umat islam terdahulu
mereka adalah golongan tidak berduit
tetapi mereka dijanjikan syurga
mereka hidup, mereka bahagia
mengapa?

Kerana duit bukanlah segala-galanya
walaupun segala-galanya memerlukan duit
kesenangan yang diharapkan daripada duit
tidaklah kekal
semua itu, khayalan sementara.

Hiduplah dengan apa adanya
semakin sukar kau lalui
semakin hampir kau dengan kejayaan
maka itu, sabarlah, tenanglah, 
damaikan hati yang celaru
ingat kepada hakikat kesukaran
ingat pada Tuhanmu, Dia selalu ada.
  • Adakah semua ini disebabkan aku sudah tahun akhir? Maka asaimen sudah tak lalu, otak dah jadi tepu, semangat dah makin layu. nauzubillahiminzalikh.
Kau tidak rugi jika jalan ilmu yang kau pilih
kau tidak bodoh jika kau ingin tahu
kau tidak ... kau tidak ... kau tidak segala yang hitam
jika ilmu yang kau sayang
kerana ilmu adalah cahaya yang akan menerangi kegelapan
justeru, mengapa ada rasa putus asa di penghujung jalan?

Kau seharusnya kuat dan semangat
destinasi yang dituju semakin hampir
ayuh, ayuh bangkit membadang
maksimumkan usaha, pasakkan azam
kejar dunia untuk jaminan akhirat
jangan sesekali kau fikir jalan dunia yang kau lalui
untuk dunia semata-mata
Kerana Tuhanmu suka pada hamba yang bersungguh-sungguh
maka bersungguh-sungguhlah dalam setiap pekerjaan
kau pasti berjaya
dunia kau dapat, akhirat sudah menanti.

Kisah Janda

Hari-hari hidupnya terus begitu
kedai, shopping, anak
kedai, shopping, anak
semua ini bermula saat dijanda
hidupnya tak keruan
badannya diisi dan diisi
anaknya dihias dan diboros
namun gelisah di hati semakin bertambah
badannya makin bulat
anaknya makin comot
walaupun perniagaannya masih berjalan
kedainya penuh barang
pelanggannya mengulang beli.

Hari-hari hidupnya terus begitu
kedai, shopping, anak
kedai, shopping, anak
ketika ulang tahun anaknya
si anak dihias bagaikan puteri
semua mahu diganti baru
kasut baru, baju baru, kek baru
namun sepi hatinya terus haru
gambar diambil, dikirim kepada bekas suami
dibalas
dia pun senyum
walaupun pesanan itu ringkas sekali
"semoga sihat selalu"

Hari-hari hidupnya terus begitu
kedai, shopping, anak
kedai, shopping, anak
dia tak tahu apa yang dia mahu
dia tak tahu apa yang bahagia
semua kesenangannya
memberi luka di jiwa
dia kini ingin kembali cantik
ingin kembali kurus
dia juga tidak tahu untuk apa
dia ingin menjadi solehah
ingin bertudung litup
akan adakah lelaki yang mahu padanya
mengubat sepi hati yang lara.

Sedar

Apabila lemah menyapa,
kirindu kalam puisi
Yang berjiwa bara
Menggenggam si api
Sehingga arang jadinya.

Dan satu cahaya akan bersinar
Menerangi lantai hati
Ketika itu,
jantung akan berdengup
Akan berdenyut
Mendendangkan irama semangat
Memujuk tuan, bangkitlah
Bangkitlah
Kerana kita perlu bangkit
Mengubah dunia yang kian tua
Ini bukan masanya untuk bermuda.

Dunia yang telah maju,
zaman yang sudah berubah
Menuntut kita melangkah laju
Atau kita jauh ditinggal
Kita rugi, tiadalah untung.

Inilah nasib badan yang perlu kau hitung
Inilah umur dunia yang perlu kau kira
Jika tersalah
Kaulah bala
Jika benar
Belum tentu kau berjaya.

Ambillah nasihat agung ini
Sematkan di jiwa
Agar kau tidaklah lagha
Menjadi insan
Yang hembus nafasnya
Dalam keadaan yang sedar
Sedar diri
Sedar dunia
Sedar dosa
Sedar pahala
Mengidamkan syurga,

"Jangan pernah mengangkat dunia
Akhirat kau anaktirikan
Kelak di sana kau diperhitung
Jangan pernah kau cari rehat
Kerana dunia ladang untuk bercucuk tanam
Hasilnya kau petik di sana"
Ketika ombak memukul pantai
ketika itu,
pantai sudah sedia melepaskan buih-buih
untuk kembali ke laut membiru.

Pergilah buih, 
kembali ke laut
dan pantai
akan terdampar begitu
sehingga disinggahi tapak sulaiman
atau anak penyu yang lepas menetas.
  • Alangkah indahnya hidup jika manusia tidak diberi rasa. Pasti tiada yang terluka, pasti tiada yang kecewa kerana hidup bagaikan air tawar yang ditelan.
  • Tetapi perasaan itu Allah beri sebagai ujian, untuk kita kembali ingat bahawa Allah Maha Berkuasa. Jangan dilawan aturan Allah.
  • Dan manusia akan kembali berebut-rebut dalam amalan, kiamat itu benar, neraka itu benar, syurga itu benar, nabi muhammad saw itu benar.
  • Benarkanlah Allah di hatimu, agar api menjadi air, matahari menjadi salji dan marah menjadi tenang. 
  • Hanya dengan mengingati Allah, hati kan menjadi tenang.
Sesekali tidak akan ku biar
racun bisa menyerap
menyeruak ke dalam hati
kerana hati itu adalah raja
yang perlu dijaga.
"Janganlah di damba rehat dunia kerana itu sia-sia"

Ketika tubuh mengeluh penat, 
ingin lapang dan rehat, 
jangan dilupa, 
sibuk itu adalah nikmat
untuk kita nikmati sebelum kiamat.

Ketika tugasan tak menang tangan,
tariklah nafas,
tenangkan hatimu
Allah sentiasa menduga
hambaNya yang setia.

Ketika malas menguasai diri,
ingatlah kita akan rugi
di dunia ketinggalan
akhirat kelak mendapat balasan.

Ketika ini, kita perlu sedar
kita perlu ke puncak
melaungkan merdeka
melaungkan jiwa
ayuh berjihad
ayuh mati di jalan Allah
ada syurga menanti di sana
ada sungai-sungai yang mengalir
ada susu-susu yang jernih
ada bidadari-bidadari yang menanti
dan
ada Allah dan Rasul untuk kita ketemu.

Ya Allah,
lindungilah kami daripada sifat lemah dan malas
daripada sifat alpa dan putus asa
daripada sifat dengki dan kezaliman manusia
dan daripada sifat-sifat keji yang tidak Engkau redai.
Ya Allah
Ya Rabbul Izzati
ketika hati ini kosong
Kau hadirkan insan pengubat rindu
ketika aku kata aku bersedia
Kau beri aku dia
ketika aku kata

Ya Allah, jika ini baik bagiku, 
dan agamaku
maka Engkau dekatkanlah
jika ini buruk bagiku dan agamaku
maka Engkau jauhkanlah ia dariku
dan jauhkan aku darinya

Ketika itu,
Engkau hadirkan rasa yang tak pernah aku tahu
Engkau hadirkan rindu yang tak semena dalam qalbu
ketika itu,
aku jadi keliru
aku jadi takut dengan diri sendiri
akukah manusia atau binatang durjana?

Aku binggung
wajarkah aku lari lagi
dan sembunyi di balik dunia?

Akhirnya aku sedar
larianku kali ini
sembunyiku kali ini
tidak sama dengan sembunyi lariku yang lalu
berlari dan sembunyi dengan segala lara
sepertimana Siti Zulaikha
yang hilang arahnya tanpa cinta
yang hilang dunianya kerana cinta.

Maka itu
aku kembali dan terima
bahawa ini fitrahku
yang perlu aku lalui
selama mana aku hidup
selama mana aku bergelar manusia
selama mana aku seorang perempuan
selagi itu aku punyai cinta.

Justeru aku berkata:
Ya Allah
jika ini yang Kau janjikan untukku
maka selamatkanlah jiwaku
selamatkanlah agamaku
selamatkanlah akidahku
dan selamatkanlah cintaku padaMu
agar aku menjadi abdi
yang tunduk dan syukur hanya padaMu.
(bantuilah aku dalam menjaga agamaku)

Aku takut ya Allah
menjadi gadis dengan perasaan itu
aku tidak mahu begitu!

Ketika itu
Kau berikan aku berita
Kau berikan aku khabar
bahawa siang yang panjang
akan menjadi malam yang pendek.

Ketika itu aku tahu
Engkau selalu ada bersamaku
Engkau selalu mendengar suaraku, rintihanku
kerana Engkau selalu memakbulkan resahku
kerana Engkau selalu membalut takutku
apabila aku selalu mahu bersama-Mu.

Maka itu
permudahkanlah urusan kami
jadikanlah dia jodohku dunia akhirat
agar aku menjadi bidadari di dunia
dan wanita syurga di akhirat sana.

Amin.
  • Sedang asyik membancuh air untuk berpuasa esok, tangan ligat memeriksa telefon. 
Zakirah, jom breakfast sama2 esok. (2.30 am)

Dalam hati, 
'hebat kawan aku yang seorang ni. 
Pukul 2.30 pagi pun tak tidur lagi.'

Alhamdulillah, 
aku hanya minta untuk menjadi seorang yang hebat
seorang hamba abdi yang total
tapi Allah berikan aku kawan2 yang hebat
insan2 pejuang
insan2 yang menginfakkan diri dalam jihad
untuk aku jadikan ikutan
Alhamdulillah, Terima Kasih Allah. (^_^) 

  • Sudu yang leka mengacau air terhenti sekejap. Lalu buku 'pengurusan harian' dibuka. Hari ini jadual dah penuh untuk menyiapkan tugasan yang tertunggak.
  • Namun, ajakan kawan, sukar ditolak. Kerana aku tahu, mereka ajak bukan sia-sia, mereka ajak dengan rasa rindu yang memenuhi dada, dengan rasa sayang yang tak tercurah, dengan rasa ingin berjumpa dan gelak bersama. Aku juga merindui mereka.
Cintailah mereka yang mencintaimu
kasihilah mereka yang mengasihimu
luangkanlah masa dengan mereka yang meluangkan masa denganmu

Dan...
rinduilah mereka yang merinduimu
(Sesungguhnya, nabi adalah insan yang sepanjang hidupnya merindui kita, umatnya yang tidak dapat hidup bersamanya, yang tidak dapat melihat wajahnya dan yang tidak dapat mendengar suaranya)

kerana mereka adalah orang-orang yang ikhlas dalam hidupmu.
  • Lalu jadual harian aku gubah. Mesej wasap itu, segera aku balas. "Jom2, nak breakfast kat mana la?" 
  • Rasa puas dan senyum. Status 8 bulan lagi sebelum meninggalkan maktab, sebelum meninggalkan kawan2, sebelum meninggalkan gerak kerja, sebelum meninggalkan adik2, dan.. sebelum melangkahkan kaki ke alam yang baru, perkahwinan. Insya-Allah. Moga Allah reda.
ilahi anta maqsudi waridoka mathlubi

Puisi Cinta Rabiatul Adawiyah

I
Alangkah sedihnya perasaan dimabuk cinta
Hatinya menggelepar menahan dahaga rindu
Cinta digenggam walau apapun terjadi
Tatkala terputus, ia sambung seperti mula
Lika-liku cinta, terkadang bertemu surga
Menikmati pertemuan indah dan abadi
Tapi tak jarang bertemu neraka
Dalam pertarungan yang tiada berpantai

II
Aku mencintai-Mu dengan dua cinta
Cinta karena diriku dan cinta karena diri-Mu
Cinta karena diriku, adalah keadaan senantiasa mengingat-Mu
Cinta karena diri-Mu, adalah keadaan-Mu mengungkapkan tabir
Hingga Engkau ku lihat
Baik untuk ini maupun untuk itu
Pujian bukanlah bagiku
Bagi-Mu pujian untuk semua itu

III
Tuhanku, tenggelamkan aku dalam cinta-Mu
Hingga tak ada satupun yang mengganguku dalam jumpa-Mu
Tuhanku, bintang gemintang berkelip-kelip
Manusia terlena dalam buai tidur lelap
Pintu pintu istana pun telah rapat
Tuhanku, demikian malam pun berlalau
Dan inilah siang datang menjelang
Aku menjadi resah gelisah
Apakah persembahan malamku, Engkau terima
Hingga aku berhak mereguk bahagia
Ataukah itu Kau tolak, hingga aku dihimpit duka,
Demi kemahakuasaan-Mu
Inilah yang akan selalau ku lakukan
Selama Kau beri aku kehidupan
Demi kemanusian-Mu,
Andai Kau usir aku dari pintu-Mu
Aku tak akan pergi berlalu
Karena cintaku pada-Mu sepenuh kalbu

IV
Ya Allah, apa pun yang akan Engkau
Karuniakan kepadaku di dunia ini,
Berikanlah kepada musuh-musuh-Mu
Dan apa pun yang akan Engkau
Karuniakan kepadaku di akhirat nanti,
Berikanlah kepada sahabat-sahabat-Mu
Karena Engkau sendiri, cukuplah bagiku

V
Aku mengabdi kepada Tuhan
bukan karena takut neraka
Bukan pula karena mengharap masuk surga
Tetapi aku mengabdi,
Karena cintaku pada-Nya
Ya Allah, jika aku menyembah-Mu
karena takut neraka, bakarlah aku di dalamnya
Dan jika aku menyembah-Mu
karena mengharap surga, campakkanlah aku darinya
Tetapi, jika aku menyembah-Mu demi Engkau semata,
Janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu
yang abadi padaku

VI
Alangkah buruknya,
Orang yang menyembah Allah
Lantaran mengharap surga
Dan ingin diselamatkan dari api neraka

Seandainya surga dan neraka tak ada
Apakah engkau tidak akan menyembah-Nya?

Aku menyembah Allah
Lantaran mengharap ridha-Nya
Nikmat dan anugerah yang diberikan-Nya
Sudah cukup menggerakkan hatiku
Untuk menyembah-Mu

VII
Sulit menjelaskan apa hakikat cinta
Ia kerinduan dari gambaran perasaan
Hanya orang
yang merasakan dan mengetahui
Bagaimana mungkin
Engkau dapat menggambarkan
Sesuatu yang engkau sendiri bagai hilang
dari hadapan-Nya, walau ujudmu
Masih ada karena hatimu gembira yang
Membuat lidahmu kelu

VIII
Andai cintaku
Di sisimu sesuai dengan apa
Yang kulihat dalam mimpi
Berarti umurku telah terlewati
Tanpa sedikit pun memberi makna

IX
Tuhan, semua yang aku dengar
di alam raya ini, dari ciptaan-Mu
Kicauan burung, desiran dedaunan
Gemericik air pancuran
Senandung burung tekukur
Sepoian angin, gelegar guruh
Dan kilat yang berkejaran
Kini
Aku pahami sebagai pertanda
Atas keagungan-Mu
Sebagai saksi abadi, atas keesaan-Mu
dan
Sebagai kabar berita bagi manusia
Bahwa tak satu pun ada
Yang menandingi dan menyekutui-Mu

X
Bekalku memang masih sedikit
Sedang aku belum melihat tujuanku
Apakah aku meratapi nasibku
Karena bekalku yang masih kurang
Atau karena jauh di jalan yang ‘kan kutempuh
Apakah Engkau akan membakarku
O, tujuan hidupku
Di mana lagi tumpuan harapanku pada-Mu
Kepada siapa lagi aku mengadu?

XI
Ya Allah
Semua jerih payahku
Dan semua hasratku di antara segala
kesenangan-kesenangan
Di dunia ini, adalah untuk mengingat Engkau
Dan di akhirat nanti, di antara segala kesenangan
Adalah untuk berjumpa dengan-Mu
Begitu halnya dengan diriku
Seperti yang telah Kau katakan
Kini, perbuatlah seperti yang Engkau kehendaki

XII
Ya Tuhan, lenganku telah patah
Aku merasa penderitaan yang hebat atas segala
yang telah menimpaku
Aku akan menghadapi segala penderitaan itu dengan sabar
Namun aku masih bertanya-tanya
Dan mencari-cari jawabannya
Apakah Engkau ridha akan aku
Ya, Ya Allah
O Tuhan, inilah yang selalu mengganggu langit pikiranku

XIII
Ya Allah
Aku berlindung pada Engkau
Dari hal-hal yang memalingkan aku dari Engkau
Dan dari setiap hambatan
Yang akan menghalangi Engkau
Dari aku

XIV
Ya Illahi Rabbi
Malam telah berlalu
Dan siang datang menghampiri
Oh andaikan malam selalu datang
Tentu aku akan bahagia
Demi keagungan-Mu
Walau Kau tolak aku mengetuk pintu-Mu
Aku akan tetap menanti di depannya
Karena hatiku telah terpaut pada-Mu

XV
Tuhanku
Tenggelamkan diriku ke dalam lautan
Keikhlasan mencintai-M
Hingga tak ada sesuatu yang menyibukkanku
Selain berdzikir kepada-Mu

*****

Referensi:

Asfari MS dan Sukatno CR (Editor), Mahabbah Cinta Rabi’ah al-Adawiyah, Yayasan Bentang Budaya Yogyakarta, Cetakan Keempat Juni 1999.
Philip K. Hitti, History of The Arabs, PT Serambi Ilmu Semesta Jakarta, Cetakan Pertama Oktober 2008.
Andai di beri pilihan,
aku tidak  mahu  mengenalinya
Jika aku tahu begini hatiku
Takkan sekali-kali pintu ku buka.

Bertahanlah wahai hati
Ini jalan mujahadah
Jalan untuk kita ke syurga.

Hati memerlukan tarbiah
Agar ia kembali tenang
Agar ia kembali sujud
Dan khusyuk menghadap ilahi.

Pedulikan segala bisikan rindu
Yang sayup-sayup memanggilmu
Kerana ia tidak lain dan tidak bukan
Adalah hasutan syaitan yang direjam.

Jauhilah, tinggalkan
Segala perkara yang mendekatkanmu
Yang menyeru tingkahmu
Yang mengawal minda
Perangilah habis-habisan
Inilah jihadmu
Semoga mati nanti beroleh syahid.
Rindu,
ada orang melaluinya dengan sedih
Ada orang mendapatkannya dengan gembira
Ada orang perlu menahannya dalam hati
Ada orang melawannya dengan zikir.

Rindu
apabila diluah, memutik manis pada rasa
Apabila disimpan, bagaikan duri menusuk qalbu.

Rindu
Adalah anugerah Allah
Buat insan yang terpilih
Untuk diuji atau dikeji
Sama ada ke syurga atau neraka.

Rindu
Allahlah empunya rasa
Pemegang hati-hati manusia
Menciptakan rindu dalam jiwa:
Rindu pada kebenaran
Rindu pada tertegaknya, kalimah Allah di muka bumi
Itulah rindu yang akan membawa kita ke syurga
Rindu hakiki.

Aku merindukan mati
Untuk bertemu Tuhanku
Untuk bertemu Rasulku
Nantikan aku di pintu syurga
Sungguh aku tak sanggup
Untuk terus menjelajahi
Rimba duniawi.
  • Suatu ketika dahulu, aku sering tertanya, apa rasanya orang bercinta? Mengapa suka benar mereka dengan perasaan itu? Best sangat ke?
Sebenarnya tak best langsung!
cinta akan membuat kita teringat, terindu
akan seseorang yang tak halal untuk begitu.

Cinta manusia adalah cinta yang buang masa
boleh jadi ia adalah cinta binasa
pendek kata
cinta, adalah suatu penyeksaan.
  • Cinta manusia itu, nikmatnya sekejap sahaja, selebihnya adalah kebenggonggan belaka. (Kitab Uquludjain)
  • Teringat pula puisi 'Cinta' yang ditulis di laman ini juga pada tahun lepas; Cinta (klik di sini)
  • Walau bagaimanapun, hakikat cinta itu letaknya dihati. Hablunminallah wahablunminannas. 
Ada cinta yang tak dikata cinta
ada cinta yang tak dikata suka
ada cinta yang sekadar kenalan.
  • Namun pandanganku selalu berkata, apabila anak muda selalu membalas mesej, bertanya khabar dan berkongsi rasa, maka itu mereka bercinta.
  • Bercinta itu fitrah, dan fitrah itu tak jadi masalah. Yang jadi masalah ialah bagaimana kita menguruskan fitrah tersebut. (Fatimah Syarha)
  • Jangan sampai 'fitrah' berubah menjadi 'fitnah' (nauzubillahiminzalikh).
Perbanyakkan istighfar
Ingat Allah
Ingat Rasul
Baca sirah-sirah umat terdahulu
dan kita akan tahu erti cinta sebenar.

Cinta itu adalah nikmat
jika kita selalu beringat.
  • Asaimen datang lagi. (haiya, bila mahu nafas kalau ini macam kerja).
  • Aiyo, kerja melambak inipun, aku masih malas nak siapkan. Masih boleh tidur awal, masih boleh makan dengan kenyang? (dan tembam pun makin menjadi-jadi) Ish, tak boleh jadi ni.
Masa itu ibarat pedang
jika kita tidak memotongnya
nescaya ia akan memotong kita.
  • Siapkan satu satu tugasan. Jangan tunggu, jangan berlengah. Ingatlah bahawa malaikat maut selalu menjenguk kita, maka persiapkan diri, jangan ada yang berhutang tugasan. Selesaikan sebelum mati. Ok, arasso?
  • Sediakan kertas, sediakan pen. Tulis dan senaraikan semua tugasan dan potong tugasan yang telah siap. Be profesional,ok. "Sure you can do it, believe that".
Manusia tak lari daripada sifat leka
maka itu mereka alpa
manusia tak lari daripada sifat malas
maka itu mereka culas.

Tetapi manusia diberi kelebihan akal
boleh berfikir dan memilih.

Jom pilih peribadi yang positif
bina jati diri
pupuk integriti
jadi hamba yang abdi.
  1. Asaimen EDU
  2. Asaimen Budaya
  3. Asaimen Kajian Tindakan
  4. Asaimen sastera PPG - analisis cerpen Hallucination
  5. Asaimen sastera PPG - analisis cerpen Wasiat Orang Bangsawan
  6. Asaimen moral PPG - AIDS
  7. Asaimen moral PPG - UNESCO
  • Berani terima, berani tanggung. Moga Allah reda. Ilahi anta maqsudi waridoka mathlubi.
Ya Allah, berilah aku kekuatan
tiada dayaku melainkan dari-Mu
akulah khadam asaimen
untuk menjadi khadam ilahi
maka itu kurniakanlah aku ilmu
bukalah hijabku
aku ingin menemui-Mu.



  • Hujung minggu saat dinanti, munirah balik, adilah balik, ummi balik, safa balik, maziah balik, nadia balik. Semua sahabatku balik dari rumah sewa untuk menjayakan MBO.
  • Jangan ditanya berapa besar rinduku pada mereka, tak terkira betapa sepinya buat RPH seorang-seorang, bangun pagi seorang-seorang, pergi sekolah; dua orang la dengan partner (hehe)
Jika dulu, ketika kalian di sisi
hari-hari adalah bunga dandelion
arnab-arnab gebu berlari-lari
seperti di gunung-gunung rumput 
dan di balik awan kita ketawa girang.

Tanpa kalian
aku hanya menghadap kipas
berjenaka dengan lampu
bermain sorok di balik pintu
bosan dan tak best langsung.
  • Alhamdulillah, selesai MBO bersama adik-adik pimpinan yang baru. Jika dulu, hari-hari adalah menangis pilu, usaha buat program itu buat program ini, tetapi tiada sambutan. Kita pun kecewa, tetapi jihad tidak berhenti di situ. 
  • Program kita teruskan walau tiada sambutan, solat jemaah kita jalankan walaupun hanya imam dan bilal. 
Kerana kita yakin dengan janji Allah, 
kerana kita bukan pemula, 
bukan pula pengakhir, 
kita adalah rantai-rantai perjuangan.

Dan kini, Allah balas segala penat lelah kita
Allah hadiahkan kita adik-adik yang sudi berjuang
adik-adik yang faham perjuangan
Masya-Allah.
  • Adik-adik, melangkahlah dengan pasti, terobosi segala onak duri, buat generasi yang dinanti, tanpa takut dicaci, apalagi gentar dicaci.
Ke gunung sama kita daki
ke lurah sama kita turuni.

Yang berat sama kita pikul
yang ringan sama kita jinjing.

Gayung sudah di tangan
perahu sudah di air
apalagi yang ditunggu
Ayuh
mara ke depan.

Biar beribu musuh di hadapan
kita rempuh
bak badai menggila.

Kita genggam bara api sampai jadi arang
alang-alang celuk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
  • Kepada Afiqah dan Zulaikha, peganglah HELWI baik-baik, jadilah pemimpin yang memimpin anak buah. Jangan pandang berapa sikit tenaga kerja yang kita ada, walaupun hanya 6 orang yang tinggal, tak mustahil kita boleh tandingi 600 orang tenaga kerja. Insya-Allah, sirru ala barakatillah.
I will always be with you
comes to me whenever you need.
Saat kita berasa kecewa untuk hidup
Kaki terasa berat untuk melangkah
Malam gelita tak berbintang
Purnama menyala dilindung awan
Petir pun memekik memanggil hujan.

Ujian demi ujian tak pernah henti
Datangnya siang
datangnya malam silih berganti
Tahukah kita?
Saat itu, Allah sedang memerhati
Menanti rintihan doa
Menunggu luahan taubat
Pintalah apapun ketika itu
Pasti Dia makbulkan
Kerana Dia Tuhan kita
Kerana Dia sayangkan kita
Walupun acap kali Dia kita sisihkan.

Mawarku sayang
Sapulah air matamu
Tepuklah dadamu
Katakan,
Ilahi anta maqsudi waridoka mathlubi.

Jangan bersedih
Allah sentiasa bersama kita
Dalam setiap nafas dan dengupan jantung
Dalam saat dan minit
Ada Dia untuk kita.

Sudilah kiranya kita mengEsakanNya.
"Jika kamu tidak mahu menegakkan agama Allah, 
nescaya Allah akan gantikan dengan yang lebih baik daripada kamu
yang bersungguh-sungguh menegakkan agama-Nya
dan kamulah orang yang rugi"
  • Ini jalan jihad yang sangat aku yakin. Jalan yang ingin aku telusuri biar tidak dihampar dengan karpet merah, bahkan ditabur pula dengan duri dan besi, aku memilih jalan ini. 
  • Jalan ini, aku yang pilih, untuk syurgaku di sana.
Penyesalan yang tidak terkata
tidak tergambar dengan rasa
andainya masa dapat diundur
aku mahu bersama adik-adik petang tadi
mengemas dan menyusun atur surau
mengapa aku lupa?

Kerana mesej tidak sampai.
Rindu suasana gotong-royong itu
Rindu berkat 200%
  • Ini baru ujian praktikum, kita sudah leka dengan kerja, kita lupa pada gerak kerja, kita lupa dan lalai, kita alpa, kita pentingkan diri sendiri, kita pentingkan pointer, kita pentingkan kajian tindakan, kita pentingkan masa depan kita. 
  • Sedangkan hakikat masa depan kita adalah syurga, bukan dunia, kita memburu mardhatillah.
Ya Allah
jangan Kau cabut nikmat berada di atas jalan-Mu
jangan Kau persiakan masa yang berlalu
pandanglah aku
pandanglah aku
pandanglah aku ya Allah dengan pandangan kasihMu.
  • Dalam jiwa libang libu meninggalkan maktab yang tidak lama lagi, Allah gantikan dengan semangat adik-adik untuk bersama dalam gerak kerja. Haish, habuk apa ni masuk mata.
Terharunya ya Allah
Allahu ma ana
Allahu ma ana
Allahu ma ana... 
(T_T)

Keegoan Seorang Ibu Bapa

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap

Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.

Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

* peringatan untuk diri sendiri dan semua. Manusia diisi dengan perkataan S.I.B.U.K
(mahfooz)

Kesaktian Kata; Baha Zain

Kata-kata lepas ke laut menjadi gelombang
lepas ke daratan menjadi gunung
lepas ke hutan, alam berubah menjadi
gurun,
kata-kata pada saat terpenjara di dalam
sukma,
manusia terasa kehilangan mentari dan
sinarnya,
tetapi, pada saat kata-kata bebas
meninggalkan hati nurani,
manusia mati, tertusuk belati tajam
daripada tangannya sendiri.

Wahai! Saudara-saudara yang mulia,
berwaspadalah dengan kata-kata,
supaya kita tidak membunuh diri,
dengan kata-kata sendiri.

Puitis itu bukan senang nak hadir
hanya ada untuk insan pemikir
perah keringat berpening sedikit
terkadang lena dibuai perit.
  • Allah, aku ingin menjadi penulis yang tajam penanya.
Kata sifu ku tatkala ditanya
mengapa sukar untuk ku cipta puitis dalam pena
maka katanya;
berkasihlah
nescaya engkau akan tahu apa itu puitis

Kini aku telah pun punya kasih
tetapi puitis itu masih tak hadir

Benarkah itu aku berkasih
mengapa tiada puitis?

Atau kasih itu belum sampai
untuk ku capai jiwa seni?
  • Hakikatnya, menulis bukanlah puitis. Dan puitis, bukanlah kasih. Its all about practice. Practice and practice. Come on girl, dont give up. Cayuk2.
Manusia mati meninggalkan nama
harimau mati meninggalkan belang
alang-alang nak mati
biar ditinggalkan tulisan
ditinggalkan ilmu
dan ditinggalkan janji
jom bertemu lagi di syurga.
  • Terkejut sekejap, kelas ke rimba ni. Sesiapa tolong bagitahu saya, ini kelas, INI KELAS.
Anak-anakku
mengapa begitu sekali aku kau perlakukan
cakapmu tiada henti
gerakmu, 
allah
sukar untukku kawal

Aku tenggelam dalam suara
murid tenggelam dalam hyper
ada yang bergaduh
ada yang bersembang
ada yang tak buat kerja
ada juga yang asyik ke tandas.

Rotan sebesar galah itu 
seperti tiada fungsi
meja kuketuk
sesekali terlepas juga ke kulit
namun semua itu
tiada kesan.
  • Fine. Its ok, just for my first class. Another day, is no way.
  • What should i do, ottoke. (#_#)
  • Just believe, one day, all of you will be soft to me (like soflan), all of you will give me your ear, give me your eyes, give me your mouth and give me your HEART. I will make sure that.
La takhaf wala tahzan innallaha ma ana
Allahu ma ana
Allahu ma ana
Allahu ma ana.

Ilahi anta maqsudi, waridoka mathlubi, ALLAH.
  • I can do it, believe that, i can do it. Just like driving. Kalau kelmarin 5 kali enjin mati kat round the board, tapi hari ni, i can drive it very smoft. I LIKE DRIVING. Alhamdulillah. 
  • So, its no wonder masalah murid ni boleh diatasi. Right? 
Practice makes perfect
practice makes experience
life is experiment
cayuk2.
Dalam arus metropolitan
Anak muda kian tercabar
Ia pun mencabar dan dicabar
Sehingga terlihat ia sebagai cabaran
Namun yang ingin dikupas
Hanya cabaran hati seketul daging
Tetapi kuasanya raja pemerintah agung.

(i)
Awak kat mana?
Awak tengah buat apa?
Awak.. awak..?

Remaja tenggelam dalam lautan rindu
Lemas dan karam
Tanpa siapa pun tahu.

(ii)
Setiap saat dan ketika
Wajahmu ada di mana mana
Senyumanmu
Lirikanmu
Gurauanmu
Sentiasa bergema.

Remaja kian hanyut
hanyut dan hanyut
Dek pengaruh ngeri
Dunia kiamat sebelum masanya.

(iii)
Alangkah indahnya
Jika rindu dan angau itu
Disalurkan khas kepada Allah dan Rasul
Hidup menjadi lebih terpandu
Menuju syahid syurga abadi.

Selamatkanlah anak muda!

Anak muda, jom pilih jalan selamat
Dengan jalan takrabu zina
Dengan jalan zikrullah.

Tambahkan ilmu,
Then say;
Selamat tinggal jahiliah
Babaiii..
sayonaraaa..

Anak muda,
Wake up!
Welcome to jannah.! (^_^)
  • Hari pertama praktikum, first time drive kereta dalam sesak, perjalanan 30 minit menjadi satu jam. Boleh dikira berapa kali enjin kereta tu mati kat round the board, mati tak mati, sampai juga ke sekolah. Alhamdulillah.
  • Kalut-kalut berpraktikum, Allah gerakkan hati, Allah kuatkan fizikal untuk ikut menguruskan kem mabani atau Mahasiswa rabbani kepada adik2 junior. 
Slot lakonan :
*Apabila disuruh berlakon, aku yakin adik-adik lelaki pastinya lebih bombastik, lawaknya lebih realistik. Insan berakal sembilan, maka penyampaiannya lebih gemilang.

Slot ust Fairuz :
*Ada orang merasakan bahagia bila banyak duit.
*Ada orang merasakan bahagia bila banyak buayafriends.
*Ada orang mencari kebahagiaan dengan menaiki roller coster, dengan main bunge.
*Tapi alangkah bahagianya kita duduk dalam masjid ingat pada Allah.
*Kebahagiaan itu ada dalam majlis ilmu.

  • Tujuan hidup kita adalah mati, untuk berjumpa Allah. 
  • Kalau kita ada pemikiran yang begitu, maka takkan ada yang sempat buat maksiat.
  • Hadirkan hati dalam majlis ilmu. Hadirkan nabi dalam segenap hidup. Rasakan nabi dalam diri.
  • "Kamu nak berbuah di dunia atau nak hidup bersama aku di syurga". Kata nabi kepada jizik yang menangis merindukan nabi.
  • Nafsu kita selalu berlawanan dengan perbuatan yang baik.
  • Refresh balik apa yang islam nak, bukan apa yang aku nak.
  • Nabi kekurangan kasih ibu, sebab itu baginda mengasihi mengasihi wanita.
  • Muslimat kena belajar, belajar dan belajar sehingga timbul rasa malu.
  • Dalam sehari, peruntukkan 5 minit untuk muhasabah diri.
  • Kita terlalu banyak gelak di dunia, sebab hati kita terlalu hitam.
  • Bangunlah daripada lena di dunia, dunia akan lenyap.
  • Tahniah abah! Cucu pertama lelaki, alhamdulillah. Semoga membesar kelak menjadi pejuang agama, menjadi Khalid al-Walid yang gagah mempedang. Menjadi Ali bin Abi Talib yang zuhud pintu ilmu atau Umar Al-Khatab yang bersuara tatkala diam, menjadi pemimpin yang memisahkan antara hak dan batil.
  • Insya-Allah, esok acik zakirah pergi menziarah baby baru ya. (^_^)
Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.

Anak-anak yang lahir semuanya dalam fitrah islam, 
ibu bapalah yang akan menjadikannya yahudi atau nasrani.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Semoga Allah memberkati baby baru dan abang ikram sekeluarga.
  • Rindu nak balik rumah tu lagi. Dah setahun lebih juga la tak jejak. 
  • Soal hati, jangan mudah percaya. Raja dusta itu semuanya hati. Raja kapur raja arang, semuanya bermula dengan hati. Harap jangan mudah terpedaya dengan sebarang muslihat, dengan sebarang permainan. Mudah-mudahan dijauhkan, nauzubillah. 
Dalam diri manusia ada seketul daging, 
jika baik daging itu, baiklah segalanya
jika buruk daging itu, buruklah segalanya
itulah hati.

Ya Allah, peliharalah hatiku daripada dipermainkan sesuka hati.
Jangan ada yang kata cinta itu syurga
Kerana yang kutemui adalah neraka.

Jangan ada yang kata cinta itu bahagia
Kerana yang kutemui adalah pening sahaja.

Kita akan sakit bila kita menyakitkan
Kita akan bahagia bila kita membahagiakan.

Kita akan dikasari bila kita mengasari
Kita akan kecewa bila kita mengecewakan.

Ketahuilah hidup itu hukum sunnatullah
Bukan sekadar qadariah pada Allah.
Alhamdulillahirabbil alamin
Sujudku hanya padaMu
Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku
Hanyalah untukMu.

Dalam fitrah yang bergantung
Engkau hadirkan seorang insan
Untuk aku berpaut
Untuk aku berkongsi rahsia
Hadirnya pula menyerupai doa
Yang seringku sebut dalam zikir
MasyaAllah.

Hadirnya dia mengisi ruang hati
Berdenyut, bernafas
dan membawa oksigen ke seluruh tubuh
Dan kuharap
Itu semua berada di bawah naungan rahmatMu
Lalu masukkanlah kami ke dalam naungan arasyMu
Pada hari kiamat.

Tatkala lalai menyapa
Kami terhantuk seketika
Cepat cepat kami istighfar
Ampunkanlah kami
Terimalah amal ibadat kami
Makbulkanlah doa kami
Jadikanlah kami sebagai hambaMu yang beriman, dikasihi dan dan diredai.

Alam percintaan adalah alam cabaran
Lalu kami sekatkan hati
Berhubung hanya melalui unit baitul muslim
Agar terpelihara iman
daripada nafsu yang bermaharajalela.

Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bilkhair.
Gerak kerja
Gerak kerja
Gerak kerja

Berharap pembubaran bkdm dicepatkan
Perlucutan jawatan dilakukan
Tak sanggup nak hadapi
Hari yang penuh liku
Dihimpit dua situasi
Keberkatan dalam gerak kerja
Atau keberkatan daripada keluarga
Tak sanggup nak hadapi
Hari yang penuh dengan helah
Menipu dalam berwaspada
Demi menjaga kemaslahatan dakwah

Keberkatan, rahmat dan mawaddah
Aku harap kalian sentiasa bersama
Menjadi kekuatanku
Menjadi semangatku
Agar kelak matiku dalam syahid
Beroleh reda daripada Ilahi
Terbang bebas menuju ke syurga.

Terimalah amalanku,
terimalah hajatku,
terimalah jihadku,
aku juga ingin ke syurga
Walau dosa melambung tinggi
Walau mulia tak tinggi peribadi.
  • Mulut begitu keras mengaku, bukan kerana tidak tetapi dek malu yang menebal.
  • Alhamdulillah, kutemui cintaNya.
Saban hari
Adakah perkenalan yang begitu hebat
Semakin kukenal semakin kukagum
Sehingga aku tunduk ketakutan.

Cinta Ilahi yang kusemai
Memutik rasa pada masa
Semakin kusiram semakin mekar tumbuhnya
Sehingga aku tunduk ketakutan.
  • Aku takut pada banyaknya bicara, banyaknya taaruf, banyaknya mesej, banyaknya dosa, banyaknya maksiat, banyaknya salah yang silapnya tidak disedari, kerana aku bimbang hati yang kian tercemar. 
  • Aku bimbang jika hitam semakin dilihat putih, apabila mungkar sudah terbiasa. Menyebabkan hati kadang tak keruan, memikir jalan seribu bercapah, sedangkan yang perlu dilalui cuma satu jalan. 
  • Mudahkanlah jalanku dengan berkat dan rahmatMu, mudahkanlah jalanku dengan ilmu.
  • Ya Allah Engkau luaskanlah pengetahuan agamaku, Engkau luaskanlah pemahaman agamaku, Engkau luaskanlah ingatan agamaku.
  • Penuhkanlah dadaku dengan iman. Engkau penuhkanlah dadaku ilmu. Penuhkanlah dadaku dengan cinta padaMu.
  • Amin ya rabbal alamin...
  • Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul. Buat sementara ni, mak dan ayah.
Sukar untukku percaya
Suratan atau kebetulan
Segalanya dalam pengetahuan Ilahi
Semoga ia akan menjadi penutup
kepada sujud istiqarah
Yang saban hari kulakukan.

Namun percaya
Tidak 50 peratus kuberi
Engkau masih dalam pemerhatian
Masih dalam sesi pemilihan
Walaupun hati mengiakan
Kau calon pilihan
Kerana cintaku atas agamamu.

Semoga rahmat terus bersemi
Membasahi embun cinta yang berputik
Di dalam raudhah taman syurga
Agar jihad ketemui syahid.

Allahu akhbar!

Jika dia tercipta untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Bersatu dalam restu
Dengan jalan memuliakan wali
Agar dapat kami bercinta secara high class
Di sisi Allah beroleh berkat.
  • Ewah, road to simposium baitul muslim.