RSS
  • Tahniah abah! Cucu pertama lelaki, alhamdulillah. Semoga membesar kelak menjadi pejuang agama, menjadi Khalid al-Walid yang gagah mempedang. Menjadi Ali bin Abi Talib yang zuhud pintu ilmu atau Umar Al-Khatab yang bersuara tatkala diam, menjadi pemimpin yang memisahkan antara hak dan batil.
  • Insya-Allah, esok acik zakirah pergi menziarah baby baru ya. (^_^)
Anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya.

Anak-anak yang lahir semuanya dalam fitrah islam, 
ibu bapalah yang akan menjadikannya yahudi atau nasrani.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya.

Semoga Allah memberkati baby baru dan abang ikram sekeluarga.
  • Rindu nak balik rumah tu lagi. Dah setahun lebih juga la tak jejak. 
  • Soal hati, jangan mudah percaya. Raja dusta itu semuanya hati. Raja kapur raja arang, semuanya bermula dengan hati. Harap jangan mudah terpedaya dengan sebarang muslihat, dengan sebarang permainan. Mudah-mudahan dijauhkan, nauzubillah. 
Dalam diri manusia ada seketul daging, 
jika baik daging itu, baiklah segalanya
jika buruk daging itu, buruklah segalanya
itulah hati.

Ya Allah, peliharalah hatiku daripada dipermainkan sesuka hati.
Jangan ada yang kata cinta itu syurga
Kerana yang kutemui adalah neraka.

Jangan ada yang kata cinta itu bahagia
Kerana yang kutemui adalah pening sahaja.

Kita akan sakit bila kita menyakitkan
Kita akan bahagia bila kita membahagiakan.

Kita akan dikasari bila kita mengasari
Kita akan kecewa bila kita mengecewakan.

Ketahuilah hidup itu hukum sunnatullah
Bukan sekadar qadariah pada Allah.
Alhamdulillahirabbil alamin
Sujudku hanya padaMu
Solatku, ibadahku, hidupku dan matiku
Hanyalah untukMu.

Dalam fitrah yang bergantung
Engkau hadirkan seorang insan
Untuk aku berpaut
Untuk aku berkongsi rahsia
Hadirnya pula menyerupai doa
Yang seringku sebut dalam zikir
MasyaAllah.

Hadirnya dia mengisi ruang hati
Berdenyut, bernafas
dan membawa oksigen ke seluruh tubuh
Dan kuharap
Itu semua berada di bawah naungan rahmatMu
Lalu masukkanlah kami ke dalam naungan arasyMu
Pada hari kiamat.

Tatkala lalai menyapa
Kami terhantuk seketika
Cepat cepat kami istighfar
Ampunkanlah kami
Terimalah amal ibadat kami
Makbulkanlah doa kami
Jadikanlah kami sebagai hambaMu yang beriman, dikasihi dan dan diredai.

Alam percintaan adalah alam cabaran
Lalu kami sekatkan hati
Berhubung hanya melalui unit baitul muslim
Agar terpelihara iman
daripada nafsu yang bermaharajalela.

Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bilkhair.
Gerak kerja
Gerak kerja
Gerak kerja

Berharap pembubaran bkdm dicepatkan
Perlucutan jawatan dilakukan
Tak sanggup nak hadapi
Hari yang penuh liku
Dihimpit dua situasi
Keberkatan dalam gerak kerja
Atau keberkatan daripada keluarga
Tak sanggup nak hadapi
Hari yang penuh dengan helah
Menipu dalam berwaspada
Demi menjaga kemaslahatan dakwah

Keberkatan, rahmat dan mawaddah
Aku harap kalian sentiasa bersama
Menjadi kekuatanku
Menjadi semangatku
Agar kelak matiku dalam syahid
Beroleh reda daripada Ilahi
Terbang bebas menuju ke syurga.

Terimalah amalanku,
terimalah hajatku,
terimalah jihadku,
aku juga ingin ke syurga
Walau dosa melambung tinggi
Walau mulia tak tinggi peribadi.
  • Mulut begitu keras mengaku, bukan kerana tidak tetapi dek malu yang menebal.
  • Alhamdulillah, kutemui cintaNya.
Saban hari
Adakah perkenalan yang begitu hebat
Semakin kukenal semakin kukagum
Sehingga aku tunduk ketakutan.

Cinta Ilahi yang kusemai
Memutik rasa pada masa
Semakin kusiram semakin mekar tumbuhnya
Sehingga aku tunduk ketakutan.
  • Aku takut pada banyaknya bicara, banyaknya taaruf, banyaknya mesej, banyaknya dosa, banyaknya maksiat, banyaknya salah yang silapnya tidak disedari, kerana aku bimbang hati yang kian tercemar. 
  • Aku bimbang jika hitam semakin dilihat putih, apabila mungkar sudah terbiasa. Menyebabkan hati kadang tak keruan, memikir jalan seribu bercapah, sedangkan yang perlu dilalui cuma satu jalan. 
  • Mudahkanlah jalanku dengan berkat dan rahmatMu, mudahkanlah jalanku dengan ilmu.
  • Ya Allah Engkau luaskanlah pengetahuan agamaku, Engkau luaskanlah pemahaman agamaku, Engkau luaskanlah ingatan agamaku.
  • Penuhkanlah dadaku dengan iman. Engkau penuhkanlah dadaku ilmu. Penuhkanlah dadaku dengan cinta padaMu.
  • Amin ya rabbal alamin...
  • Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul. Buat sementara ni, mak dan ayah.
Sukar untukku percaya
Suratan atau kebetulan
Segalanya dalam pengetahuan Ilahi
Semoga ia akan menjadi penutup
kepada sujud istiqarah
Yang saban hari kulakukan.

Namun percaya
Tidak 50 peratus kuberi
Engkau masih dalam pemerhatian
Masih dalam sesi pemilihan
Walaupun hati mengiakan
Kau calon pilihan
Kerana cintaku atas agamamu.

Semoga rahmat terus bersemi
Membasahi embun cinta yang berputik
Di dalam raudhah taman syurga
Agar jihad ketemui syahid.

Allahu akhbar!

Jika dia tercipta untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Bersatu dalam restu
Dengan jalan memuliakan wali
Agar dapat kami bercinta secara high class
Di sisi Allah beroleh berkat.
  • Ewah, road to simposium baitul muslim.