RSS

Kuliah Mingguan

Kuliah Maghrib, 7/4/2015, Masjid Batu 8
(Oleh: Ustaz Firdaus)
  • Mati akan datang pada kita, bukan kita yang cari mati.
  • Hidup ni sebab nak sukakan Allah. Itulah matlamat hamba.
  • Orang yang diberkati hatinya, dia akan tenang.
  • Nak tengok keberkatan masa, tengok berapa surah yang kita hafal.
  • Jadikan masa sebagai bahan kebaikan pada kita.
  • Tak kaya pun, kira kaya bila ada berkat.
  • Allah beri ujian untuk hapus dosa insan.
  • Cinta membuat kita jadi budak.

Kuliah Maghrib, 9/4/2015, Masjid Batu 8
(Oleh : Ustaz Munawir)
  • Kata Imam al-Ghazali :
"Jangan makan melainkan lapar", 
"aku takut kalau nafsu makan tidak dijaga, akan datang nafsu yang lain"
  • Bila kenyang, nak makan lagi, itu nafsu.
  • Bila lapar, kita makan, itu fitrah.
  • Tidur. Nabi tidur 3 jam sahaja sehari.
  • Masa ibadah baginda lebih banyak daripada masa tidur.
  • Amalkan zikir sebelum tidur, niat dalam hati nak bangun malam.
  • Kalau gerak keluarga bangun pagi, janganlah sebab nak pergi sekolah/ kerja. Tetapi geraklah untuk bangun solat.
  • Hidup ni jangan malas.

Liqa' Ustaz Luqman 10/4/2015
  • Nak dapat ilmu, kosongkan air dalam cawan, dengan rasa rendah diri dan tawaduk, sehingga ada rasa perubahan dalam diri.
  • Adab itu lebih tinggi daripada ilmu.
  • Hidup dan agama ini di tangan pemuda. Nak lihat masa depan Islam, lihatlah pemuda pemudinya.
  • Hakikat ilmu pada masa kini, orang suka kalau orang yang suka dia ramai, orang tak suka kalau orang yang tak suka dia ramai. (Manusia berilmu mengejar pada nama dan glamour)
  • Akhlak berkembang, berubah dengan berubahnya zaman. Tetapi yang istiqamah itu tidak akan berubah dengan berubahnya zaman.
  • Akhlak bukan hasil pengalaman, tetapi hasil pengetahuan agama.
  • Hindari istilah-istilah yang tidak berakhlak. Semua benda boleh berubah, kalau berusaha.
  • Kadang-kadang kita baik dengan semua orang, tiba-tiba Allah hantar seorang yang memeningkan, kita kena terima.
  • Dunia ini kalau dah faham, tiada masalah. Kalau tak faham, masalah.
  • Doa ibu kepada Siti Mariam, "Allah, aku bernazar kepada Engkau, supaya lahir anakku ini benar-benar merdeka" 
  • Maka lahirnya Mariam sampai 7 orang pendeta nak jaga, lalu dibuat undi baling pen, pen siapa yang timbul, dialah yang jaga. Pemilik pen yang timbul itu pula Nabi Zakaria.
  • Dan nazar ibu Siti Mariam ialah menjadi penjaga Baitul Maqdis, walhal dia seorang perempuan.
  • Orang yang pandai menghargai dirinya, akan dihargai pula orang lain.
  • Akhir zaman ini, kita akan nampak pelik apabila buat benda yang betul.
  • Kata Yusuf Qardawi: "Orang cerdik bukan yang tahu mana wajib dengan sunat. Tetapi orang cerdik, orang yang tahu mana yang wajib dengan yang lebih wajib"

Kuliah Maghrib, 11/4/2015, Masjid Batu 8
  • Malikiyaumiddin... yang menguasai hari kebangkitan.
  • Semua akan mati, kecuali zat Allah.
  • "Siapakah yang akan menjadi raja pada hari ini?" 3 kali Allah tanya, "Malikiyaum?"
  • Barulah Allah jawab, "Akulah raja kamu", kemudian malaikat akan meniup sengkakala.
  • Maka apabila berdoa, gunalah istilah malikayaumiddin yang bermaksud "Wahai Tuhan yang menguasai hari kebangkitan"
  • Sifat Allah 'Maha' tidak boleh digunakan untuk manusia.
  • Engkau Tuhan yang berkuasa menentukan sesuatu, aku tiada kuasa
  • Takdir, Allah yang tentukan. Kita berjalan atas dorongan ketentuan itu.
  • Taufiq = gerak
  • Dah ada gerak, baru kita nak tahu ke mana (itulah hidayah = nak ke mana/ hala tuju)
  • Di samping hidup yang sekarang ini, ada lagi hidup yang lain, hidup yang abadi.
  • Bila sampai kematian yang akhir, maka tiada lagi kematian. Mati sudah dimatikan.
  • "Khalidi nafiha abada" orang yang masuk syurga, maruahnya tinggi, disebut 'abada'.
  • Tidak ada kepuasan di atas dunia ini, kepuasan yang sebenar ialah apabila melihat wajah Allah.

Kuliah Subuh 12/4/2015, Masjid Batu 8
  • Hakikat kekayaan dan kemenagan.
  • "Barangsiapa keluar dari kehinaan maksiat menuju kemuliaan taat, maka Allah akan menjadikan ia kaya tanpa harta, kuat tanpa tentera dan menang tanpa sebarang bala (halangan)"
  • Maksudnya, orang yang mampu meninggalkan maksiat dan melakukan taat, maka Allah memberinya tiga sifat yang terpuji, iaitu:
  1. Ia kaya tanpa harta, sebab mempunyai hati yang tenang walaupun tanpa harta kekayaan.
  2. Ia kuat tanpa tentera, kerana mendapat kekuatan dari Allah SWT.
  3. Ia dapat mengalajkan musuhnya tanpa bantuan orang lain, sebab dibantu oleh Allah secara langsung.
  • Tiga tanda iman.
  • "Bagaimana keadaanmu pada pagi ini?" 
  • Para sahabat menjawab: "Di pagi ini kami tetap beriman kepada Allah SWT" 
  • Nabi SAW bertanya lagi: "Apakah tanda keimanan kalian?" 
  • Mereka menjawab: "Kami bersabar atas musibah, bersyukur atas kelapangan dan redha dalam menerima qadha'".
  • Muhasabah = membicarakan keaiban diri.

0 comments:

Post a Comment