RSS

Bismillahitawakkaltu

"Perhatian kepada semua pelatih, dimaklumkan bahawa elaun bulan ini sudah masuk, diulangi, elaun bulan ini sudah masuk"

"Hooray! Alhamdulillah", maka bertempiklah pelatih-pelatih sekalian oleh sebab syukur yang amat.

Seawal pagi di subuh gajah, Khairi sudah terpacak di hadapan atm pondok jaga. Dia berkira-kira, bayar Emir RM150, bayar Dollah RM 150. Bayar Minah RM50. Jadi dia hanya punya baki RM 150 untuk belanja tiga minggu.

Dia menelefon adiknya di UITM, "Adik, abang rasa abang tak dapatlah bagi duit adik bulan ni, nanti abang bagi baranglah kat adik. Adik boleh pilih barang abang yang adik suka nanti, baju ke, seluar ke, beg ke. Ok?" kata Khairi kepada adiknya.

"Ala abang, adik tak nak barang. Adik nak duit. Duit adik tinggal lima henget je lagi"

Khairi berfikir panjang. Jika diberi duit pada adiknya RM50, dia hanya ada RM100 untuk tempoh masa tiga minggu. Tak cukup.

"Macam ni lah adik, nanti malam sikit abang bank in kan duit. Belanja baik-baik, doakan abang biar selamat. Ok?"

"Ok abang, terima kasih". Mendengar ucapan terima kasih adiknya, dia melontarkan kembali ucapan itu kepada yang Maha Esa, Tuhan yang Maha Pemberi rezeki. Dia yakin, rezekinya telah ditetapkan. Rezeki yang dimiliki tidak semuanya milik dia, ada rezeki orang lain dalam rezekinya.

Dia tidak perlu bimbang rezekinya hari esok, cukuplah Allah sebagai Tuhan yang Maha Pemberi rezeki.

Manusia, jika diberi sebanyak manapun duit, takkan pernah cukup. Semakin banyak yang diberi, semakin banyak yang dimahu. Bismikallahitawakkaltu alallah, cukuplah Allah dalam hidup kita, Dia akan melengkapkan keperluan kita, hanya padaNya tempat kita berserah.

0 comments:

Post a Comment