RSS
Ya allah, dimanakah aku di sisiMu?
Jiwa nan kosong pinta diisi, seperti kereta yang menangis pinta di bubuhkan minyak, sekiranya tidak, tiadalah bergerak akan ia.

Ketika jiwa berasa kosong, malam kelihatan panjang sekali, diselangi derap roda di jalanan. Mata pula begitu celik menatap kipas dinding.

Ya allah, percepatkanlah malam ku, agar dapat ku berhenti, memikirkan segala yang haru. Semoga esok lebih baik daripada hari ini. Bantulah aku dalam bertingkah, agar tiada aku terpatah.
Buntu! Hanya itu yang dapat diungkapkan atas jiwa yang diuji.

Keliru! Hilang hala tuju seperti pistol yang tiada peluru.

Hari ini genaplah sudah 44 hari pantang. Hati masih merasakan kosong atas pemergian baby. Namun sedihku bukanlah bermaksud aku tidak reda, tetapi jiwaku belum puas untuk membelai ukasyah, baby pertamaku.

Fikir-fikir balik, adakah adil untuk ku bersikap sedemikian. Sungguh tidak matang kata suamiku. Berhentilah bersikap seperti budak2. Belajar untuk menjadi matang.

Terima kasih kepada cik abang yang tabah dan sabar melayan kerenah ku yang pening ini. Ya allah, berkatilah suami ku ini, cekalkan hati nya untuk terus membimbing ku ke jalan-Mu ya rabbi.

Puisi libang libu

Ketika hati sudah tidak berpuisi
Jiwa bergelora sepi
Seperti ada yang kosong
Seperti ada yang terpesong

Manusia sejujurnya perlu bicara
Melenturkan segala yang beku
Menjadikan ais beku sesuam kuku
Mencipta bahagia dalam cara

Hikmah itu dalam bertingkah
Kuasa itu dalam kata
Binasa itu kerana harta
Sesat pula kerana kurangnya ilmu

Manusia yang suka menghukum
Menganggap dirinya lebih baik
Sedangkan di sisi Allah
Tiada siapa yang tahu

Minggu ke-23

Pada minggu ke 23 kehamilan, aku teruja mendapat gaji pertama. Kami bercadang untuk scan 4D, nak tahu apakah jantina anak kami. Kami singgah di Hospital Pantai. Kami discan oleh Dr. Geeta. Alangkah terkejutnya Dr Geeta apabila mendapati kandungan ini tidak normal. Beliau mengesyaki bahawa kandungan ini dalam kategori diafragma hernia lalu membuat surat rujukan kepada doktor pakar untuk memastikan hasil scan beliau.

Keesokan harinya, kami pergi ke hospital Pemaisuri Bainun. Kami berjumpa dengan Dr. Jafaraj. Kami diberitahu bahawa beliau adalah doktor scan terbaik yang ada di Malaysia setakat ini. Beliau mengesahkan penemuan Dr Geeta. Tetapi beliau mengkategorikan masalah ini kepada gastriochisis. Beliau ingin memantau tumbesaran baby kami dari semasa ke semasa. Oleh itu, aku dan suami perlu selalu turun ke Ipoh untuk membuat pemeriksaan lanjutan.

Semenjak hari itu, aku dan suami menjadi semakin resah. Kami reda bahawa Allah telah memilih kami untuk melalui hidup yang unik. Namun kami masih tidak henti-henti membayangkan bagaimana keadaan anak pertama kami nanti. Adakah dia dapat hidup seperti biasa atau perlu melalui saat-saat sukar yang tidak boleh dibayangkan.

Saban hari aku mencari info mengenai gastriochisis. Kisah-kisah baby gastriochisis dalam youtube sedikit sebanyak memberi sinar, bahawa baby ini masih punya harapan untuk hidup. 2 minggu lagi kami akan menyusul lagi di hospital Ipoh. Semoga pemeriksaan kali ini akan memberikan khabar yang baik-baik sahaja kepada kami. Insya-Allah. Allahumma amin. Allah sentiasa ada untuk hambaNya yang diuji. Terima kasih Allah kerana memilih kami, memberi kami peluang untuk membaiki darjat kami disisiMu.

Hati Masak 4 Rasa

Kesedihan, ketakutan, kecelaruan, keraguan
datanglah ia mengetuk pintu
memohon izin untuk menumpang
semoga tumpangmu tidak lama
kerana musafir bermalam 3 cuma
cukup sekadar menghilangkan lapar dan dahaga
kemudian pergilah
dan tinggalkan secebis berkat
untuk aku kembali bangkit dan kuat.

Kesedihan, ketakutan, kecelaruan, keraguan
hadirmu meragut percayaku
untuk terus meniti titian hati
tatkala koma mula tercalit
cerita hati masih bersambung
adakah ia akan terus bersambung
atau noktah akhiri segala.

Kesedihan, ketakutan, kecelaruan, keraguan
sekali-kali tidak kan ku serah
biar putih tulang jangan putih mata
biar kita berusaha jangan kita merana
kesakitan hari ini,
adalah untuk kesenangan hari esok.

Bismillahitawakkaltu

"Perhatian kepada semua pelatih, dimaklumkan bahawa elaun bulan ini sudah masuk, diulangi, elaun bulan ini sudah masuk"

"Hooray! Alhamdulillah", maka bertempiklah pelatih-pelatih sekalian oleh sebab syukur yang amat.

Seawal pagi di subuh gajah, Khairi sudah terpacak di hadapan atm pondok jaga. Dia berkira-kira, bayar Emir RM150, bayar Dollah RM 150. Bayar Minah RM50. Jadi dia hanya punya baki RM 150 untuk belanja tiga minggu.

Dia menelefon adiknya di UITM, "Adik, abang rasa abang tak dapatlah bagi duit adik bulan ni, nanti abang bagi baranglah kat adik. Adik boleh pilih barang abang yang adik suka nanti, baju ke, seluar ke, beg ke. Ok?" kata Khairi kepada adiknya.

"Ala abang, adik tak nak barang. Adik nak duit. Duit adik tinggal lima henget je lagi"

Khairi berfikir panjang. Jika diberi duit pada adiknya RM50, dia hanya ada RM100 untuk tempoh masa tiga minggu. Tak cukup.

"Macam ni lah adik, nanti malam sikit abang bank in kan duit. Belanja baik-baik, doakan abang biar selamat. Ok?"

"Ok abang, terima kasih". Mendengar ucapan terima kasih adiknya, dia melontarkan kembali ucapan itu kepada yang Maha Esa, Tuhan yang Maha Pemberi rezeki. Dia yakin, rezekinya telah ditetapkan. Rezeki yang dimiliki tidak semuanya milik dia, ada rezeki orang lain dalam rezekinya.

Dia tidak perlu bimbang rezekinya hari esok, cukuplah Allah sebagai Tuhan yang Maha Pemberi rezeki.

Manusia, jika diberi sebanyak manapun duit, takkan pernah cukup. Semakin banyak yang diberi, semakin banyak yang dimahu. Bismikallahitawakkaltu alallah, cukuplah Allah dalam hidup kita, Dia akan melengkapkan keperluan kita, hanya padaNya tempat kita berserah.

Man From Mars, Women From Venus

I
Amir dan Amirah sudah lima bulan berkenalan. Mereka sangat pemalu, oleh itu mereka hanya berhubung menggunakan teknologi maya. Apabila ada masalah, Amirah selesa berkongsi dengan Amir. Amir pada mulanya sedia mendengar luahan Amirah. Lama kelamaan, rasa meluat mula bercambah di hati Amir. Dia kecewa kerana Amirah tidak pandai mengawal emosi, apabila marah selalunya Amir yang kena tadah.

"I tak suka perempuan yang cepat marah-marah. Even I tengok orang yang tengah marah dengan orang lain pun I dah rasa benci dengan orang tu. Apalagi kalau yang dimarah tu I. I boleh berubah fikiran 360 darjah kalau berhadapan dengan orang yang pemarah macam u"

"U dah benci I la ni. Ok fine"

"Tak, janganlah cakap macam tu"

Dalam hati Amirah bermonolog 'Ada aku kisah?'

Akhirnya Amir Amirah membawa haluan masing-masing. Amir tidak tahan dengan sikap Amirah yang pemarah. Pada masa yang sama, Amirah juga tidak tahan dengan sikap Amir yang pemarah, walhal Amir tidak sedar dia juga menampilkan sikap pemarah itu.

Man from Mars, women from Venus. Jika dilihat dalam situasi ini, Amir menyesal apabila Amirah salah faham dengan kata-katanya. Amir cuba memberi pengajaran dengan mengaitkan contoh pandangannya terhadap sikap orang yang pemarah. Tetapi Amirah melihat pernyataan itu bertujuan untuk meyindirnya.

Oleh itu, dapat kita lihat betapa pentingnya kita mengenali personaliti diri sendiri. Orang lain boleh mentafsirkan sikap kita dengan mudah, tetapi kita sendiri bagaimana? So, jalan penyelesaiannya ialah dengan membuat ujian personaliti warna. Kenal pasti kita warna apa, dan pasangan kita warna apa dan sikap kita bagaimana.

Ujian ini juga boleh digunakan terutamanya untuk bergerak kerja supaya tiadalah masalah seperti bercakap ayam dengan itik. Masing-masing tak faham, dan hanya tahu menghukum itu ini.

Wallahuaklam. Sekadar berkongsi, apa yang diketahui. Nantikan scene II, III dan seterusnya, dalam episod Man from Mars, Women from Venus.

Lucu

Pernahkah anda mendengar perkataan masam-masam-manis? Kalau tak pernah, haih, kena tengok balik la filem P.Ramlee. Mengapa masam-masam manis, dan mengapa pula tajuk entry ini lucu. Tiada kaitan right? But itulah mesej yang ingin disampaikan.

Cuba anda bayangkan mimik muka anda ketika makan buah cemai, kemudian anda makan buah durian (wuuu sedap sampai menjilat jari), kemudian anda makan pula buah nenas pula (adui, masamnyaaa). Silap hari bulan, anda boleh sakit perut makan buah-buah ini sekaligus. Hanya dengan membayangkan mimik-mimik muka makan buah-buah ini sahaja sudah lucu, apa lagi jika dilihat tingkah laku manusia sehari-hari.

Manusia,
ketika marah = lucu
ketika merajuk = lucu
ketika gembira = lucu
ketika sedih = lucu
ketika serius = lucu

Manusia dan lucu tidak boleh dipisahkan. Mengapa? Kerana sifat manusia itu sentiasa berubah-ubah. Sekejap ok, sekejap tak ok, kemudian sekelip mata boleh jadi singa, kemudian jadi tikus pula, akhirnya menjadi anak ayam yang sentiasa mengikut ibunya kerana bimbang dikejar musang. Mengapa? Kerana sudah fitrah manusia ingin mengikuti sesuatu yang selamat. Dan itu semua ada dalam petunjuk Al-Quran dan sunnah.

i think i want to stop here,
but no, i can't, this entry belum dikupas dengan masak-masak lagi
i don't care, my eye has turned red, tomorror refleksi praktikum lagi
i'm sorry guys, i have to go now, babai

*cukup sampai di sini sahaja, saya lontarkan buah fikiran, selebihnya anda lebih layak mengaitkannya dengan contoh-contoh kehidupan yang lain.
*semoga esok bangun dengan minda yang segar, Islam inside my heart, O Allah, I miss U my Lord.

My Lord

I don't think
I don't know
I'm blur
I just follow
Can you show me the way
The way that can lead me.

Actually,
I have ambitions
I have a dream
I jot down my destination
I know what should be
I know who am I
But,
I don't know what transport
That can send me to get them all
I just walk slowly
Silently
Sadly
And lonely
That's being so far
So hard
For me
To find out who is my transport
To get my God.

I miss my Lord
A lot
Very much.

Kuliah Mingguan

Kuliah Maghrib, 7/4/2015, Masjid Batu 8
(Oleh: Ustaz Firdaus)
  • Mati akan datang pada kita, bukan kita yang cari mati.
  • Hidup ni sebab nak sukakan Allah. Itulah matlamat hamba.
  • Orang yang diberkati hatinya, dia akan tenang.
  • Nak tengok keberkatan masa, tengok berapa surah yang kita hafal.
  • Jadikan masa sebagai bahan kebaikan pada kita.
  • Tak kaya pun, kira kaya bila ada berkat.
  • Allah beri ujian untuk hapus dosa insan.
  • Cinta membuat kita jadi budak.

Kuliah Maghrib, 9/4/2015, Masjid Batu 8
(Oleh : Ustaz Munawir)
  • Kata Imam al-Ghazali :
"Jangan makan melainkan lapar", 
"aku takut kalau nafsu makan tidak dijaga, akan datang nafsu yang lain"
  • Bila kenyang, nak makan lagi, itu nafsu.
  • Bila lapar, kita makan, itu fitrah.
  • Tidur. Nabi tidur 3 jam sahaja sehari.
  • Masa ibadah baginda lebih banyak daripada masa tidur.
  • Amalkan zikir sebelum tidur, niat dalam hati nak bangun malam.
  • Kalau gerak keluarga bangun pagi, janganlah sebab nak pergi sekolah/ kerja. Tetapi geraklah untuk bangun solat.
  • Hidup ni jangan malas.

Liqa' Ustaz Luqman 10/4/2015
  • Nak dapat ilmu, kosongkan air dalam cawan, dengan rasa rendah diri dan tawaduk, sehingga ada rasa perubahan dalam diri.
  • Adab itu lebih tinggi daripada ilmu.
  • Hidup dan agama ini di tangan pemuda. Nak lihat masa depan Islam, lihatlah pemuda pemudinya.
  • Hakikat ilmu pada masa kini, orang suka kalau orang yang suka dia ramai, orang tak suka kalau orang yang tak suka dia ramai. (Manusia berilmu mengejar pada nama dan glamour)
  • Akhlak berkembang, berubah dengan berubahnya zaman. Tetapi yang istiqamah itu tidak akan berubah dengan berubahnya zaman.
  • Akhlak bukan hasil pengalaman, tetapi hasil pengetahuan agama.
  • Hindari istilah-istilah yang tidak berakhlak. Semua benda boleh berubah, kalau berusaha.
  • Kadang-kadang kita baik dengan semua orang, tiba-tiba Allah hantar seorang yang memeningkan, kita kena terima.
  • Dunia ini kalau dah faham, tiada masalah. Kalau tak faham, masalah.
  • Doa ibu kepada Siti Mariam, "Allah, aku bernazar kepada Engkau, supaya lahir anakku ini benar-benar merdeka" 
  • Maka lahirnya Mariam sampai 7 orang pendeta nak jaga, lalu dibuat undi baling pen, pen siapa yang timbul, dialah yang jaga. Pemilik pen yang timbul itu pula Nabi Zakaria.
  • Dan nazar ibu Siti Mariam ialah menjadi penjaga Baitul Maqdis, walhal dia seorang perempuan.
  • Orang yang pandai menghargai dirinya, akan dihargai pula orang lain.
  • Akhir zaman ini, kita akan nampak pelik apabila buat benda yang betul.
  • Kata Yusuf Qardawi: "Orang cerdik bukan yang tahu mana wajib dengan sunat. Tetapi orang cerdik, orang yang tahu mana yang wajib dengan yang lebih wajib"

Kuliah Maghrib, 11/4/2015, Masjid Batu 8
  • Malikiyaumiddin... yang menguasai hari kebangkitan.
  • Semua akan mati, kecuali zat Allah.
  • "Siapakah yang akan menjadi raja pada hari ini?" 3 kali Allah tanya, "Malikiyaum?"
  • Barulah Allah jawab, "Akulah raja kamu", kemudian malaikat akan meniup sengkakala.
  • Maka apabila berdoa, gunalah istilah malikayaumiddin yang bermaksud "Wahai Tuhan yang menguasai hari kebangkitan"
  • Sifat Allah 'Maha' tidak boleh digunakan untuk manusia.
  • Engkau Tuhan yang berkuasa menentukan sesuatu, aku tiada kuasa
  • Takdir, Allah yang tentukan. Kita berjalan atas dorongan ketentuan itu.
  • Taufiq = gerak
  • Dah ada gerak, baru kita nak tahu ke mana (itulah hidayah = nak ke mana/ hala tuju)
  • Di samping hidup yang sekarang ini, ada lagi hidup yang lain, hidup yang abadi.
  • Bila sampai kematian yang akhir, maka tiada lagi kematian. Mati sudah dimatikan.
  • "Khalidi nafiha abada" orang yang masuk syurga, maruahnya tinggi, disebut 'abada'.
  • Tidak ada kepuasan di atas dunia ini, kepuasan yang sebenar ialah apabila melihat wajah Allah.

Kuliah Subuh 12/4/2015, Masjid Batu 8
  • Hakikat kekayaan dan kemenagan.
  • "Barangsiapa keluar dari kehinaan maksiat menuju kemuliaan taat, maka Allah akan menjadikan ia kaya tanpa harta, kuat tanpa tentera dan menang tanpa sebarang bala (halangan)"
  • Maksudnya, orang yang mampu meninggalkan maksiat dan melakukan taat, maka Allah memberinya tiga sifat yang terpuji, iaitu:
  1. Ia kaya tanpa harta, sebab mempunyai hati yang tenang walaupun tanpa harta kekayaan.
  2. Ia kuat tanpa tentera, kerana mendapat kekuatan dari Allah SWT.
  3. Ia dapat mengalajkan musuhnya tanpa bantuan orang lain, sebab dibantu oleh Allah secara langsung.
  • Tiga tanda iman.
  • "Bagaimana keadaanmu pada pagi ini?" 
  • Para sahabat menjawab: "Di pagi ini kami tetap beriman kepada Allah SWT" 
  • Nabi SAW bertanya lagi: "Apakah tanda keimanan kalian?" 
  • Mereka menjawab: "Kami bersabar atas musibah, bersyukur atas kelapangan dan redha dalam menerima qadha'".
  • Muhasabah = membicarakan keaiban diri.

Berjaga-jaga

  • Alhamdulillah masih dipinjamkan nafas dan nyawa.
  • Sepanjang praktikum, terasa diri semakin lumpur, kotor, terasa 24 jam tak cukup dalam sehari, kerja tak menang tangan, fizikal tak menang emosi, emosi sungguh la jawabnya.
  • Ingat, se'emosi' mana pun diri, jangan sampai makan bahasa. Bahasa sangat2 kena jaga, sebab orang tak pandang pertuturan kita disebabkan emosi tak stabil, orang akan pandang bahasa kita yang tak sedap.
  • Fitrah manusia ingin difahami, tapi tak ramai yang mahu memahami.
Ibu, penyejuk hati terbaik.
Ketika masalah diceritakan pada orang lain,
selalu kita dipertikai,
"masalah kecik je, kenapa nak sedih?" 
"ish, susahlah kalau selalu macam ni... lemah semangat.." 
tetapi ibu
dia sentiasa memahami
masalah yang dilihat orang remeh
ibu melihat anaknya yang sedih.

Ibu, kasihmu sesuci embun pagi...
Sabar, sabar, sabar... kuatkan semangat, Allah kan ada...

Pra Refleksi Praktikum

Cerita yang inginku tulis hilang disambar sedar
sedar bahawa puitisku hilang untuk ku olah
jari-jari yang menaip
lambat sekali melontar idea
idea juga kabur ditelan asap
semuanya hilang
dan aku menjadi bisu.

Ah, bukan lagi cerita pra refleksi praktikum
ini cerita sahabatku yang telah berjaya menerbitkan buku
tahniah bro
doakan aku
aku juga ingin ke syurga
sebagaimana judul bukumu 'ingin ke syurga'
pasti aku dapatkan
pasti aku baca
pasti ada salah satu cerpen yang pernah kau beri
untuk aku cari
di mana kelemahanku dalam penulisan.

Pastinya makin kubaca cerpenmu
semakin aku rasa tinggi rendah langit dicapai
bahasamu begitu luas
ceritamu begitu segar
dan kau begitu kreatif mengoyak kotak fikirmu
kau bikin aku cemburu
kerana kau penulis sejati
sedangkan aku menulis diari.

Menulis perlu banyak baca
hidupkan semula tabiat membaca
Insya-Allah, tambah ilmu, tambah berkat, tambah tawaduk, tambah khusyuk.

Antara Masa & Kata

Sakit ini
betapa aku mahu lari
betapa aku mahu sembunyi
betapa aku mahu sendiri.

Kadang-kadang
masa adalah penyelesai paling baik
berbanding kata-kata.

Ada orang yang memerlukan masa
ada orang yang memerlukan kata-kata
manusia sama sekali tak serupa.

Ada orang apabila diberi kata-kata
ia makin jauh
ada orang apabila diberi masa
ia makin futur
tetapi doa menyatukan rasa.

Syurga Pendosa

Sabar zack, sabar...
apa yang buat kau mengamuk sangat ni...
masalah apa lagi...

Biasalah, hidup ni kalau takde masalah, bukan hidup namanya
Tidakkah masalah itu Allah beri, tanda Allah rindu
Dia nak dengar rintihan kita, Dia nak dengar aduan kita...
mengadulah padaNya
Dia Maha Mendengar dan Maha Mengasihini.

Ya Allah...
ingin aku menjadi seorang yang tidak rugi kerana mendahulukan keluarga
ingin aku menjadi seorang yang tidak akan menyesal dengan setiap keputusan
aku sangat mengaharapkan bimbingMu dalam mencari mardhatillah

kerana...

Aku juga ingin ke syurga
meskipun aku seorang pendosa.
  • Hari ini baru ku tahu betapa sakitnya menjadi masalah yang diungkit-ungkit. Sungguh baru ku tahu, betapa ruginya menjadi seorang yang suka mengungkit, rosak pahala, hancur jiwa.
  • Hari ini baru ku tahu betapa binasanya menjadi lidah yang tajam, luka hati, luka persahabatan.
  • Bismikallahi tawakkaltu. Dengan nama Allah aku bertawakal, tempat aku bergantung harap. 

Jahatnya Syaitan

Jahatnya syaitan
kerana kejahatannya tidak dia perbuat
di akhirat kelak
hebat hujahnya.

"Aku tidak kalian nampak
tetapi aku kalian salahkan
maka itu tolong buktikan
ketika mana aku mengajak kalian berbuat dosa?"

Ketika mana? ketika mana?
ketika itu kita akan terlopong
ketika mana syaitan mengajak kita berbuat dosa!
Kita cuba ingat ingat kembali
ketika kita melawan cakap ibu 
ketika kita bercakap bohong
justeru, di mana syaitan ketika itu?

Jahatnya syaitan
kerana kejahatannya tidak dia perbuat
di akhirat kelak
hebat hujahnya.

"Jika kalian tahu aku ini jahat,
kenapa kalian 
masih mahu menuruti aku?"

Dua hujah kukuh itu
cukup untuk buat kita menyesal
mengapa dan mengapa
kita menurut perintahnya
di mana Allah di hati kita ketika ini
ayuh koreksi diri
jiwa yang lapar perlu makan
rohani yang dahaga perlu diberi minum
Allah itu Maha Adil
diberi kita akal untuk berfikir
memilih antara baik dan buruk
bagi menghindar bisikan kufur.

Sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin
maka berdoalah
memohon dengan rendah diri
bukan dengan menggunakan ayat perintah
"Allah, Kau lindungilah aku, Kau hindarilah aku, Kau berikanlah aku..."
tetapi, merayulah dengan penuh pengharapan
berdoalah dengan penuh strategi
dengan penuh kebijaksanaan
sebagaimana bijaksananya nabi Musa berdoa;

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku"

Dugaan Tahun Akhir

Sekejap-sekejap komputer riba itu dia tatap, sekejap-sekejap skrin komputer itu dia menung. Ah, hang lagi! Bila nak siap kerja ni?! Ditambah pula keyboard rosak, sambung external keyboard, external keyboard pun rosak, guna juga on-screen keyboard. 

Takpe, kata ustaz, semakin tinggi dugaan, semakin dekat dengan Tuhan.

Sudah berminggu-minggu dia sabar dengan situasi ini. Buka waksap, kawan-kawan update tanya itu tanya ini mengenai asaimen, ada yang terlebih rajin update kata 40% dah siap, alhamdulillah 50%, 90% dah siap, allahu akhbar! Jadi bertambah-tambah emosinya ketika itu. Hakikatnya, tak siapa pun yang sentuh lagi. Sengaja mencetuskan emosi.

Balik kampung, mak minta tolong kemas rumah, kawan minta tolong jaga kedai. Takpelah, rezeki masuk, pahala akhirat. Buka waksap, dapat info, dua asaimen kena hantar lepas buka cuti. Dia mengira-ngira sisa baki cuti, khamis, jumaat, sabtu, ahad... 

Empat hari lagi? Seperti petir sedang berdentum, kilat menyambar sambung-menyambung. Dia jadi kaku berdiri. Sepatah haram asaimennya belum disentuh, asyik terhegeh menyiapkan asaimen duit. 

Dia jadi kelu, siapa-siapa yang bertanya, dia tiada mood nak jawab. Pelanggan yang membeli, dia lari tak layan. Jiwanya jadi kacau, hatinya bercelaru. Dia mahu segera sampai rumah dan menyiapkan asaimen yang tertunggak. Tak semena-mena mukanya berubah ungu, bibirnya kering tak berdarah, fikirannya berputar 360 darjah. Oh my asaimen!!!!

Takpe, kata ustaz, semakin tinggi dugaan, semakin dekat dengan Tuhan. Dia cuba menenangkan hati yang pahitnya pekat kopi.

Dia mengumpulkan azam untuk menyiapkan asaimen. Sedang enjin semangat baru dipanaskan, masuk pula mesej si buah hati, mula-mula satu mesej, kemudian dua, tiga dan seterusnya. Skrin laptop pejam celik sahaja kerana tidak disentuh, bosan menunggu tuan yang asyik bermesej. 

Otaknya sudah lari berdarjah-darjah. Jarinya membuka google, dicari pula design-design baju pengantin, contoh-contoh pelamin dan semua perkakasan kahwin. Hatinya berbunga-bunga menghitung hari.

Masuk waksap, kawan-kawan mengadu, mengapa susahnya nak buat asaimen, semua jadi tak lalu, nak muntah pun ada. Dia senyum, keadaannya begitu juga. Inilah dugaan, semua fikir nak kahwin, semua fikir nak pilih tarikh dan buat perancangan. Jiwa masing-masing sudah terbang ke dunia awan, berkepul-kepul, putih dan berbunga.

Leka & Malas

  • Inilah leka mengisi alpa, mengapa dibiar kuasai diri. 
  • Azam yang kuat menjadi lemah dek kerja yang terlalu banyak. 
  • Kejap, banyakkah kerja itu, mengapa tidur memenuhi masa, mengapa malas menjadi amalan, mengapa dan mengapa? 
  • Tidakkah masa itu ibarat emas yang berharga, tidakkah masa itu umpama pedang yang membelah, jika kau tidak memotongnya, nescaya ia akan memotong masamu, memotong dirimu, memotong jiwamu...
Aku kembali koreksi diri
aku sedar diri semakin jalang
semakin curang mengejar Ilahi
diri semakin berlumpur
sehingga sukar untuk bangkit
Allah, Engkau Tuhanku...
  • Adakah disebabkan kerja yang aku terima terlalu banyak? Untuk apa aku terima? Jaminan kewangan? Adakah aku terlalu memerlukannya? (fikir fikir balik)
Cuba kau renungkan kisah umat islam terdahulu
mereka adalah golongan tidak berduit
tetapi mereka dijanjikan syurga
mereka hidup, mereka bahagia
mengapa?

Kerana duit bukanlah segala-galanya
walaupun segala-galanya memerlukan duit
kesenangan yang diharapkan daripada duit
tidaklah kekal
semua itu, khayalan sementara.

Hiduplah dengan apa adanya
semakin sukar kau lalui
semakin hampir kau dengan kejayaan
maka itu, sabarlah, tenanglah, 
damaikan hati yang celaru
ingat kepada hakikat kesukaran
ingat pada Tuhanmu, Dia selalu ada.
  • Adakah semua ini disebabkan aku sudah tahun akhir? Maka asaimen sudah tak lalu, otak dah jadi tepu, semangat dah makin layu. nauzubillahiminzalikh.
Kau tidak rugi jika jalan ilmu yang kau pilih
kau tidak bodoh jika kau ingin tahu
kau tidak ... kau tidak ... kau tidak segala yang hitam
jika ilmu yang kau sayang
kerana ilmu adalah cahaya yang akan menerangi kegelapan
justeru, mengapa ada rasa putus asa di penghujung jalan?

Kau seharusnya kuat dan semangat
destinasi yang dituju semakin hampir
ayuh, ayuh bangkit membadang
maksimumkan usaha, pasakkan azam
kejar dunia untuk jaminan akhirat
jangan sesekali kau fikir jalan dunia yang kau lalui
untuk dunia semata-mata
Kerana Tuhanmu suka pada hamba yang bersungguh-sungguh
maka bersungguh-sungguhlah dalam setiap pekerjaan
kau pasti berjaya
dunia kau dapat, akhirat sudah menanti.

Kisah Janda

Hari-hari hidupnya terus begitu
kedai, shopping, anak
kedai, shopping, anak
semua ini bermula saat dijanda
hidupnya tak keruan
badannya diisi dan diisi
anaknya dihias dan diboros
namun gelisah di hati semakin bertambah
badannya makin bulat
anaknya makin comot
walaupun perniagaannya masih berjalan
kedainya penuh barang
pelanggannya mengulang beli.

Hari-hari hidupnya terus begitu
kedai, shopping, anak
kedai, shopping, anak
ketika ulang tahun anaknya
si anak dihias bagaikan puteri
semua mahu diganti baru
kasut baru, baju baru, kek baru
namun sepi hatinya terus haru
gambar diambil, dikirim kepada bekas suami
dibalas
dia pun senyum
walaupun pesanan itu ringkas sekali
"semoga sihat selalu"

Hari-hari hidupnya terus begitu
kedai, shopping, anak
kedai, shopping, anak
dia tak tahu apa yang dia mahu
dia tak tahu apa yang bahagia
semua kesenangannya
memberi luka di jiwa
dia kini ingin kembali cantik
ingin kembali kurus
dia juga tidak tahu untuk apa
dia ingin menjadi solehah
ingin bertudung litup
akan adakah lelaki yang mahu padanya
mengubat sepi hati yang lara.